Followers

Showing posts with label Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts

Sunday, 8 May 2011

Apa Makna Hari Ibu Apabila Anak Dihukum Gantung?

Bila baca berita ni tadi... rasa pity the mother la...
Bayangkan 9 bulan dalam kandungan.. dibesarkan dan ditatang bagai minyak yang penuh..
Pada usia yang muda kena hukum gantung pula...
Salahkan siapa?
Anak tu la kan... kalau dengar nasihat ibunya xda kena sabit kesalahan mengedar dadah.
Dunia..dunia...

Sila baca selanjutnya...
ALOR SETAR: Sambutan hari ibu, hari ini tidak membawa apa-apa makna buat seorang wanita yang terpaksa menyaksikan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, terhadap anak lelakinya kerana mengedar dadah dua tahun lalu.


Wanita berusia lewat 50-an itu menangis teresak-esak hingga tidak bermaya dan terpaksa dipapah ahli keluarganya sebaik Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhkan hukuman mati terhadap Airy Azam Mohamad, 31, selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 60 kilogram.

Tertuduh yang berasal dari Kelantan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Kayu Hitam pada jam 12.30 tengah hari 17 April 2009.
Tertuduh yang memakai kemeja T biru berbelang merah dan seluar denim biru bagaimanapun tenang ketika Mohd Zaki membacakan hukuman.

Terdahulu, Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata, mahkamah tidak boleh menerima alasan tertuduh yang mengatakan dia tidak tahu barangan yang dibawa itu adalah dadah.

"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh disabitkan kesalahan," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Kastam Diraja Malaysia, Nik Suhaimi Nik Sulaiman, manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.

Sumber: Berita Harian

p/s:
Jika ingin melakukan sesuatu..ingatlah pesan ibu..
Dengan begitu, nescaya anda selamat...

Wednesday, 4 May 2011

Hukuman Pelajar Tumbuk Guru Ditangguh

Budak2 zaman sekarang memang berani.
Kalau zaman dulu guru merotan, itu tandanya dia prihatin.
Zaman ini, guru sengaja mendera.
Kalau zaman dulu guru menegur, itu tandanya dia sayang murid.
Zaman ini, guru sengaja malukan.
Kalau zaman dulu guru berdepan dengan ibubapa kurang pelajaran yang x mahu menyekolahkan anak2.
Zaman ini, guru berdepan dengan ibubapa berpendidikan tinggi yang selalunya terlalu memanjakan anak2.
Bukan semua tapi lagi ramai yang memanjakan.

Hasilnya,
Murid zaman dulu ramai yang da jadi manusia.
Murid zaman sekarang? Tepuk dada tanya selera.
Memang FA sengaja membandingkan.
Geram dengan murid yang besar kepala.
Perasan dia betul tapi pada dasarnya dia sendiri tahu perbuatannya memang da x betul.
Dia x tau....
Sedang mereka enak dibuai mimpi, yang cikgu ni bersengkang mata menyediakan pelajaran untuk mereka untuk hari berikutnya.
Dia x tau....
Cikgu yang dibenci tu la yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka setiap hari.
Sedih....
Wahai anak2..janganlah jatuhkan maruah negara kita.
KANGAR: Mahkamah Juvana hari ini menangguhkan hukuman terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang mengaku bersalah menumbuk seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, dekat sini April lalu.


Majistret Nurshahida Abdul Rahim menetapkan 1 Jun ini bagi menjatuhi hukuman itu berikutan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan laporan perubatan guru berkenaan.

Pada 11 April lalu, pelajar tingkatan dua itu mengaku bersalah atas tuduhan menumbuk guru mata pelajaran Sejarah, Mariati Mat Ail, 37, sehingga menyebabkan kecederaan di hidungnya kira-kira 12.45 tengah hari, 7 April lalu di sekolah terbabit.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk keputusan hukuman.

Pendakwaan kes itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sabry, mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pelajar itu yang diiringi aHLI keluarganya bergegas meninggalkan mahkamah sebaik hukuman ditangguhkan. - BERNAMA

p/s:
Marah macam mana pun ...cikgu2 tepat sayang.

Tuesday, 3 May 2011

Dibunuh Kerana Enggan Kahwin

Hi guys..miss me ka? hehehhe.. baru dapat online ni...

'Hebat' kan manusia zaman sekarang...
Kalau kecewa bunuh diri ja...
Kalau tidak suka tikam ja..
Kalau tidak dengar cakap bakar ja...
Kalau dengar cakap ludah ja...
Kalau iri hati tembak ja...

Siapa yang bagi mandat untuk mencabut nyawa seorang manusia lain?
Hairan ada juga yang berani...
Adakah kerana hilang akal? Terlalu menurut kata hati?
Jawapannya tepuk dada tanya selera.....
Kalau selera pun xda alamatnya hilang juga la harga diri..

Selepas menghilang dan hidup tanpa teknologi yang dinamakan internet baru2 ni, FA rupanya ketinggalan banyak info.
Belum cerita lagi pasal Osama Bin Laden yang mati ditembak semalam...
Hari ni bila baca news, FA disajikan dengan berita seorang wanita ditikam kerana enggan kahwin.
Sayang apa la kalau sanggup bunuh macam tu....

Layan k.... FA mau p mandi jap.
ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.


Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada jam 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata kejadian dikatakan berpunca wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.
"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lalu menyerah diri di balai polis di sini kira-kira jam 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lalu.

Adzaman berkata, lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan.
Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual. - BERNAMA

p/s:
X tau apa mau cakap bila perkara pelik macam ni berlaku....

Thursday, 28 April 2011

Pengorbanan Seorang Datuk Berusia 82 Tahun

Sedih dan pilu ja bila baca berita ni.
Nampak datuk ni sangat sayangkan cucunya.
Bukan senang mau amik lesen motor tu.
Lagi bila da tua umur 82 tahun macam datuk ni.

Tapi semangat yang kental dan x mengenal putus asa membolehkan datuk ni akhirnya memiliki lesen motor.
Malu ja bila FA sendiri pun xda lesen motorsikal.
Bawa motor apatah lagi...

Jom layan ni k..
TUMPAT: Demi kasih sayangnya kepada cucu, seorang warga emas sanggup bersusah payah berpanas mengambil ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal.

Abdullah Che Ibrahi, 82, berkata sungguhpun agak perit bagi orang berusia lanjut sepertinya, atas rasa tanggungjawab menghantar cucunya ke sekolah menggunakan motosikal, beliau sanggup menjalani ujian itu.


Abdullah berkata, beliau mengambil ujian kerana sudah serik disaman oleh polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen.
Beliau adalah warga emas yang lulus ujian bagi mendapatkan lesen menunggang motosikal selepas dapat melakukan pusingan lapan, meniti di garis lurus dan melakukan brek kecemasan dengan sempurna.

"Saya gembira dapat lesen dan kini dapatlah hantar cucu ke sekolah dan jalan tanpa bimbang," katanya kepada pemberita selepas menerima lesen itu pada majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Sri Neting, dekat sini, hari ini.

Majlis penutupan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri. - BERNAMA

p/s:
Warga tua juga yang masih tebal nilai2nya kan..
No offence..ada juga generasi sekarang yang masih mengamalkan nilai murni.
Tapi boleh kira betul x..hhhheh
Hoping to be a better person bah FA ni...
Oh.. by the way.. apa pendapat anda mengenai motorsikal ni?


Ngeee...

Isu Pendidikan Muhyiddin Temui Wakil Guru

Ok ... time to buat entri pasal my bidang pula.
korang mesti tau isu2 yang melibatkan guru kan..
Semenjak dua menjak ni makin menjadi2..
kalau positif x apa ni banyak la pula yang negatifnya.

Ha.. baca tajuk tu.
Muhyiddin temui wakil guru untuk bincang isu ni tau.
Yang pertama untuk tahun ni.
FA cedok dari Berita harian ni..
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Guru-Guru Malaysia di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra di sini.

Seramai 52 wakil daripada 26 kesatuan dari seluruh negara menghadiri perjumpaan itu, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Perjumpaan yang biasanya diadakan dua kali setahun itu diadakan bagi membincangkan isu-isu mengenai perguruan dan pendidikan. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.
Ini adalah perjumpaan yang pertama seumpamanya untuk tahun ini. - BERNAMA

p/s:
Harap2 they come up with something yang mengembirakan guru2...

Tuesday, 26 April 2011

10 Jari Manusia Ditemui Berhampiran Stesen Kuang

Hah..10 jari manusia?
Lengkap la dua2 tangan kan... ish biar betul ni..
Jari manusia tuuu... bukannya jari kucing ka, atau jari arnab ka.
FA terasa pula yang manusia ni makin x bernilai di mata beberapa individu special ni.
FA masih dub dab ni... berita yang mengejutkan..
Stesen Kuang
Sila baca selanjutnya k... Esok ada la tu di dada akhbar. [Posting at 2.47 am ni..hhehhe]
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah, berkata turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut.
"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," katanya.

Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang 24 jam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

p/s:
Hati2 selalu k folks..:)

Lelaki Rogol Dan Samun Penjara 30 Tahun

Ini cerita fresh from oven...
Hehhehe.. kebetulan tidur lewat ni so ada kesempatan baik buat entri dulu.
Berita ni FA baca di BH Online.
Lelaki ni adalah penganggur dan menceroboh kawasan asrama siswi Jalan Tun Mutahir UiTM Melaka.
MOHD Karimi    dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas dijatuhi hukuman,  semalam.
3 pertuduhan dibacakan..banyak juga tu.
Yang FA x boleh terima boleh dia rogol mangsa yang waktu tu sedang haid...
Siap hentak kepala ke dinding dan kemudiannya ditumbuk pula muka mangsa.

Layan ok kawan2.....
AYER KEROH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 44 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol dan menyamun seorang pelajar universiti, selain menceroboh asrama siswi di Jalan Tun Mutahir disini, minggu lalu.


Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, dari Lorong Mata Kuching membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar sebaik tuduhan selesai dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berusia 19 tahun di Kolej Siswi Tun Mutahir, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka pada kira-kira jam 2.20 petang, 18 April lalu.
Bagi kesalahan ini, Mohd Karimi dikenakan penjara 30 tahun dan 10 sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun harta milik mangsa membabitkan sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM133, selain mencederakannya sehingga lebam pada muka dan leher di lokasi dan tarikh sama, kira-kira jam 2.25 petang.

Berikutan itu, Mohd Karimi dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, beliau didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah mangsa di lokasi dan tarikh sama, kira-kira jam 2.15 petang. Dia dikenakan hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan ini.
Terdahulu, ketika merayu hukuman diringankan, Mohd Karimi memberi alasan dia sudah menyesal dan berjanji tidak mengulangi perbuatan jenayah itu.

Mahmoodah bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana tertuduh melakukan jenayah serius yang tidak berperikemanusiaan iaitu merogol dan menyamun sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

“Tertuduh sanggup menumbuk muka dan menghentak kepala mangsa ke dinding tanpa menghiraukan rayuan mangsa yang ketika itu turut menyatakan sedang haid, lalu bertindak merogol mangsa. Akibat kejadian itu, mangsa trauma dan terpaksa menangguh pengajiannya,” katanya.

Abu Bakar kemudian mengarahkan semua hukuman itu dijalankan serentak, menyebabkan Mohd Karimi hanya akan menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dan 16 sebatan.

Sumber: Berita Harian

p/s:
Ingat balik satu insiden yang hampir sama berlaku pada relatives FA beberapa tahun dulu.
Seluruh family trauma..
My hope to the family of the victim.

Monday, 25 April 2011

Edar Ketamin Peniaga India Dihukum Gantung

Nah... lagi warga asing edar dadah di negara kita.
Hukuman yang dijatuhkan..gantung sampai mati.
Kejadian ni berlaku 2 tahun lalu but keputusan baru saja dibuatkan hari ini.
Bila baca pembelaannya, rasanya sudah terlalu biasa kita dengar taktik yang mengatakan ada orang suruh hantar barang ke sesuatu tempat. Semuanya mengatakan x memeriksa terdahulu barang tersebut. 
Bila kena cekup baru tau dalam bungkusan ada dadah.
Ok... bila da terlalu banyak sterotaip macam ni, kita jadi x percaya kan...
But anyway, jom kita layan berita ni k...
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang peniaga barangan elektrik warga India selepas didapati bersalah mengedar dadah ketamin seberat 3.9 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dua tahun lalu.


Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman ke atas Samad Mohamad Sulthan, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan ke atas Samad mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 melampaui keraguan munasabah.

Ketika membacakan keputusannya di akhir kes pembelaan, Siti Mariah berkata, di dalam pembelaannya tertuduh tidak memanggil saksi pendakwaan dan gagal memanggil saksi yang hanya dikenali Jaafar di mahkamah untuk memberikan keterangan atas alasan Jaafar sibuk dengan perniagaannya.
Ketika pembelaan, tertuduh mendakwa mendapat pesanan daripada Jaafar seorang peniaga di Malaysia untuk menghantar barangan dari India ke negara ini.

Bagaimanapun, Samad berkata, ketika di Mumbai dia berjumpa dengan seorang lagi kenalannya, Ismail bagi mendapatkan barangan yang dipesan Jaafar tetapi menurut Ismail barangan yang dikehendaki Jaafar itu tidak ada.

Samad memberitahu Ismail bahawa dia berhasrat membatalkan penerbangannya ke Malaysia kerana barangan pesanan Jaafar tidak ada tetapi diminta Ismail supaya tidak berbuat demikian dan memintanya meneruskan perjalanan ke Malaysia untuk menghantar suatu barangan dengan upah RM500.

Pada 25 Februari 2009, Samad mendakwa berjumpa Ismail di Mumbai dan mengambil barangan dimaksudkan tanpa memeriksanya atas alasan mempercayai Ismail.
Siti Mariah berkata, adalah tidak logik Samad, sebagai seorang ahli perniagaan membeli tiket penerbangan pada 24 Februari 2009 untuk penerbangan keesokan hari tanpa mengetahui barangan yang akan dihantar dan tidak tahu kepada siapa hendak diserahkan.

"Mahkamah berpendapat barangan pesanan Jaafar adalah rekaan semata-mata," katanya.

Alasan lain yang dikemukakan tertuduh adalah rekaan, contohnya menerima cadangan Ismail jika dia membatalkan tiket penerbangan akan kerugian sedangkan Samad boleh menangguhkan penerbangannya.

"OKT (Orang Kena Tuduh) kata dia tidak berpelajaran tinggi dan tidak terfikir hendak periksa kotak barang kemas sedangkan dia mahir dalam perniagaan... tidak logik hantar kotak barang kemas kosong."

Menurut fakta kes dadah ketamin itu ditemui di dalam kotak barang kemas yang ditemui di dalam kotak dibawa Samad di Balai Ketibaan KLIA oleh pegawai Jabatan Kastam.

Pihak pembelaan diwakili V Aravindhaksan dan pendakwaan dilakukan Gan Peng Khim daripada Jabatan Kastam. - BERNAMA

p/s:
Kalau mau hidup tenang buat la kerja yang baik2...

Sunday, 24 April 2011

Kerajaan Tidak Takut Penulis Blog

Tajuk macam ganas kan.... kontroversi pun ada...
FA baca tajuk tadi pun terkejut..
Ingatkan ada kaitan dengan penulis blog Sabahkini.net tu.
Baca punya baca rupanya bukan...
FA buat conclusion awal sangat....ngeee...


Jom layan info ni k...
Ada kaitan dengan kita ni kawan2...hehhehe...
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


"Saya percaya hubungan ini akan menjadi hubungan penting yang berlandaskan sikap saling menghormati. Mungkin kita tidak boleh mempunyai pendapat yang serupa sepanjang masa, tapi kita tidak boleh bermusuhan.

Apa yang penting bagi kita ialah mengetengahkan pandangan anda (penulis blog), termasuklah pandangan yang bersifat membina dan dengan cara ini kita dapat sama-sama membina sebuah negara Malaysia dan masa depan yang lebih baik untuk kita," kata Najib dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di sini, hari ini.
Turut hadir, penaung Blog House Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; presiden Blog House Malaysia, Syed Akbar Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Najib berkata, era "kerajaan tahu semuanya" sudah berlalu dan kini kerajaan perlu mengetahui pandangan serta kritikan penulis blog yang mewakili masyarakat Malaysia.

"Tapi, kita perlu wujudkan garis sempadannya; jika kita gunakan ruang siber untuk menyebarkan pembohongan dan hal-hal separuh benar, ia suatu perbuatan yang tidak betul. Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa perlu ada garis sempadan yang tidak boleh kita langgar," kata beliau.

Najib berkata, sekiranya penulis blog tidak melampaui garis yang ditetapkan, beliau percaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia dan ASEAN.
Kata beliau, kerajaan yang memerintah bukan saja dicabar oleh gerila dan tentera upahan yang dilengkapi pelbagai senjata canggih, tetapi juga oleh askar siber yang melancarkan peperangan virus melalui pengunaan papan kekunci dan pad kekunci serba canggih serta telefon pintar seperti yang dapat dilihat dalam perang "Twitter" di Iran dan Revolusi "Facebook" di Mesir.

"Kita juga antara peminat Facebook paling tegar - terdpat 10.1 juta pengguna FB. Saya berani mengatakan bahawa Malaysia memiliki sfera blog paling meriah di dunia dan sememangnya yang cukup bebas, walaupun mungkin bukanlah yang paling bebas.

"Sekali lagi, rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir tentang hal ini. Ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Malaysia sedang membangunkan Koridor Raya Multimedianya, Tun berjanji kepada dunia, Malaysia tidak akan menapis kandungan Internet. Kerajaan pimpinan saya komited sepenuhnya terhadap pandangan bijak beliau itu; kami tidak akan memungkiri janji beliau," katanya.

Najib berkata, beliau yakin Internet adalah enjin bagi pertumbuhan ekonomi serta portal yang menjadi hidangan untuk masyarakat berilmu.

"Ini terpakai bagi semua masyarakat, malah kerajaan yang tidak begitu berminat dengan sisi demokrasi yang terdapat pada demokrasi digital pun boleh menggunakan bahagian digitalnya kerana implikasi ekonomi yang terdapat padanya terlalu besar untuk diketepikan.

"Media sosial, blogging dan microblogging, mampu merapatkan hubungan antara negara kerana untuk julung kalinya dalam sejarah manusia, orang boleh berkomunikasi antara satu dengan lain secara tepat masa dan tanpa perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk mendapatkan surat," katanya.

Persidangan dua hari itu, yang bermula semalam dengan tema "Blogging Mindfully and Responsibly", dianjurkan Blog House Malaysia.

Persatuan ini menyediakan platform yang memiliki mekanisme defensif bagi melindungi golongan penulis blog yang menghasilkan tulisan tentang Malaysia dan yang berpusat di Malaysia.

Matlamat persidangan ini adalah untuk menghimpunkan penulis blog dari rantau Asean dan mengetengahkan kekangan yang mereka hadapi serta rintangan yang mungkin mereka alami dalam menangani pelbagai isu. - BERNAMA

p/s:
Apa pendapat korang?hhhehhe

Leka Main Judi Di Sebelah Mayat

Baru sahaja berlaku pada zaman sekarang atau memang sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi?
Mengikut apa yang FA tau, ada kaum lain yang akan bermain judi semasa hari kematian.
Tujuannya untuk menemani si mati selain untuk menghilangkan rasa mengantuk berjaga sepanjang malam sementara rakan2 dan sahabat handai si mati datang untuk memberikan penghormatan terakhir.
Itu yang FA tau la, x pasti betul atau x...

Jom kita layan berita ni...
BUTTERWORTH: Akibat gila judi, sekumpulan 17 kaki judi, termasuk dua wanita sanggup melakukan kegiatan itu di sebelah mayat di Rumah Pangsa Seri Tanjung, Jalan Raja Uda di sini, tengah malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, kumpulan terbabit berusia antara 27 hingga 60 tahun bermain judi belangkas di bawah khemah yang menempatkan keranda tanpa menghiraukan tetamu memberi penghormatan kepada si mati.

Meja judi hanya dipisahkan dengan keranda oleh kain tabir.
Tanpa menghiraukan waris si mati, mereka leka berjudi hinggalah sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, menyerbu tempat itu, kata Pegawai Turus D7 IPK Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun.
Sumber: Berita Harian

p/s:
Kalau betul bukan tradisi, they should respect the family.
Orang dalam kesusahan, dia mau happy2 pula..

Friday, 22 April 2011

Sah Bukan Dibunuh

Ingat lagi entri FA tentang pegawai kastam, Ahmad Sarbani?

Tiada unsur jenayah..so case closed!
Siasatan menunjukkan bahawa kematian Ahmad Sarbani adalah disebabkan oleh kecederaan yang teruk di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.
Agak cuai pula pegawai ni sampai boleh terjatuh dari tingkat tinggi.
Kebetulan pula dalam proses siasatan tentang rasuah.

Sila baca seterusnya k...
KUALA LUMPUR: Misteri kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, pada 6 April lalu terjawab selepas polis mengesahkan kes itu tiada unsur jenayah.

Berikutan itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut
berdasarkan siasatan dan hasil ujian makmal yang dilakukan polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Jabatan Kimia.
Keputusan itu diperoleh selepas Pasukan Khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang ditubuhkan sejurus kejadian berlaku, melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata hasil siasatan membuktikan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian Ahmad Sarbani dan keputusan itu dijangka mampu membantu Pejabat Peguam Negara membuat keputusan atau menubuhkan suruhanjaya khas jika keadaan memerlukan.

Zulkifli berkata, hasil laporan makmal menunjukkan Sarbani maut kerana kecederaan serius pada kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

“Selepas menjalankan siasatan secara mendalam, kami membuat kesimpulan mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut. Saya berpuas hati dengan kertas siasatan yang dilakukan itu dan tidak perlulah saya mengulas lanjut kerana yakin semua pihak akan faham berhubung kes ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kor Kadet Polis ke-41 di Astaka, Titiwangsa, di sini semalam.
Ahmad Sarbani ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Zulkifli berkata, pasukan penyiasat khas itu juga sudah mengenal pasti punca serta bagaimana kejadian itu berlaku bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul berhubung kematian pegawai kanan cawangan import eksport itu.

Mengulas tindakan lakonan semula kejadian itu, Zulkifli berkata, ia dilakukan bagi membantu polis mencari jawapan bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat 3, bilik pantry bangunan SPRM itu.

Sepanjang siasatan dijalankan juga, pasukan khas (PDRM) juga sudah memanggil 48 individu termasuk pegawai SPRM dan keluarga mangsa untuk dirakam percakapan.

p/s:
Cepat pula case closed... 
Kes Teoh Beng Hock pula yang xda penghujungnya.

Pelombong Emas Hilang Semasa Tanah Runtuh Adalah Pelombong Haram

Tanah runtuh lagi di Manila, Filipina.
Kali ni di sebuah pedalaman, bandar Pantukan wilayah Lembah Compostela.
Seorang pelombong maut dan 40 yang lain masih hilang.
Tanah runtuh ini telah meranapkan banyak rumah termasuk jalan masuk ke sebuah terowong yang dikatakan menjadi tempat para pelombong melombong emas.
Yang hairannya, terowong ini sebenarnya da ditutup atas sebab keselamatan.
Ada juga manusia yang x paham bahasa.
Difahamkan lagi..kebanyakan yang hilang adalah pelombong emas haram serta keluarga mereka.

Sila baca selanjutnya di sini...
MANILA: Seorang pelombong maut dan kira-kira 40 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang meranapkan rumah dan jalan masuk berdekatan jalan masuk ke lombong emas awal pagi ini di selatan Filipina, kata pegawai.

Anggota tentera, polis dan pelombong berjaya menyelamatkan lima lelaki dan seorang wanita yang terperangkap dalam kejadian berkenaan serta sebuah terowong di perkampungan pedalaman, bandar Pantukan, wilayah Lembah Compostela.

Datuk Bandar Pantukan, Celso Sarenas berkata, helikopter tentera udara dan jentolak dihantar ke kawasan berkenaan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.
Mereka yang hilang kebanyakannya pelombong emas haram dan keluarga dan yang sudah diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada kawasan tanah runtuh.
Pihak berkuasa sudah menutup terowong bagi mengelak kegiatan melombong emas secara haram. - AP

p/s:
Adakah keengganan untuk meninggalkan kawasan lombong itu disebabkan oleh tuntutan hidup? Masalah kewangan... 
Hoping fot the best...

Empat Sekeluarga Terbunuh Dalam Kemalangan Melibatkan Lori

Jam 4.50 pagi? FA baju je terlelap masa ni.
X sangka di satu bahagian lain di Malaysia, sebuah keluarga tengah bertarung nyawa.
FA bru balik ni. Busy juga di sekolah tadi dengan pelbagai kerja yang x pasti la bila akan siap.
So baru ada kesempatan untuk baca berita.
Empat sekeluarga tu sedang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuantan.
Again..malang x berbau...

Sila baca selanjutnya k...
PEKAN: Empat sekeluarga termasuk sepasang suami isteri maut apabila Perodua Myvi dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan kimia di Kilometer 63, Jalan Kuantan-Segamat, kira-kira jam 4.50 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang terbunuh adalah pemandu kenderaan, Diong Kah Keng, 24; isterinya, Koh Kian Hui, 23; adik Diong, Koh Kian Hui, 23; Diong Kah How, 21 (adik Diong) dan saudara mereka, Choi Kok Sin, 23.

Diong, isteri dan adiknya masing-masing dari Skudai, Johor manakala Choi dari Maran, Pahang.
Kereta itu dalam perjalanan ke rumah saudara mereka Sri Jaya dekat Maran.

Sumber: Berita Harian

p/s:
Condolence to the families.... 
Pasangan suami isteri yang turut terbunuh tu ada anak x?

Thursday, 21 April 2011

Bayi Melecur Dan Lebam Mati, Lelaki Ditahan

Lagi cerita tentang bayi.
Kisahnya tengah hari tadi, seorang lelaki berbangsa Thailand membawa bayi malang yang berusia setahun 8 bulan ini ke Hospital Ampang.
Namun selepas tiga jam membuat pemeriksaan doktor yang in charge mengesahkan bahawa bayi itu telah meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur pada badan. Sinonim dengan penderaan kan....

Sila baca seterusnya....
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki di Hospital Ampang di sini, dengan kesan melecur dan lebam di badan.

Lelaki berusia 35 tahun yang menetap di Taman Pandan Indah itu dikatakan membawa bayi malang tersebut ke hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata lelaki itu ditahan selepas seorang doktor membuat laporan polis berhubung kematian bayi berusia setahun lapan bulan itu.
"Doktor berkenaan menerima seorang bayi lelaki untuk dirawat pada 12.30 tengah hari tadi dan setelah kira-kira tiga jam membuat pemeriksaan, beliau mendapati bayi tersebut sudah meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan," katanya kepada pemberita.

Amiruddin berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki itu bukan suami ibu bayi berkenaan yang juga seorang rakyat Thailand berusia 24 tahun dan suspek kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

p/s:
Jika benar la bayi itu mati kerana penderaan...shame on you yang buatmacam tu..
Haiwan lebih berperasaan dari kamu..

Wednesday, 20 April 2011

Mayat Bayi Dalam Botol Dijumpai Di Sungai Tawau

OMG...
Kesiannya si kecil tu... dijumpai pun da reput.
Seksanya dia bila dilahirkan dan diperlakukan sedemikian rupa.
Hati manusia lagi ka kalau sanggup menyumbat bayi dalam botol Nescafe dan dibuang just like that.
Ish... berganda kesedihan hati FA hari ni.
Korang baca la... xda daya mau tulis panjang2...

TAWAU: Mayat seorang bayi yang sudah reput dijumpai disumbat di dalam botol Nescafe bersaiz besar di Sungai Tawau pagi tadi.

Botol itu dijumpai selepas tersangkut di bawah sebuah jambatan di sungai berkenaan di kawasan Blok 10 Kampung Titingan.


Bayi yang jantinanya belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh seorang penduduk.
"Ketika saya sedang mengupas kelapa, tiba-tiba adik saya datang dan memaklumkan bahawa ada satu botol di bawah jambatan yang sangat mencurigakan.

"Sebaik sampai di jambatan, saya mengambil botol itu dan melihat secara dekat isinya. Selepas membuka botol dan melihat kandungannya, saya cepat-cepat menutup semula botol itu kerana tidak tahan dengan bau busuk yang keluar darinya," kata Ronnie Jude, 32.

Beliau berkata pihak polis mengambil botol berkenaan selepas dimaklumkan mengenai penemuannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin mengesahkan penemuan bayi terbabit dan siasatan terperinci masih dijalankan. - BERNAMA

p/s:
Yang xda anak ni betul2 menunggu rezeki mendtang.
Yang da dapat senang2 pula mau buang...

Kaitan Seorang Artis Malaysia Dengan Perkahwinan Prince William

FA baru balik dari keja ni... Harap you all sihat ari ni k..
X sangka hari ni FA akan postkan pula something yang buatkan FA bangga menjadi rakyat Malaysia.
Tumpang sekaki ja la..hehhhe.

Fuhh...Malaysia kita memang boleh kan...
Siapa kenal artis bernama Nason Ponniah?
Bila baca tentang perkara ni di Berita Harian tadi, FA terus surf siapa sebenarnya beliau.
Sebelum ni sumpah x pernah dengar nama... So sorry about that.
FA berjaya menjejaki artis berkaliber yang sangat berbakat ni.
Right Click Link ini.

Apa pula kaitan Nason Ponniah dengan perkahwinan Prince William?
Beliau telah berjaya menghasilkan satu potret unik Kate dan Prince William.
Mengapa unik..sebab Nason menggunakan 77 000 pin yang bersalut nikel sahaja.
Potret tu berukuran 1.05 meter X 1.45 meter.
Ukuran yang biasa saja kan tapi menggunakan pin? Huh.. memang la unik...

Baca selanjutnya di sini...
KUALA LUMPUR: Seorang artis Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk menghasilkan sesuatu yang unik sempena perkahwinan diraja Britain pada 29 April ini antara Putera William dengan tunangnya, Kate Middleton.


Dengan bakat istimewanya, Nason Ponniah, 56, menghasilkan potret kedua-dua pasangan itu menerusi 77,000 pin bersalut nikel yang berukuran 1.05 meter x 1.40 meter.

"Saya mahu melakukan sesuatu mengenai perkahwinan yang bakal menjelma. Setiap orang bercakap mengenainya. Ia seperti hadiah. Saya percaya saya seorang yang melakukan seperti ini (menghasilkan potret dari pin)," kata ejen hartanah ini kepada Bernama.
Nason berkata, dengan menghasilkan potret berkenaan, beliau juga mahu menjadikan Malaysia terkenal dari hasil karya yang unik seperti itu.

Beliau sangat-sangat berharap supaya karyanya itu dapat dihantar ke Istana Buckingham.

"Jika ada cara saya boleh menghantarnya ke Istana Buckingham, saya akan lakukannya. Saya berfikir untuk meminta bantuan Datuk Jimmy Choo (pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia).

"Atau saya boleh letak di Suruhanjaya Tinggi British atau British Council di mana orang boleh melihatnya," kata beliau yang juga akan mempertimbangkan sekiranya terdapat badan korporat yang mahu membeli hasil seni itu.
Sehingga kini Nason mencipta ratusan hasil seni dari pin termasuk wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan bangunan seperti Kuala Lumpur City Centre. - BERNAMA

p/s:
Bukan semua orang boleh melakukan apa yang beliau lakukan kan..
Ucapan terima kasih kepada beliau yang boleh dikatakan membawa nama Malaysia ke mata dunia sekali lagi.
Yess..Malaysia Boleh...

Tuesday, 19 April 2011

Teoh Banyak Diam Dan Berfikir Sebelum Ditemui Mati

Sedikit perkembangan tentang kes Teoh Beng Hock. 
Walaupun da berkurun mengikuti kes ni, FA tidak kisah.
Cuma agak bosan dengan keadaan yang meleret2.
Hari ini, saksi Lee Wye Weng memberitahu bahawa sebelum kejadian di mana Teoh ditemui mati, beliau ada betemu Teoh yang waktu itu sedang berehat di sofa.
Muka Teoh nampak letih dan seperti sedang memikirkan sesuatu.
Mungkinkah penat sebab disoal siasat?
Atau ada kaitan dengan nota 'selamat tinggal' yang dijumpai di dalam begnya?
Kita x tau...
Ikuti selanjutnya...

KUALA LUMPUR: Seorang saksi hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa setiausaha politik kepada Exco Selangor itu dilihat lebih banyak berfikir dan berdiam diri ketika mereka bertemu di ruang tamu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor.

Lee Wye Weng, 52, seorang ahli perniagaan berkata, Teoh juga kelihatan agak letih dan daripada raut wajahnya, Teoh seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Saya berjumpa dengan Teoh selepas kembali ke pejabat SPRM pada awal pagi, 16 Julai 2009 dan pada ketika itu Teoh sedang berehat di atas sofa di kawasan Pendidikan Masyarakat (Penmas)," katanya.
Lee menjelaskan walaupun agak terkejut dengan pertemuan itu, namun beliau sempat berbual dengan Teoh kira-kira 20 minit sebelum Lee dibawa oleh pegawai SPRM untuk dirakam percakapan sekitar jam 1 pagi.

"Dalam pertemuan itu, Teoh memaklumkan telefon dan pasportnya diambil oleh pegawai SPRM dan beliau juga memberitahu kepada saya yang beliau (Teoh) tidak suka komputer riba miliknya diambil oleh pegawai berkenaan," katanya ketika disoal pegawai pengendali, Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Lee berkata, Teoh juga memaklumkan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan cara pegawai SPRM yang memaksanya untuk menulis e-mel dan kata laluan ketika ditemu bual oleh pegawai SPRM itu.

"Teoh juga tidak dibenarkan berjumpa dengan peguamnya pada waktu itu walaupun sudah meminta kebenaran daripada pegawai SPRM," katanya.
Lee memberitahu suruhanjaya itu bahawa selepas pertemuan singkat itu, beliau tidak lagi berjumpa dengan Teoh walaupun berada di pejabat SPRM sehingga 10 pagi 16 Julai 2009.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam,
Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Selain itu, Lee berkata, beliau terperanjat apabila mendapat panggilan daripada seseorang pada pukul 5 hingga 5.30 petang yang memaklumkan kepadanya Teoh membunuh diri.

Ketika disoal bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman apa yang berada di dalam minda Lee sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, Lee berkata: "Terdapat tiga kemungkinan yang bermain di minda saya iaitu sama ada Teoh bunuh diri, kejadian itu satu kemalangan ataupun Teoh dibunuh".

Jawapan yang diberikan oleh Lee mendapat reaksi daripada Awang Armadajaya yang mempersoalkan mengapa Lee berpendapat sedemikian?

Lee berkata beliau tidak bermaksud untuk menyatakan Teoh berkemungkinan membunuh diri atau sebaliknya kerana dalam keadaan tertekan seseorang itu boleh melakukan apa sahaja.

"Saya melalui situasi yang sama seperti Teoh dan saya juga turut tertekan apabila disoal bertalu-talu oleh pegawai SPRM," katanya.

Lee juga disoal peguam Robert Lau dari Majlis Peguam mengenai dakwaan pegawai SPRM yang memaklumkan Lee tidak memberikan kerjasama semasa disoal siasat.

"Pada waktu itu saya agak tertekan dengan cara pegawai berkenaan menyoal saya seperti saya orang salah dan saya bukannya tidak mahu bekerjasama sebaliknya ingin merujuk kepada peguam terlebih dahulu," kata Lee.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T S Nathan, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka''.

Prosiding bersambung petang ini. - BERNAMA

p/s:
Nampak rumit siasatan yang dilakukan ke atas kematian Teoh Beng Hock ni...
Apa pun seperti biasa kita cuma mampu menunggu.. dengan sabar..

Saturday, 16 April 2011

BN Menang Lagi Di Sarawak

Wah... whatever it is.. congrats kepada yang menang.
Sangat sengit tentangan kali ni kan..:)
Nampaknya rakyat Sarawak masih menaruh kepercayaan yang tinggi kepada BN untuk menerajui pucuk pimpinan.
Kepada Tehr (isteri org Sarawak) dan Wan Hazel, any comment? BN menang di negeri you all la..
Kegembiraan memang x dinafikan jelas terasa di pihak BN namun jangan dilupa kemenangan ini adalah amanah rakyat, jadi segera la mulakan agenda untuk rakyat.
Tunaikan janji k...

BN menang 2/3 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Maksudnya 48 kerusi all together la kan...
Menang mudah ka?

Baca seterusnya...
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak hari ini adalah satu kemenangan yang sangat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi.

Dalam sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di Kuching, Perdana Menteri, yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, mengucapkan tahniah kepada Taib dan BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun ia mendapat tentangan yang hebat kali ini.


"Dan kejayaan yang telah kita capai di banyak kawasan menunjukkan majoriti yang besar dan ada yang bertambah majoriti.
"Dengan ini maka apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menyampaikan ucapan berbanyak banyak terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana mereka telah mengekalkan sokongan dan keyakinan berterusan kepada BN," katanya.

Najib yang turun padang untuk berkempen sepanjang pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah negeri itu, berkata Kerajaan Pusat akan memastikan semua janji pilihan raya kepada rakyat Sarawak akan ditunaikan.

BN telah pun memperoleh majoriti dua pertiga atau 48 kerusi pada pilihan raya yang mempertandingkan 71 kerusi. - BERNAMA

Sumber: BHarian

p/s:
Fa x kisah siapa pun yang menang..asalkan memegang janji untuk mengubah nasib rakyat...
Jangan ada pilih kasih.
Pay attention to the rural people..then you are a true hero....