Followers

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, 15 May 2011

Senang-senang Saja Penggal Kepala Orang

Bila duduk terperuk di tempat yang sama masa tu la kita jadi macam katak bawah tempurung kan...
Nasib baik ada internet boleh la juga tahu news di negara2 lain di dunia ni...
Actually FA mau share this particular news with you guys ni..
Semalam baca berita ni but x sempat postkan...
Today ada perkembangan terbaru so FA mau share juga la....

Kepala siapa yang kena penggal?
Seorang nenek Jennifer Mills-Westley menjadi mangsa bunuh oleh seorang lelaki x berumah pada hari Jumat lalu.
Tragedy: Mother-of-two Jennifer Mills-Westley who was decapitated in the Tenerife supermarket
Jennifer Mills-Westley
X cukup dengan menikam leher mangsa sebanyak 14 kali, kepala pula dipenggal.
Actually kan lelaki ni memang da ada rekod sakit mental and baru keluar.
So i think memang penyakit datang balik la tu...

Tapi kesian nenak tu kan...
Bila tengok gambar mendiang yang sentiasa tersenyum...rasa sedih la pula.
Jom layan gambar jap k..

Family album: Mrs Mills-Westley with her daughter Sarah on her wedding day
Jennifer pada hari perkahwinan anaknya, Sarah
Celebration: Mrs Mills-Westley smiles as she poses for family photographs at the wedding
Gambar keluarga. Jennifer memakai topi

Maklumat terbaru, sebelum dibunuh Jennifer perasan ada lelaki sedang mengekorinya lalu meminta perlindungan daripada seorang sekuriti di sebuah resort. Jeniffer kemudiannya keluar daripada pejabat di mana dia berlindung selepas sekuriti tu mengesahkan bahawa lelaki yang mengekori tu da xda.

Walaubagaimana pun, lelaki tu rupanya tengah bersembunyi dan terus mengekori Jennifer sehingga ke sebuah kedai Cina barang murah berdekatan di mana lelaki tu menikam Jennifer dengan menggunakan pisau pemotong sayur yang ada di kedai tersebut.

Gambar di bawah....
This is the shop where the British woman was decapitated on Friday. Yesterday it had opened its doors again
Kedai di mana Jennifer ditikam dan dipenggal kepalanya.
Business as usual: The shop where a British woman was stabbed to death and beheaded was trading again yesterday less than 24 hours after the killing
Kedai ni da mula beroperasi semula hari ni.. cepatnya...
Murder scene: The shop was described as a 'cheap' store. It had been claimed that the murder weapon the knifeman used could have come from the shop
Kedai barangan murah
Pembunuh tersebut akhirnya berjaya diberkas...
Horror: The man lies on the ground after being tackled by security guards as he ran down the street

The Bulgarian is apprehended by police after Ms Mills-Westley's killing

Badan Jennifer diusung keluar..
Kepalanya ditutup dengan kain dengan masyarakat sekita berkumpul untuk menyaksikan kejadian yang berlaku.

Gruesome: The victim's body is carried away on a stretcher from the shop where she was decapitated. Police arrived on the scene and sealed off the area

Haunting: The victim's head lies on the ground covered only by a sheet as stunned crowds held back by police tape look on

p/s;
RIP to the deceased....

Kereta Terjunam Dalam Sungai

Malang x berbau kan...
Macam-macam kemalangan yang berlaku sejak akhir-akhir ni...

Baca berita ni selanjutnya...
Details esok..
ALOR GAJAH 15 Mei – Dua sahabat maut manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh penghadang jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai di Lebuh AMJ, berhampiran Sungai Petai hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.35 pagi itu, P. Siva Kumar, 46, dari Taman Pengkalan Indah dan R. Raman, 23, dari Jalan Jasin, Selandar maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Seorang lagi rakan mereka, dipercayai pemandu kereta jenis Proton Iswara berkenaan, C. Velu, 21, dari Taman Pengkalan Indah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka. – Utusan

p/s:
Do take care of yourself guys..especially siapa2 yang driving...

Jenayah Sebuah Keluarga: Apa Mau Jadi Malaysia Ni..

Terkejut dengan berita ni...
Seorang bapa mempertaruhkan masa depan anak2 lelaki dengan menyamun bersama2.
Bila difikirkan balik macam x logik pun ada...
Terbayang nasib anak2 lelakinya bila da besar nanti...
Bakal2 penyangak negara?
Hish..minta dijauhkan...

Baca selanjutnya k...
Ni boleh jadi berita tergempar bagi negara Malaysia yang jarang2 berlaku perkara sebegini...
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu teksi dan semua enam anggota keluarganya ditahan polis berhubung kes tetak, membawa senjata berbahaya di tempat awam dan merompak stesen minyak di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob, berkata tujuh sekeluarga itu ditahan polis pada kira-kira 2.05 petang di Taman Pelangi selepas berjaya dipujuk oleh polis supaya menyerah diri.

Katanya, insiden bermula dengan kejadian seorang lelaki berusia 25 tahun ditetak di kepala dengan sebilah pedang oleh bapa saudaranya yang berusia 49 tahun di rumah bapa saudaranya di Bandar Baru Permas Jaya pada 9 malam kelmarin.

"Mangsa yang menerima empat jahitan membuat laporan polis pada 12.05 tengah hari semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bertindak atas laporan itu, polis telah pergi ke rumah suspek namun mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu teksi telah membawa isterinya yang berusia 37 tahun, bayi perempuan 16 bulan serta empat anak lelaki masing-masing berusia lapan, 12, 14 dan 15 tahun menaiki teksi menghala ke Bandar Baru Permas Jaya.

Katanya, kereta peronda polis yang mengekori teksi itu melihat suspek dan anggota keluarganya melibas-libaskan beberapa bilah pedang melalui tingkap yang terbuka.

Beliau berkata, teksi itu kemudiannya berhenti di sebuah stesen minyak di mana suspek dan dua anaknya yang bersenjatakan pedang telah masuk ke stesen itu dan menyamun empat bungkus rokok dan coklat manakala anak lelaki suspek yang berusia lapan tahun berjaga di luar kedai dengan bersenjatakan sebilah parang.
"Polis cuba memujuk keluarga tersebut untuk menyerah diri agar tiada siapa dicederakan namun tidak diendahkan malah cuba menyerang polis sebelum teksi itu beredar," katanya.

Namun kenderaan mereka berjaya dihentikan oleh polis di Jalan Pasir Pelangi, Taman Pelangi sebelum mereka ditenangkan dan berjaya dipujuk untuk menyerah diri.

Zainuddin berkata, polis merampas enam bilah pedang, sebilah pisau sayur dan sebatang cotar daripada keluarga tersebut.

Katanya, siasatan mendapati pemandu teksi dan dua anak lelakinya itu merompak barang makanan, minuman dan lima bungkus rokok dari stesen minyak sama pada 1.30 petang kelmarin.

Semua suspek yang tidak mempunyai kes jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan Seksyen 324 kanun yang sama kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebat.

Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 353 kanun yang sama kerana menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan kewajipan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda; Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda; serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam yang membawa hukuman penjara dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

p/s:
Bukankah institusi kekeluargaan yang utuh dan sihat bakal melahirkan generasi yang bernilai tinggi...
Masih terkejut dengan berita ni la...

Wanita Ditahan Kes Serangan Asid

Asid sana sini...
Seram juga la bila baca pasal benda ni di news..
Perkembangan terbaru..
Seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan serangan asid yang terbaru.
Wanita ini dipercayai adalah bekas teman wanita Mohd Hanif Sunai@ Shuib, 24 tahun yang disimbah dengan asid semasa membuka pintu rumahnya.
Hanif disimbah asid akibat cemburu?
Gambar kecil menunjukkan Hanif sebelum disimbah asid.
Actually wanita ni datang sendiri menyerah diri di Balai Polis Kangar pada jam 1 pagi tadi.

Cerita selanjutnya.
KANGAR 15 Mei - Polis menahan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes serangan asid ke atas seorang pemandu lori di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan awal hari ini selepas dia menyerah diri di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1 pagi.

Polis menahan reman wanita tersebut yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Dalam kejadian itu, Muhamd Hanif Sunai @ Shuaib, 24, cedera parah dan melecur 50 peratus pada muka dan badannya selepas dikatakan disimbah asid di rumahnya.

Mangsa dikatakan diserang dengan asid sebaik sahaja membuka pintu rumahnya kira-kira pukul 1 pagi setelah mendengar ketukan di pintu rumahnya.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - Bernama

p/s:
Sampai hati buat nasib orang merana seumur hidup....ish...

Saturday, 14 May 2011

Kisah Asid Lagi: Kali Ini Dibenarkan

Haaa.. post pertama selepas kembali.
So macamana..terkejut dengan tajuk entri FA?
You should be.. sebab FA bila baca ni pun terkejut juga.
Si pelaku menyatakan bahawa bukan sebab balas dendam bila dia meminta untuk menggunakan asid sebagai hukuman kepada seorang lelaki.
But FA rasa memang pasal balas dendam la... sudah terang lagi bersuluh...
Atau sekadar mengikut law Iran yang pada dasarnya menyokong revolusi 
"...an eye for an eye, a tooth for a tooth.."?
Itu masing2 punya pendapat la kan...

Painful evidence: Ameneh Bahrami's clothing and shoes destroyed by acid are kept by her family in their Tehran apartment
Gambar pakaian dan ksut Ameneh yang disimbah asid
Kisah si gadis bernama Ameneh Bahramiy berlaku pada tahun 2004.

Lelaki bernama Majid Mohavedi merayu supaya gadis malang ni mengahwininya namun ditolak.
Twisted: Majid Movahedi had stalked her and threw the acid in her face when she refused to marry him
Majid Mohavedi
Kerana x puas hati Majid telah menyimbah Ameneh dengan asid semasa berada di sebuah perhentian bas.
Rupa-rupanya Majid telah memerhatikan gerak-geri dan rutin harian Ameneh beberapa bulan sebelum kejadian.

Revenge: Ameneh Bahrami was left with horrific scars after Majid Movahedi threw sulphuric acid in her eyes after he had begged her in vain to marry him
Ameneh memegang gambar beliau sebelum disimbah asid
Pada asalnya makamah setuju memberikan sejumlah  £19 000 wang kepada Amaneh dan Majid dipenjarakan. Namun Ameneh x mau menerima wang tersebut. Sebaliknya Ameneh menginginkan supaya penyerangnya menerima nasib yang sama seperti dirinya. Makamah kemudiannya setuju dengan usul hukuman menyuntik mata Majid dengan 20 titis asid setiap satu mata.

Walau bagaimanapun, hukuman itu telah ditunda hari ini.

p/s:
Apakah kesudahan perkara ini?
Ameneh tetap dengan pendiriannya walaupun telah menerima ugutan bunuh dari orang yang x dikenali.
Guys..what do you think?


Sunday, 8 May 2011

Apa Makna Hari Ibu Apabila Anak Dihukum Gantung?

Bila baca berita ni tadi... rasa pity the mother la...
Bayangkan 9 bulan dalam kandungan.. dibesarkan dan ditatang bagai minyak yang penuh..
Pada usia yang muda kena hukum gantung pula...
Salahkan siapa?
Anak tu la kan... kalau dengar nasihat ibunya xda kena sabit kesalahan mengedar dadah.
Dunia..dunia...

Sila baca selanjutnya...
ALOR SETAR: Sambutan hari ibu, hari ini tidak membawa apa-apa makna buat seorang wanita yang terpaksa menyaksikan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, terhadap anak lelakinya kerana mengedar dadah dua tahun lalu.


Wanita berusia lewat 50-an itu menangis teresak-esak hingga tidak bermaya dan terpaksa dipapah ahli keluarganya sebaik Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhkan hukuman mati terhadap Airy Azam Mohamad, 31, selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 60 kilogram.

Tertuduh yang berasal dari Kelantan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Kayu Hitam pada jam 12.30 tengah hari 17 April 2009.
Tertuduh yang memakai kemeja T biru berbelang merah dan seluar denim biru bagaimanapun tenang ketika Mohd Zaki membacakan hukuman.

Terdahulu, Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata, mahkamah tidak boleh menerima alasan tertuduh yang mengatakan dia tidak tahu barangan yang dibawa itu adalah dadah.

"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh disabitkan kesalahan," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Kastam Diraja Malaysia, Nik Suhaimi Nik Sulaiman, manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.

Sumber: Berita Harian

p/s:
Jika ingin melakukan sesuatu..ingatlah pesan ibu..
Dengan begitu, nescaya anda selamat...

Thursday, 5 May 2011

Tinggal Rangka: Ditemui Selepas Lebih Sebulan Mati Dalam Gaung

FA baru baca berita ni...
Korang da?
Rangka ni ditemui hanya kira2 dua kilometer dari tempat pembunuhan Altantuya.
Masih ingat wanita Mongolia tu?

Nah jom share cerita rangka tu k...

KUALA SELANGOR 5 Mei – Rangka manusia yang dipercayai telah meninggal dunia lebih sebulan ditemui dalam keadaan berselerak di dalam gaung di tepi Jalan Puncak Alam menuju Kuala Selangor di sini hari ini.

Lokasi penemuan rangka itu terletak kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Taib Ahmad berkata, rangka yang belum diketahui jantina itu ditemui oleh penyelenggara Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Puncak Perdana. – Utusan

p/s;
Selebihnya kita nantikan berita esok ok...:)
FA pun x sabar mau tau ni..

Wednesday, 4 May 2011

Hukuman Pelajar Tumbuk Guru Ditangguh

Budak2 zaman sekarang memang berani.
Kalau zaman dulu guru merotan, itu tandanya dia prihatin.
Zaman ini, guru sengaja mendera.
Kalau zaman dulu guru menegur, itu tandanya dia sayang murid.
Zaman ini, guru sengaja malukan.
Kalau zaman dulu guru berdepan dengan ibubapa kurang pelajaran yang x mahu menyekolahkan anak2.
Zaman ini, guru berdepan dengan ibubapa berpendidikan tinggi yang selalunya terlalu memanjakan anak2.
Bukan semua tapi lagi ramai yang memanjakan.

Hasilnya,
Murid zaman dulu ramai yang da jadi manusia.
Murid zaman sekarang? Tepuk dada tanya selera.
Memang FA sengaja membandingkan.
Geram dengan murid yang besar kepala.
Perasan dia betul tapi pada dasarnya dia sendiri tahu perbuatannya memang da x betul.
Dia x tau....
Sedang mereka enak dibuai mimpi, yang cikgu ni bersengkang mata menyediakan pelajaran untuk mereka untuk hari berikutnya.
Dia x tau....
Cikgu yang dibenci tu la yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka setiap hari.
Sedih....
Wahai anak2..janganlah jatuhkan maruah negara kita.
KANGAR: Mahkamah Juvana hari ini menangguhkan hukuman terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang mengaku bersalah menumbuk seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, dekat sini April lalu.


Majistret Nurshahida Abdul Rahim menetapkan 1 Jun ini bagi menjatuhi hukuman itu berikutan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan laporan perubatan guru berkenaan.

Pada 11 April lalu, pelajar tingkatan dua itu mengaku bersalah atas tuduhan menumbuk guru mata pelajaran Sejarah, Mariati Mat Ail, 37, sehingga menyebabkan kecederaan di hidungnya kira-kira 12.45 tengah hari, 7 April lalu di sekolah terbabit.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk keputusan hukuman.

Pendakwaan kes itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sabry, mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pelajar itu yang diiringi aHLI keluarganya bergegas meninggalkan mahkamah sebaik hukuman ditangguhkan. - BERNAMA

p/s:
Marah macam mana pun ...cikgu2 tepat sayang.

Tuesday, 3 May 2011

Umur 13 Mengandung 15 Jadi Ibu 17 Dibunuh

Kesiannya dia ni...
Sudah jatuh ditimpa tangga.. boleh ka guna ni?
Anaknya sekarang sudah berumur 3 tahun...bakal menjalani hidup tanpa ibu.
Apa sebenarnya yang telah berlaku.
Found unconscious: Kelsey Shaw with her daughter


Ibu muda ni, Miss Shaw ditemui dalam keadaan cedera teruk akibat dipukul dan dibelasah di rumah kediamannya. Miss Shaw kemudiannya dikejarkan ke hospital namun meninggal duni keesokan harinya.
Bekas kekasih,Callum Willcocks 19 tahun, yang juga dipercayai ayah kepada anaknya ditahan kerana membunuh.

Pada umur 15 tahun, Miss Shaw pernah menulis di MySpacenya bahawa dia tidak sabar menghabiskan sekolah dan masih menyayangi Calllum.




‘I go to st julies which is ****! cnt wait to leave. Just yeh average girl basicly. Love goin out with tha girls drinkin n all tha. ‘Iv got a gorgeous baby girl hu is nearly 1 love her to bits, love my callum 2 bits aswell, there both Amazin.’

Callum Willcocks  Kelsey Marie Shaw
Walau bgaimanapun hubangan itu terputus beberapa bulan kemudian.
Satu message di bawah nama Willcocks kemudiannya dilihat di page Miss Shaw.

'...my heart is broken badly’. 


Smart: The scene in Runcorn, Cheshire, where teenage mum Kelsey Marie Shaw, 17, was murdered
Flat di mana ibu muda itu ditemui cedera teruk
Sumber: The daily mail

p/s:
Another tragic love ending..adui apa mau jadi dunia sekarang ni...









Kematian Osama Bin Laden: Apa Pendapat Anda?

Kecoh pasal berita Osama Bin Laden yang ditembak semalam.
Betul atau tidak x tau la..
Bukan apa Osama Bin Laden ni dari tahun bila ntah jadi buruan tapi selalu lepas.
Ingatkan di Afghanistan, rupa2nya ada di Pakistan.
Dekat pula tu dengan Akademi Tentera Pakistan.

Osama Bin Laden's hideout in Pakistan

Betul atau tidak sudah mati?

GAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan  wajah Osama Bin Laden yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP


Doesn't take a pro to tell that this was a Photoshop edit photo kan.... 
Pandai2 ja...
Even if he were dead, x payah la mau amik gambar and edit macam tu sekali, sama pula tu posisinya.

Gambar tempat persembunyian Osama di bawah.

Hideout: A large sheet covers the U.S. helicopter that crashed in the grounds of the compound where Bin Laden lived with his youngest wife and his trusted aides

Deserted: Nestled among trees and in the shadow of Pakistan's mountains, Bin Laden's hideaway stands empty today after a helicopter raid by U.S. troops that killed the terror chief

Tempat di mana Osama terbunuh di bawah..

Abbottabad where the Al-Qaeda leader was killed 90 miles outside the national capital of Islamabad in Kyber Pakhtoonkhwa

Sedikit gambaran tentang apa yang telah berlaku di bawah....

The storming of Bin Laden's lair

Gambar Presiden Obama menyaksikan Osama ditembak di mata secara live melalui kamera di topi tentera yang menembak. Melopong juga...

Obama banner

Upacara pengkebumian Osama, di laut.

Burial place: Osama bin Laden's body was taken out to sea and dumped in the North Arabian Sea from the deck of the USS Carl Vinson officials have confirmed

p/s;
What do you think guys?
Betul atau x Osama da mati atau this was another conspiracy over him?


Dibunuh Kerana Enggan Kahwin

Hi guys..miss me ka? hehehhe.. baru dapat online ni...

'Hebat' kan manusia zaman sekarang...
Kalau kecewa bunuh diri ja...
Kalau tidak suka tikam ja..
Kalau tidak dengar cakap bakar ja...
Kalau dengar cakap ludah ja...
Kalau iri hati tembak ja...

Siapa yang bagi mandat untuk mencabut nyawa seorang manusia lain?
Hairan ada juga yang berani...
Adakah kerana hilang akal? Terlalu menurut kata hati?
Jawapannya tepuk dada tanya selera.....
Kalau selera pun xda alamatnya hilang juga la harga diri..

Selepas menghilang dan hidup tanpa teknologi yang dinamakan internet baru2 ni, FA rupanya ketinggalan banyak info.
Belum cerita lagi pasal Osama Bin Laden yang mati ditembak semalam...
Hari ni bila baca news, FA disajikan dengan berita seorang wanita ditikam kerana enggan kahwin.
Sayang apa la kalau sanggup bunuh macam tu....

Layan k.... FA mau p mandi jap.
ALOR SETAR: Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.


Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada jam 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata kejadian dikatakan berpunca wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.
"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lalu menyerah diri di balai polis di sini kira-kira jam 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lalu.

Adzaman berkata, lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan.
Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual. - BERNAMA

p/s:
X tau apa mau cakap bila perkara pelik macam ni berlaku....

Saturday, 30 April 2011

Official Wedding Photos Of Prince William And Kate

Wow.. I am amazed with these young people..
But before kita tengok gambar2 rasmi  tu jom tengok dulu gambar dan wajah Putera WilliaM dan Kate selepas bergelar suami isteri.
Ada seri pengantin x?

First day as husband and wife: Newlyweds William and Kate emerged holding hands into the morning sunshine at Buckingham Palace before they left by helicopter for their honeymoon at a mystery location

Jom la kita layan gambar2 di bawah ni pula k..:)

Full over joy: William and Kate smile broadly in the official wedding album


Happy: William and Kate surrounded by, clockwise bottom right, The Hon. Margarita Armstrong-Jones, Miss Eliza Lopes, Miss Grace van Cutsem, Lady Louise Windsor, Master Tom Pettifer, Master William Lowther-Pinkerton

Royal Wedding official photo album

Sumber: The Daily News

p/s:
They are indeed gorgeous people kan... hehehe



Kaunter LHDN Dilanjutkan Sehingga 8 Malam Ini

Cepatt!!! Cepattt!!!!
Kepada sesiapa yang x berkesempatan untuk menyelesaikan hal2 LHDN ni.. ada masa lagi.
Masa post ni jam 6.15pm so ada dalam sejam lebih lagi.
Apa tunggu lagi.. cepat2 ke kaunter berdekatan....
Layan..
KUALA LUMPUR 30 April - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melanjutkan waktu perkhidmatan kaunter bagi memberi peluang kepada pembayar cukai mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan 2010 sehingga pukul 8 malam ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, tempoh itu turut dilanjutkan bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet untuk menggunakan perkhidmatan e-filing.

“Sehingga pukul 2.30 petang tadi, sebanyak 1,682,841 borang telah diterima melalui e-filing, jumlah itu meningkat sebanyak 12.58 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh layari laman web rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi 1-300-88-3010. - Utusan

p/s:
Cukai..Oh..cukai...

55 Tangkapan Sepanjang Perkahwinan William Dan Kate

Dalam kita syok2 tengok betapa hebatnya perkahwinan Prince William dan Kate semalam rupanya ada jugak penyanggak yang cuba mengambil kesempatan membuat kecoh.
Macam2 hal kan...
But bila tengok pengunjung dan rakyat yang selautan tu memang da agak anything can happened.
Hmmm..55 tangkapan, dalam sehari memang la sangat banyak kan.

Baca selanjutnya....
LONDON (Reuters) - British police arrested 55 people in London on Friday for a range of mostly minor offences as the force mounted one of the biggest security operations ever seen in the capital around the royal wedding.

Around 5,000 officers were on duty to control the huge flag-waving crowds, alongside around 1,000 soldiers lining the route from Westminster Abbey to Queen Elizabeth's London residence, Buckingham Palace.

Specialist teams with sniffer dogs had patrolled the procession route searching for explosives, while helicopters buzzed overhead as part of the operation to protect Prince William and his new wife Kate Middleton.

The Metropolitan Police said there had been 55 arrests, with most of those detained for minor public order offences.

Police arrested 10 people at Charing Cross railway station after they were found to be carrying anti-royalist placards.

One million people lined the route between the church and Buckingham Palace and 500,000 watched the couple appear on the palace balcony after the service, police estimated.

REPUBLICAN PROTESTS
Police said they were aware of about 10 protesters in Soho Square, central London, from the "Right Royal Orgy Group" and they were monitoring them.

A handful of protesters gathered in Trafalgar Square, where crowds were watching the proceedings on a giant screen, and displayed a banner complaining about government cuts to public services and Britain's military role overseas.

Earlier, three people -- two men aged 45 and 68 and a woman of 60 -- were detained in southeast London on suspicion of conspiracy to cause a public nuisance and breach of the peace. They were suspected of planning to behead royal effigies.

A fourth person, described by police as "a well-known anarchist", was arrested in Cambridge, northeast of London.

"A number of individuals were arrested who we felt were intent on causing disruption, committing acts of criminality or likely to cause alarm, harassment or distress to the vast majority of people who wanted to come and celebrate this joyous occasion," said Assistant Commissioner Lynne Owens.

A lawyer representing some of those held said that police had abused their power by using security concerns as a pretext to block protests that could embarrass the royal family.

"They are just not playing by the legal rules. The policing is more to do with protecting the pageantry of this occasion ... and that is not their role," said Mike Schwarz, a criminal lawyer at law firm Bindmans.

Police were prepared for a wide range of possible threats, from militant Irish republicans to Islamist groups, anarchists and stalkers.

The London force was criticised for its handling of student protests last year when demonstrators attacked a car carrying Prince Charles and his wife Camilla Duchess of Cornwall.

The huge operation to keep the crowds safe and to ensure that London's often unpredictable transport network runs well was seen as a test before the city hosts the Olympics next year.

"In many ways it is a good dry run for the Olympics," said London Mayor Boris Johnson.
Sumber: TheStar Online

p/s:
Nasib baik kira berjalan lancar juga majlis perkahwinan Diraja ni kan...

Friday, 29 April 2011

Kate Signature First Reveal

Wah it's April 29th kan...
Hari ni Putera William akan berkahwin dengan Kate Middleton
Wedding Of The Year?
Mesti la kan... hehheh

The front page of the official souvenir programme for the marriage of Prince William of Wales, K.G. with Miss Catherine Middleton
The opening page of the souvenir guide includes the official engagement portrait by Mario Testino. The page is signed by William and Catherine

Haaa... nampak.. nampak?
Tandatangan Prince William da x  hairan da kan..
Tapi tandatangan Kate tu adalah yang pertama untuk program rasmi.
Simple ja kan..:)
And for sure more to come la....

Semua orang tahu bahawa Kate berasal dari keluarga kebanyakan.
Dikatakan sangat bertuah kerana berkahwin dengan kerabat diraja.
Ok... siapa2 yang ada hajat mau kawin kerabat diraja tu..ikut style tandatangan Kate... hehhehe
mana tau ada luck.. eh boleh ka macam ni?
Wahahahhaha..kidding...
Nah bagi lagi besar..

The opening page of the souvenir guide includes the official engagement portrait by Mario Testino. The page is signed by William and Catherine

Sebahagian Order Of Service perkahwinan ini.
Feel free to scroll down k...

The second page of the souvenir programme has a map of the route taken by bride and groom and basic order of service
The third page details the arrival of the main guests
Seating plan: The British Royal Family and Kate's family and friends will be closest to the action

The tenth page details the history of Westminster Abbey, where King Henry I married Matilda of Scotland in 1100
Mereka akan berkahwin di sini... hehehe
p/s:
Wishing them happy life..full of passion for each other...

Thursday, 28 April 2011

Rakyat Kita Pengganas Al-Qaeeda?

Aduss.. terkejut dengan berita ni tadi...
Betul atau x?
Kes ni da disiasat sejak 2006. Da lima tahun berlalu....
Penahanan dilakukan di Teluk Guantanamo.

Boleh pula rakyat Malaysia yang masih kira aman ni bermain2 dengan pengganas di overseas tu.
Haizzz..macam2...
KOTA BHARU 28 April - Dua rakyat Malaysia yang ditahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo sejak 2006 akan didakwa selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul Wayne Jones, berkata, Washington masih belum membuat keputusan sama ada mendakwa mereka di mahkamah tradisional atau tribunal tentera, yang mana sering digunapakai dalam situasi ketika perang.


Jones yang mengadakan lawatan dua hari ke Kelantan, bagaimanapun, berkata tiada kemungkinan mereka akan dihantar balik ke Malaysia untuk didakwa di negara ini.

Beliau berkata, proses pendakwaan akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Mereka adalah Mohamad Nazir Lep atau dikenali sebagai Bashir Lap atau Lilie dan Mohd Farik Amin yang dikenali sebagai Yazid Zubair.

Kedua-dua mereka didakwa mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda serta pertubuhan militan Asia Tenggara, Jemaah Islamiyah. - Bernama

p/s:
Ini la akibat kalau bertindak mengikut perasaan...
Pastu x mensyukurinikmat yang ada...
apa sebenarnya yang kau mau prove tu?

Pengorbanan Seorang Datuk Berusia 82 Tahun

Sedih dan pilu ja bila baca berita ni.
Nampak datuk ni sangat sayangkan cucunya.
Bukan senang mau amik lesen motor tu.
Lagi bila da tua umur 82 tahun macam datuk ni.

Tapi semangat yang kental dan x mengenal putus asa membolehkan datuk ni akhirnya memiliki lesen motor.
Malu ja bila FA sendiri pun xda lesen motorsikal.
Bawa motor apatah lagi...

Jom layan ni k..
TUMPAT: Demi kasih sayangnya kepada cucu, seorang warga emas sanggup bersusah payah berpanas mengambil ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal.

Abdullah Che Ibrahi, 82, berkata sungguhpun agak perit bagi orang berusia lanjut sepertinya, atas rasa tanggungjawab menghantar cucunya ke sekolah menggunakan motosikal, beliau sanggup menjalani ujian itu.


Abdullah berkata, beliau mengambil ujian kerana sudah serik disaman oleh polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen.
Beliau adalah warga emas yang lulus ujian bagi mendapatkan lesen menunggang motosikal selepas dapat melakukan pusingan lapan, meniti di garis lurus dan melakukan brek kecemasan dengan sempurna.

"Saya gembira dapat lesen dan kini dapatlah hantar cucu ke sekolah dan jalan tanpa bimbang," katanya kepada pemberita selepas menerima lesen itu pada majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Sri Neting, dekat sini, hari ini.

Majlis penutupan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri. - BERNAMA

p/s:
Warga tua juga yang masih tebal nilai2nya kan..
No offence..ada juga generasi sekarang yang masih mengamalkan nilai murni.
Tapi boleh kira betul x..hhhheh
Hoping to be a better person bah FA ni...
Oh.. by the way.. apa pendapat anda mengenai motorsikal ni?


Ngeee...

Isu Pendidikan Muhyiddin Temui Wakil Guru

Ok ... time to buat entri pasal my bidang pula.
korang mesti tau isu2 yang melibatkan guru kan..
Semenjak dua menjak ni makin menjadi2..
kalau positif x apa ni banyak la pula yang negatifnya.

Ha.. baca tajuk tu.
Muhyiddin temui wakil guru untuk bincang isu ni tau.
Yang pertama untuk tahun ni.
FA cedok dari Berita harian ni..
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Guru-Guru Malaysia di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra di sini.

Seramai 52 wakil daripada 26 kesatuan dari seluruh negara menghadiri perjumpaan itu, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Perjumpaan yang biasanya diadakan dua kali setahun itu diadakan bagi membincangkan isu-isu mengenai perguruan dan pendidikan. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.
Ini adalah perjumpaan yang pertama seumpamanya untuk tahun ini. - BERNAMA

p/s:
Harap2 they come up with something yang mengembirakan guru2...