Followers

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Sunday, 15 May 2011

Senang-senang Saja Penggal Kepala Orang

Bila duduk terperuk di tempat yang sama masa tu la kita jadi macam katak bawah tempurung kan...
Nasib baik ada internet boleh la juga tahu news di negara2 lain di dunia ni...
Actually FA mau share this particular news with you guys ni..
Semalam baca berita ni but x sempat postkan...
Today ada perkembangan terbaru so FA mau share juga la....

Kepala siapa yang kena penggal?
Seorang nenek Jennifer Mills-Westley menjadi mangsa bunuh oleh seorang lelaki x berumah pada hari Jumat lalu.
Tragedy: Mother-of-two Jennifer Mills-Westley who was decapitated in the Tenerife supermarket
Jennifer Mills-Westley
X cukup dengan menikam leher mangsa sebanyak 14 kali, kepala pula dipenggal.
Actually kan lelaki ni memang da ada rekod sakit mental and baru keluar.
So i think memang penyakit datang balik la tu...

Tapi kesian nenak tu kan...
Bila tengok gambar mendiang yang sentiasa tersenyum...rasa sedih la pula.
Jom layan gambar jap k..

Family album: Mrs Mills-Westley with her daughter Sarah on her wedding day
Jennifer pada hari perkahwinan anaknya, Sarah
Celebration: Mrs Mills-Westley smiles as she poses for family photographs at the wedding
Gambar keluarga. Jennifer memakai topi

Maklumat terbaru, sebelum dibunuh Jennifer perasan ada lelaki sedang mengekorinya lalu meminta perlindungan daripada seorang sekuriti di sebuah resort. Jeniffer kemudiannya keluar daripada pejabat di mana dia berlindung selepas sekuriti tu mengesahkan bahawa lelaki yang mengekori tu da xda.

Walaubagaimana pun, lelaki tu rupanya tengah bersembunyi dan terus mengekori Jennifer sehingga ke sebuah kedai Cina barang murah berdekatan di mana lelaki tu menikam Jennifer dengan menggunakan pisau pemotong sayur yang ada di kedai tersebut.

Gambar di bawah....
This is the shop where the British woman was decapitated on Friday. Yesterday it had opened its doors again
Kedai di mana Jennifer ditikam dan dipenggal kepalanya.
Business as usual: The shop where a British woman was stabbed to death and beheaded was trading again yesterday less than 24 hours after the killing
Kedai ni da mula beroperasi semula hari ni.. cepatnya...
Murder scene: The shop was described as a 'cheap' store. It had been claimed that the murder weapon the knifeman used could have come from the shop
Kedai barangan murah
Pembunuh tersebut akhirnya berjaya diberkas...
Horror: The man lies on the ground after being tackled by security guards as he ran down the street

The Bulgarian is apprehended by police after Ms Mills-Westley's killing

Badan Jennifer diusung keluar..
Kepalanya ditutup dengan kain dengan masyarakat sekita berkumpul untuk menyaksikan kejadian yang berlaku.

Gruesome: The victim's body is carried away on a stretcher from the shop where she was decapitated. Police arrived on the scene and sealed off the area

Haunting: The victim's head lies on the ground covered only by a sheet as stunned crowds held back by police tape look on

p/s;
RIP to the deceased....

Jenayah Sebuah Keluarga: Apa Mau Jadi Malaysia Ni..

Terkejut dengan berita ni...
Seorang bapa mempertaruhkan masa depan anak2 lelaki dengan menyamun bersama2.
Bila difikirkan balik macam x logik pun ada...
Terbayang nasib anak2 lelakinya bila da besar nanti...
Bakal2 penyangak negara?
Hish..minta dijauhkan...

Baca selanjutnya k...
Ni boleh jadi berita tergempar bagi negara Malaysia yang jarang2 berlaku perkara sebegini...
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu teksi dan semua enam anggota keluarganya ditahan polis berhubung kes tetak, membawa senjata berbahaya di tempat awam dan merompak stesen minyak di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob, berkata tujuh sekeluarga itu ditahan polis pada kira-kira 2.05 petang di Taman Pelangi selepas berjaya dipujuk oleh polis supaya menyerah diri.

Katanya, insiden bermula dengan kejadian seorang lelaki berusia 25 tahun ditetak di kepala dengan sebilah pedang oleh bapa saudaranya yang berusia 49 tahun di rumah bapa saudaranya di Bandar Baru Permas Jaya pada 9 malam kelmarin.

"Mangsa yang menerima empat jahitan membuat laporan polis pada 12.05 tengah hari semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bertindak atas laporan itu, polis telah pergi ke rumah suspek namun mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu teksi telah membawa isterinya yang berusia 37 tahun, bayi perempuan 16 bulan serta empat anak lelaki masing-masing berusia lapan, 12, 14 dan 15 tahun menaiki teksi menghala ke Bandar Baru Permas Jaya.

Katanya, kereta peronda polis yang mengekori teksi itu melihat suspek dan anggota keluarganya melibas-libaskan beberapa bilah pedang melalui tingkap yang terbuka.

Beliau berkata, teksi itu kemudiannya berhenti di sebuah stesen minyak di mana suspek dan dua anaknya yang bersenjatakan pedang telah masuk ke stesen itu dan menyamun empat bungkus rokok dan coklat manakala anak lelaki suspek yang berusia lapan tahun berjaga di luar kedai dengan bersenjatakan sebilah parang.
"Polis cuba memujuk keluarga tersebut untuk menyerah diri agar tiada siapa dicederakan namun tidak diendahkan malah cuba menyerang polis sebelum teksi itu beredar," katanya.

Namun kenderaan mereka berjaya dihentikan oleh polis di Jalan Pasir Pelangi, Taman Pelangi sebelum mereka ditenangkan dan berjaya dipujuk untuk menyerah diri.

Zainuddin berkata, polis merampas enam bilah pedang, sebilah pisau sayur dan sebatang cotar daripada keluarga tersebut.

Katanya, siasatan mendapati pemandu teksi dan dua anak lelakinya itu merompak barang makanan, minuman dan lima bungkus rokok dari stesen minyak sama pada 1.30 petang kelmarin.

Semua suspek yang tidak mempunyai kes jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan Seksyen 324 kanun yang sama kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebat.

Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 353 kanun yang sama kerana menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan kewajipan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda; Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda; serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam yang membawa hukuman penjara dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

p/s:
Bukankah institusi kekeluargaan yang utuh dan sihat bakal melahirkan generasi yang bernilai tinggi...
Masih terkejut dengan berita ni la...

Wanita Ditahan Kes Serangan Asid

Asid sana sini...
Seram juga la bila baca pasal benda ni di news..
Perkembangan terbaru..
Seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan serangan asid yang terbaru.
Wanita ini dipercayai adalah bekas teman wanita Mohd Hanif Sunai@ Shuib, 24 tahun yang disimbah dengan asid semasa membuka pintu rumahnya.
Hanif disimbah asid akibat cemburu?
Gambar kecil menunjukkan Hanif sebelum disimbah asid.
Actually wanita ni datang sendiri menyerah diri di Balai Polis Kangar pada jam 1 pagi tadi.

Cerita selanjutnya.
KANGAR 15 Mei - Polis menahan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes serangan asid ke atas seorang pemandu lori di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan awal hari ini selepas dia menyerah diri di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1 pagi.

Polis menahan reman wanita tersebut yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Dalam kejadian itu, Muhamd Hanif Sunai @ Shuaib, 24, cedera parah dan melecur 50 peratus pada muka dan badannya selepas dikatakan disimbah asid di rumahnya.

Mangsa dikatakan diserang dengan asid sebaik sahaja membuka pintu rumahnya kira-kira pukul 1 pagi setelah mendengar ketukan di pintu rumahnya.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - Bernama

p/s:
Sampai hati buat nasib orang merana seumur hidup....ish...

Saturday, 14 May 2011

Kisah Asid Lagi: Kali Ini Dibenarkan

Haaa.. post pertama selepas kembali.
So macamana..terkejut dengan tajuk entri FA?
You should be.. sebab FA bila baca ni pun terkejut juga.
Si pelaku menyatakan bahawa bukan sebab balas dendam bila dia meminta untuk menggunakan asid sebagai hukuman kepada seorang lelaki.
But FA rasa memang pasal balas dendam la... sudah terang lagi bersuluh...
Atau sekadar mengikut law Iran yang pada dasarnya menyokong revolusi 
"...an eye for an eye, a tooth for a tooth.."?
Itu masing2 punya pendapat la kan...

Painful evidence: Ameneh Bahrami's clothing and shoes destroyed by acid are kept by her family in their Tehran apartment
Gambar pakaian dan ksut Ameneh yang disimbah asid
Kisah si gadis bernama Ameneh Bahramiy berlaku pada tahun 2004.

Lelaki bernama Majid Mohavedi merayu supaya gadis malang ni mengahwininya namun ditolak.
Twisted: Majid Movahedi had stalked her and threw the acid in her face when she refused to marry him
Majid Mohavedi
Kerana x puas hati Majid telah menyimbah Ameneh dengan asid semasa berada di sebuah perhentian bas.
Rupa-rupanya Majid telah memerhatikan gerak-geri dan rutin harian Ameneh beberapa bulan sebelum kejadian.

Revenge: Ameneh Bahrami was left with horrific scars after Majid Movahedi threw sulphuric acid in her eyes after he had begged her in vain to marry him
Ameneh memegang gambar beliau sebelum disimbah asid
Pada asalnya makamah setuju memberikan sejumlah  £19 000 wang kepada Amaneh dan Majid dipenjarakan. Namun Ameneh x mau menerima wang tersebut. Sebaliknya Ameneh menginginkan supaya penyerangnya menerima nasib yang sama seperti dirinya. Makamah kemudiannya setuju dengan usul hukuman menyuntik mata Majid dengan 20 titis asid setiap satu mata.

Walau bagaimanapun, hukuman itu telah ditunda hari ini.

p/s:
Apakah kesudahan perkara ini?
Ameneh tetap dengan pendiriannya walaupun telah menerima ugutan bunuh dari orang yang x dikenali.
Guys..what do you think?


Tuesday, 19 April 2011

Pemandu Bas Ekspress Parah Rempuh Treler Besi Buruk

Lagi kemalangan yang disebabkan oleh bas ekspress. Da lama juga rasanya xda berita ni kan.
But ya la..malang x berbau.
Hari ni berlaku lagi.
Kali ni melibatkan treler besi buruk pula.
Terbayang besi buruk yang keras semacam dan berkarat dirempuh..huh...impak maksima tu.

Baca selanjutnya di sini k...

IPOH 19 April – Seorang pemandu bas ekspres parah manakala empat penumpang cedera selepas kenderaan itu merempuh belakang sebuah treler sarat dengan muatan besi buruk di Kilometer 266, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Jelapang di sini malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam, Juwanto Jairot, 42, parah akibat tersepit di tempat duduknya manakala empat penumpang lain cedera selepas terhantuk di kepala berikutan kemalangan itu.

Ketua Trafik daerah, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rajab berkata, sewaktu kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang membawa seramai 15 penumpang, kebanyakannya pelajar institusi pengajian tinggi. – Utusan

p/s:
Kadang2 kita sangat la berhati2 tapi pengguna jalanraya lain ada yang buat x tau ja..
[Sigh]

Teoh Banyak Diam Dan Berfikir Sebelum Ditemui Mati

Sedikit perkembangan tentang kes Teoh Beng Hock. 
Walaupun da berkurun mengikuti kes ni, FA tidak kisah.
Cuma agak bosan dengan keadaan yang meleret2.
Hari ini, saksi Lee Wye Weng memberitahu bahawa sebelum kejadian di mana Teoh ditemui mati, beliau ada betemu Teoh yang waktu itu sedang berehat di sofa.
Muka Teoh nampak letih dan seperti sedang memikirkan sesuatu.
Mungkinkah penat sebab disoal siasat?
Atau ada kaitan dengan nota 'selamat tinggal' yang dijumpai di dalam begnya?
Kita x tau...
Ikuti selanjutnya...

KUALA LUMPUR: Seorang saksi hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa setiausaha politik kepada Exco Selangor itu dilihat lebih banyak berfikir dan berdiam diri ketika mereka bertemu di ruang tamu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor.

Lee Wye Weng, 52, seorang ahli perniagaan berkata, Teoh juga kelihatan agak letih dan daripada raut wajahnya, Teoh seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Saya berjumpa dengan Teoh selepas kembali ke pejabat SPRM pada awal pagi, 16 Julai 2009 dan pada ketika itu Teoh sedang berehat di atas sofa di kawasan Pendidikan Masyarakat (Penmas)," katanya.
Lee menjelaskan walaupun agak terkejut dengan pertemuan itu, namun beliau sempat berbual dengan Teoh kira-kira 20 minit sebelum Lee dibawa oleh pegawai SPRM untuk dirakam percakapan sekitar jam 1 pagi.

"Dalam pertemuan itu, Teoh memaklumkan telefon dan pasportnya diambil oleh pegawai SPRM dan beliau juga memberitahu kepada saya yang beliau (Teoh) tidak suka komputer riba miliknya diambil oleh pegawai berkenaan," katanya ketika disoal pegawai pengendali, Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Lee berkata, Teoh juga memaklumkan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan cara pegawai SPRM yang memaksanya untuk menulis e-mel dan kata laluan ketika ditemu bual oleh pegawai SPRM itu.

"Teoh juga tidak dibenarkan berjumpa dengan peguamnya pada waktu itu walaupun sudah meminta kebenaran daripada pegawai SPRM," katanya.
Lee memberitahu suruhanjaya itu bahawa selepas pertemuan singkat itu, beliau tidak lagi berjumpa dengan Teoh walaupun berada di pejabat SPRM sehingga 10 pagi 16 Julai 2009.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam,
Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Selain itu, Lee berkata, beliau terperanjat apabila mendapat panggilan daripada seseorang pada pukul 5 hingga 5.30 petang yang memaklumkan kepadanya Teoh membunuh diri.

Ketika disoal bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman apa yang berada di dalam minda Lee sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, Lee berkata: "Terdapat tiga kemungkinan yang bermain di minda saya iaitu sama ada Teoh bunuh diri, kejadian itu satu kemalangan ataupun Teoh dibunuh".

Jawapan yang diberikan oleh Lee mendapat reaksi daripada Awang Armadajaya yang mempersoalkan mengapa Lee berpendapat sedemikian?

Lee berkata beliau tidak bermaksud untuk menyatakan Teoh berkemungkinan membunuh diri atau sebaliknya kerana dalam keadaan tertekan seseorang itu boleh melakukan apa sahaja.

"Saya melalui situasi yang sama seperti Teoh dan saya juga turut tertekan apabila disoal bertalu-talu oleh pegawai SPRM," katanya.

Lee juga disoal peguam Robert Lau dari Majlis Peguam mengenai dakwaan pegawai SPRM yang memaklumkan Lee tidak memberikan kerjasama semasa disoal siasat.

"Pada waktu itu saya agak tertekan dengan cara pegawai berkenaan menyoal saya seperti saya orang salah dan saya bukannya tidak mahu bekerjasama sebaliknya ingin merujuk kepada peguam terlebih dahulu," kata Lee.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T S Nathan, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka''.

Prosiding bersambung petang ini. - BERNAMA

p/s:
Nampak rumit siasatan yang dilakukan ke atas kematian Teoh Beng Hock ni...
Apa pun seperti biasa kita cuma mampu menunggu.. dengan sabar..

Senario Yang Jarang Kita Lihat Di Barat

Bila tengok ni mata pun terbeliak... 
FA first time nampak benda macam ni di Barat so culture shock la kononnya. 
Ada baiknya tapi yang pelik pun ada juga. 
Hrmmm.... what were you thinking? 
Baju mybe ok lagi la sebab di Malaysia biasa nampak but..what about the topi? Hud?..erkk..
Siapa biasa tengok AFC, channel  Astro tentang makan2 tu..memang kenal dia ni.. 
Tengok la Nigella Express.She's the hostess... Nama dia Nigella Lawson.

Check this out... Pay attention to Nigella...




Sumber: The Daily Mail

p/s:
Was this a new trend over there in Westen

Konsert Justin Bieber Di Malaysia Esok [21.4.2011]

Siapa x kenal penyanyi muda dari Kanada ni kan.


Bakat boleh tahan sebab boleh nyanyi, tulis lirik dan kompose lagu sendiri. 
Maksudnya harta banyak2 hasil nyanyian tu adalah milik mutlak beliau.
Huh..kaya you...

So esok turn Malaysia pula akan menerima kunjungan beliau.
Konsert yang ke berapa x pasti tapi Bieber ni da mengadakan lebih 140 konsert di seluruh dunia tau.

FA minat x?
Ermm..terus terang kurang. Lagu best juga tapi x berapa kena dgn jiwa FA yang da tua ni..hehhehehh...

Kenapa post benda yang FA x berapa suka?
Hehehe..mudah je.. sebab pembaca blog ni bukan FA sorang. Menurut anlisis alexa, blog FA paling banyak dikunjungi oleh anak muda 18-24 tahun. So, FA selit2kan mana2 info atau news yang sesuai dengan diorang. And mana la tau ada juga readers senior yang suka Bieber ni kan..kan.kan...hehhehe

Ok mau tau status Justin Bieber yang terbaru sila baca seterusnya k... [Agak panjang tau..]

APA yang membuatkan Justin Drew Bieber atau lebih dikenali dengan nama pentas, Justin Bieber begitu istimewa di mata jutaan peminatnya?

Kata sesetengah pihak, kalau hendak diukur kepada bakatnya, rasanya ada penyanyi lain yang bakat mereka jauh lebih hebat daripada Bieber.

Jika bukan bakat yang menjadi kayu pengukur kepada populariti dan kehebatan Bieber, memang tidak syak lagi, kegilaan peminat terhadap penyanyi kelahiran Kanada itu adalah kerana
paras rupa yang comel dan sejuk mata memandang buat peminatnya.

Katalah apa sahaja tentang Bieber, dia cukup bertuah kerana sokongan padu peminatnya yang menjadi peguam bela tidak rasmi untuk membidas segala kenyataan negatif terhadap penyanyi pujaan mereka.

Biar apa pun kritikan yang dilempar kepada remaja berusia 17 tahun ini, tiada seorang pun yang dapat menafikan fenomena yang dicetuskan oleh Bieber.

Hadirnya umpama virus yang menyerang dan kemudiannya dengan pantas merebak sehingga menyebabkan peminatnya diserang histeria setiap kali mendengarkan atau menonton persembahannya.

Usianya dalam bidang seni baru setahun jagung tetapi populariti yang dikecapinya mengalahkan penyanyi senior sedia ada.

Dan, percaya atau tidak, Bieber kini sudah pun sebaris dengan penyanyi popular dan ternama sedia ada apabila sudah memasuki golongan sebagai artis paling kaya di dunia.

Percaya atau tidak, hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja sejak dia mula menyanyi pada tahun 2008, Bieber kini dilaporkan sudah pun memiliki aset bernilai lebih daripada AS$100 juta (RM302 juta)!

Semuanya adalah hasil daripada penjualan album, muat turun untuk lagu, kutipan tiket filem, penjualan barangan, menjadi duta dan jurucakap barangan selain daripada keuntungan daripada siri konsert jelajah dunianya.

Sayugia diingatkan, semua keuntungan itu adalah hak milik mutlak terutama untuk penjualan album dan lagu kerana dia bukan hanya menyanyi tetapi dia juga adalah komposer serta penulis lirik bagi kesemua lagu di dalam albumnya.

Untuk setiap kunjungannya ke lokasi konsert terpilih, Bieber dikatakan menerima bayaran sekurang-kurangnya AS$300,000 (RM908,000). Setakat ini, Bieber sudah pun mengadakan persembahan di 140 buah lokasi di seluruh dunia dan terbaru, di Malaysia, esok, 21 April.

Bukan itu sahaja, Bieber juga menjadi artis kedua popular selepas Lady Gaga di laman sosial, Twitter dengan jumlah pengikut seramai 8.3 juta dan menjana keuntungan luar biasa dari sudut pengiklanan.

Ternyata populariti luar biasa yang telah dicetuskan oleh Bieber membuatkan banyak syarikat mahu menggunakan khidmatnya dalam usaha menarik perhatian pelanggan mereka dalam mencatatkan keuntungan.

Sebagai contoh, Bieber dikatakan telah menerima bayaran AS$1 juta (RM3.02 juta) hanya untuk muncul dalam iklan 30 saat untuk mempromosikan produk terbaru keluaran Best Buy yang kemudiannya ditayangkan sewaktu perlawanan US Super Bowl.

Berbekalkan wajah comel, bayaran yang diterima pelantun lagu Baby itu memang cukup lumayan iaitu sebanyak AS$3 juta (RM9.06 juta) untuk kontrak selama dua tahun produk ProActiv.

Angka itu memang dianggap sebagai luar biasa bagi seorang artis baru dan muda seperti Bieber dan ia juga dikatakan berjaya mengatasi bayaran yang pernah diterima oleh artis dewasa yang menjadi duta produk.

Bieber sememangnya cukup bijak mengatur strategi terbaik dalam memasarkan namanya dan dia juga sedar, apa sahaja yang melibatkan dirinya, ia akan menjadi rebutan.

Itulah yang dilakukan oleh Bieber apabila dia bersetuju untuk menggunakan namanya bagi produk barangan bilik tidur seperti cadar, sarung bantal dan selimut selain fon kepala (headphone) dan barang kemas untuk kanak-kanak.

Malah, jejaka yang cukup terkenal dengan imej potongan rambut mangkuk (bowl cut) itu turut memberikan penghormatan kepada peminat wanitanya apabila dia mengeluarkan produk kecantikan berupa varnis kuku, One Less Lonely Girl.

Filem pertamanya, Justin Bieber: Never Say Never juga mencipta rekod luar biasa apabila mencatatkan kutipan sebanyak AS$73 juta (RM221 juta) di seluruh dunia.

Dengan angka itu, ia sekali gus menjadi filem konsert paling laris di dunia sejak tahun 1984 dan filem dokumentari ketiga terlaris sejak 1982.

Kemewahan Bieber juga dikatakan akan terus meningkat apabila patung mainannya berada di pasaran tidak lama lagi.

Sumber: Utusan

p/s:
Baru tau Justin Bieber punya nama tengah..Drew...

Sunday, 10 April 2011

5 Fakta Tentang Kate Middleton Bakal Permaisuri Prince William

Siapa kenal Catherin Elizabeth Middleton? X kenal? Kate Middleton? 
Haaa.. mesti kenal kan. Beliau merupakan bakal isteri Prince William yang dikatakan akan berkahwin pada 29 April tahun ni. Sejarah nampaknya berulang lagi di dalam keluarga kerabat diraja Britain itu. Dulu Puteri Diana, kini giliran Kate Middelton pula. Sehinggakan ramai juga yang membanding beza kedua-dua individu yang bertuah ni. Dua-dua berasal dari keluarga biasa2 kan. Hmmm..dramatik..

I think both are adorable. Cantikkk cincin....

Jom lihat 5 fakta bakal permaisuri Britain ni...

1.
Digelar 'Waitey Katey' oleh media. 

2. 
Memiliki Master of Arts dari Universiti St. Andrew.
Pendidikan boleh tahan.

3. 
Merupakan pengantin tertua dalam sejarah Kerabat Diraja Britain.
Kate akan berkahwin pada usia 29 tahun.

4. 
Mempunyai empat bodyguard yang mengiringinya setiap masa.

5. 
Ayahnya bekas juru terbang dan ibunya pula bekas pramugari.
Sekarang mengendalikan business membekal barang untuk majlis2.