Sedikit perkembangan tentang kes Teoh Beng Hock.
Walaupun da berkurun mengikuti kes ni, FA tidak kisah.
Cuma agak bosan dengan keadaan yang meleret2.
Hari ini, saksi Lee Wye Weng memberitahu bahawa sebelum kejadian di mana Teoh ditemui mati, beliau ada betemu Teoh yang waktu itu sedang berehat di sofa.
Muka Teoh nampak letih dan seperti sedang memikirkan sesuatu.
Mungkinkah penat sebab disoal siasat?
Atau ada kaitan dengan nota 'selamat tinggal' yang dijumpai di dalam begnya?
Kita x tau...
Ikuti selanjutnya...
KUALA LUMPUR: Seorang saksi hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa setiausaha politik kepada Exco Selangor itu dilihat lebih banyak berfikir dan berdiam diri ketika mereka bertemu di ruang tamu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor.
Lee Wye Weng, 52, seorang ahli perniagaan berkata, Teoh juga kelihatan agak letih dan daripada raut wajahnya, Teoh seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Saya berjumpa dengan Teoh selepas kembali ke pejabat SPRM pada awal pagi, 16 Julai 2009 dan pada ketika itu Teoh sedang berehat di atas sofa di kawasan Pendidikan Masyarakat (Penmas)," katanya.
Lee menjelaskan walaupun agak terkejut dengan pertemuan itu, namun beliau sempat berbual dengan Teoh kira-kira 20 minit sebelum Lee dibawa oleh pegawai SPRM untuk dirakam percakapan sekitar jam 1 pagi.
"Dalam pertemuan itu, Teoh memaklumkan telefon dan pasportnya diambil oleh pegawai SPRM dan beliau juga memberitahu kepada saya yang beliau (Teoh) tidak suka komputer riba miliknya diambil oleh pegawai berkenaan," katanya ketika disoal pegawai pengendali, Awang Armadajaya Awang Mahmud.
Lee berkata, Teoh juga memaklumkan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan cara pegawai SPRM yang memaksanya untuk menulis e-mel dan kata laluan ketika ditemu bual oleh pegawai SPRM itu.
"Teoh juga tidak dibenarkan berjumpa dengan peguamnya pada waktu itu walaupun sudah meminta kebenaran daripada pegawai SPRM," katanya.
Lee memberitahu suruhanjaya itu bahawa selepas pertemuan singkat itu, beliau tidak lagi berjumpa dengan Teoh walaupun berada di pejabat SPRM sehingga 10 pagi 16 Julai 2009.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam,
Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Selain itu, Lee berkata, beliau terperanjat apabila mendapat panggilan daripada seseorang pada pukul 5 hingga 5.30 petang yang memaklumkan kepadanya Teoh membunuh diri.
Ketika disoal bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman apa yang berada di dalam minda Lee sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, Lee berkata: "Terdapat tiga kemungkinan yang bermain di minda saya iaitu sama ada Teoh bunuh diri, kejadian itu satu kemalangan ataupun Teoh dibunuh".
Jawapan yang diberikan oleh Lee mendapat reaksi daripada Awang Armadajaya yang mempersoalkan mengapa Lee berpendapat sedemikian?
Lee berkata beliau tidak bermaksud untuk menyatakan Teoh berkemungkinan membunuh diri atau sebaliknya kerana dalam keadaan tertekan seseorang itu boleh melakukan apa sahaja.
"Saya melalui situasi yang sama seperti Teoh dan saya juga turut tertekan apabila disoal bertalu-talu oleh pegawai SPRM," katanya.
Lee juga disoal peguam Robert Lau dari Majlis Peguam mengenai dakwaan pegawai SPRM yang memaklumkan Lee tidak memberikan kerjasama semasa disoal siasat.
"Pada waktu itu saya agak tertekan dengan cara pegawai berkenaan menyoal saya seperti saya orang salah dan saya bukannya tidak mahu bekerjasama sebaliknya ingin merujuk kepada peguam terlebih dahulu," kata Lee.
Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T S Nathan, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka''.
Prosiding bersambung petang ini. - BERNAMA
p/s:
Nampak rumit siasatan yang dilakukan ke atas kematian Teoh Beng Hock ni...
Apa pun seperti biasa kita cuma mampu menunggu.. dengan sabar..
1 comments:
Petanda ka apa tu sis..tapi di atas ja tau tu kan..hehe
Post a Comment