Followers

Wednesday, 20 April 2011

Mayat Bayi Dalam Botol Dijumpai Di Sungai Tawau

OMG...
Kesiannya si kecil tu... dijumpai pun da reput.
Seksanya dia bila dilahirkan dan diperlakukan sedemikian rupa.
Hati manusia lagi ka kalau sanggup menyumbat bayi dalam botol Nescafe dan dibuang just like that.
Ish... berganda kesedihan hati FA hari ni.
Korang baca la... xda daya mau tulis panjang2...

TAWAU: Mayat seorang bayi yang sudah reput dijumpai disumbat di dalam botol Nescafe bersaiz besar di Sungai Tawau pagi tadi.

Botol itu dijumpai selepas tersangkut di bawah sebuah jambatan di sungai berkenaan di kawasan Blok 10 Kampung Titingan.


Bayi yang jantinanya belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh seorang penduduk.
"Ketika saya sedang mengupas kelapa, tiba-tiba adik saya datang dan memaklumkan bahawa ada satu botol di bawah jambatan yang sangat mencurigakan.

"Sebaik sampai di jambatan, saya mengambil botol itu dan melihat secara dekat isinya. Selepas membuka botol dan melihat kandungannya, saya cepat-cepat menutup semula botol itu kerana tidak tahan dengan bau busuk yang keluar darinya," kata Ronnie Jude, 32.

Beliau berkata pihak polis mengambil botol berkenaan selepas dimaklumkan mengenai penemuannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin mengesahkan penemuan bayi terbabit dan siasatan terperinci masih dijalankan. - BERNAMA

p/s:
Yang xda anak ni betul2 menunggu rezeki mendtang.
Yang da dapat senang2 pula mau buang...

5 comments:

AnnieMing said... [Reply]

Kesiannya itu baby :( Buruk sudah lagi tu time kena jumpa..

Wanzi said... [Reply]

sapelah buat keje ni... org lain susah-susah nak anak... dia senang2 buang anak... bukan manusia dah tu....

Aida Omar said... [Reply]

sampai macam nie sekali..
baik bagi kat aida..
:(

uLan said... [Reply]

aduhhhh kejam sungguh orang nie... tunggu saja pembalasan bila harinya tiba nnti...!! sedihnyaaa...

dut'z said... [Reply]

Huhu..MGB this pity baby soul..ksian dia...ada juga org x berperikemanusiaan macam ni kan..huhu..sedih..