Followers

Friday, 22 April 2011

Sah Bukan Dibunuh

Ingat lagi entri FA tentang pegawai kastam, Ahmad Sarbani?

Tiada unsur jenayah..so case closed!
Siasatan menunjukkan bahawa kematian Ahmad Sarbani adalah disebabkan oleh kecederaan yang teruk di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.
Agak cuai pula pegawai ni sampai boleh terjatuh dari tingkat tinggi.
Kebetulan pula dalam proses siasatan tentang rasuah.

Sila baca seterusnya k...
KUALA LUMPUR: Misteri kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, pada 6 April lalu terjawab selepas polis mengesahkan kes itu tiada unsur jenayah.

Berikutan itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut
berdasarkan siasatan dan hasil ujian makmal yang dilakukan polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Jabatan Kimia.
Keputusan itu diperoleh selepas Pasukan Khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang ditubuhkan sejurus kejadian berlaku, melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata hasil siasatan membuktikan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian Ahmad Sarbani dan keputusan itu dijangka mampu membantu Pejabat Peguam Negara membuat keputusan atau menubuhkan suruhanjaya khas jika keadaan memerlukan.

Zulkifli berkata, hasil laporan makmal menunjukkan Sarbani maut kerana kecederaan serius pada kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi.

“Selepas menjalankan siasatan secara mendalam, kami membuat kesimpulan mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut. Saya berpuas hati dengan kertas siasatan yang dilakukan itu dan tidak perlulah saya mengulas lanjut kerana yakin semua pihak akan faham berhubung kes ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kor Kadet Polis ke-41 di Astaka, Titiwangsa, di sini semalam.
Ahmad Sarbani ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu selepas dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Zulkifli berkata, pasukan penyiasat khas itu juga sudah mengenal pasti punca serta bagaimana kejadian itu berlaku bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul berhubung kematian pegawai kanan cawangan import eksport itu.

Mengulas tindakan lakonan semula kejadian itu, Zulkifli berkata, ia dilakukan bagi membantu polis mencari jawapan bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat 3, bilik pantry bangunan SPRM itu.

Sepanjang siasatan dijalankan juga, pasukan khas (PDRM) juga sudah memanggil 48 individu termasuk pegawai SPRM dan keluarga mangsa untuk dirakam percakapan.

p/s:
Cepat pula case closed... 
Kes Teoh Beng Hock pula yang xda penghujungnya.

2 comments:

fendy said... [Reply]

biar keadilan mencari sendiri pesalah yang menyembunyikan diri.

Teratakindah said... [Reply]

bunuh bunuh bunuh..huuh ape nk jadi dunia skng nie...