Followers

Showing posts with label spontan. Show all posts
Showing posts with label spontan. Show all posts

Wednesday, 2 March 2011

Something Terpelanting...

Hari kedua bulan Mac.

Post pertama untuk bulan ini, yang ketiga tahun ini.

Huh!lama juga berdiam tanpa khabar. Sebenarnya malas mau bagi alasan. Bukan kerana merajuk. Bukan.
Semuanya kerana kesibukan yang membuatku malas semalas-malasnya. Buat kawan2 yang tidak perasan, template blog sudah berubah. Saja-saja mau amik udara segar. Kali ni tema pinky greenish gitu. Pink?? Buang tebiat kata adikku wahahaha... What's wrong with pink kan..ok apa... Membuat aku sentiasa rasa mudaaa....[kenyit mata].

Hari ni sekolah macam biasa. Dapat surat cinta pula. Kena ajar kelas tambahan Tahun 6 this coming school break. Kelam kabut ubah plan yang sudah diplan oleh Pengarah Urusan Tertinggi Mr Go seow Peng merangkap hubbyku. Tour ke utara dengan bike. Crossed out. Tiada chance la. Hatiku bermonolog.. napa la x bagitau awal2.. huh.. [Mengeluh]

Habis sesi persekolahan temankan my fren ke balai polis untuk serah diri. Wahahahha..kidding!! Actually untuk amik salinan report kereta myvinya yang dilanggar dek orang masa CNY ari tu. Pstt..pstt.. mau story something smelly ni... Masa buat report CNY ari tu, this one policeman minta my fren utk bagi no phone dia kat bengkel tempat repair kereta myvi yang hancur remuk belakang tu. So salinan report tidak boleh keluar lagi. Something happened, terpaksa ubah bengkel repair yang kitorg kenal. Bila sudah selesai repair kereta, dat paticular policeman kata dekat bengkel owner untuk bayar RM150 untuk keluarkan salinan report. Ended up bengkel owner x mau bayar. So dipendekkan cerita, ari ni temankan my fren dptkan salinan n dia cuma bayar RM2. Soalan... kenapa perlu bayar RM150? Rasa ingin tahu ni mencanak2 bila pegawai yang keluarkan salinan tu kerut dahi bila dengar cerita kitorang. Siap tanya bnyk kali kenapa x terus dapatkan salinan report masa buat report ari tu. Huh.. macam2.

Hari ni Rabu kan. So, macam biasa la malam2 keluar. Jangan fikir macam2 ok.. mau p tengok movie murah... Wednesday Night is Cheap Movie Night. Heehhehe... Movie? X pasti mau tengok cerita apa.... tunggu I story2 dgn korang k....

p/s: Tajuk hampeh... ada kaitan x dengan post ni?

Tuesday, 24 August 2010

Puisi Khas Untuk Puisi Kantoi The Contest....

Wallauuu.... Biar Betul?? Biar Betul Betul?? (baca dlm nada sebuah lagu yang sya pun x berapa ingat da apa tajuk...korang ingat x?) Hah.. Biar sya story-story sikit mcmna seorang yg da bbrp tahun 'bergelumang' dalam dunia science boleh terdetik hati mo cipta puisi ni. Sya terbaca pasal contest ni dlm blog kawan baik tahap gaban sya masa*sikul-sikul (sekolah-sekolah) dulu.... Siapa lagi kalau bukan si As@cutezmommy.

Mo dijadikan cerita, bila baca2 dia punya puisi kantoi 2 secara tiba2 ja naluri kesusasteraan sya mengalir dalam jiwa..
cheh.. wakakakkaka.... Maka jari jemariku laju ja menaip dlm comment si empunya contest ini, PencariCinta (click untuk syarat2 contest k...) bertanya samada *bulih (boleh) join ka x... setelah mendapat approval (padahal sya rasa x perlu pun ni sbb beliau said anybody can join but sbg menghormati penganjur so sya bgtau la), maka tercipta la puisiku yang x seberapa ini. Dont expect too high aaa kawan2... bagi muka la kepadaku yang comel ini (buat2 muka kesian ni...).. Ni puisi pertama selepas meninggalkan zaman remaja ku tau... berkarat otak da... hihihi...

Bah baca la *kamurang (korang) aaa... Kalu mo ketawa pun ketawa la kamurang...sbb bukannya sya nampak pun...waahhahah....

Bukan Niatku

Bukan niatku sayang...
ingin menduakan dirimu...
kerana aku pernah menyukaimu
malah bertahun lamanya aku menyanjungmu...
lalu kerana takdir tak terjangka aku memilikimu...


Bukan niatku..
ingin menyakiti hatimu...
melupakan kisah indah di antara kita...

namun..
lantaran jarak yang memisahkan kita berdua
membuat jiwaku bergelora tak terperi
hari-hari yang kulalui bagaikan tiada maknanya
tiadanya engkau di sisi membuatku tak keruan
dan untuk kesekian kalinya aku merasa kekosongan

lalu kutemukan dia...
waktu bagaikan terhenti seketika...
dan jantungku berdegup kencang sekali lagi...
teringat sewaktu pertama kali aku menatapmu...
rinduku menghilang di sebalik palitan harapan di benakku..
sirna seketika tatkala menatap wajah jernih miliknya...
lalu aku tersenyum..
dan bagaikan dipukau... dia seakan mengerti hatiku...

Di kejauhan ini,
ingin aku kabarkan padamu sayang
tentang kisah kita di dada alam maya ini
kasihku padamu masih seagung dulu...
janjiku padamu masih seteguh dulu..
kerana...
bersama dia bagaikan mengulit mimpiku bersamamu...
tiada bezanya diantara dia dan dirimu sayang...
kerana walau apa sekali pun
engkau yang pertama dalam hidupku
dan pastinya engkau juga yang terakhir...
kerana...
aku akan menghabiskan dia...
sebelum aku menyentuhmu kembali..
wahai minyak perfumeku....
Versace Bright Crystal....

pasti!!!! Wahahhahahahhah!!!
(Ketawa dengan niat jahat.....kuangx3)

Kantoi x????? hihihi.... sekian saja puisi spontanku untuk hari ini... sama2 kita nantikan resultnya k... lots of love... ^@_@^
.... chau...