Followers

Showing posts with label norman hakim. Show all posts
Showing posts with label norman hakim. Show all posts

Friday, 17 September 2010

Norman Hakim Tidak Hutang Duit Hantaran Abby??

Wow makin panas!!!! 
Macam pisang goreng panasss....
Wahahhahah.....

Abby kata Norman hutang duit hantaran, Norman pula kata dia tak hutang apa2 dari Abby.... 
Yang mana satu kenyataan yang betul?
Kita2 kat luar ni langsung x tauhu tahu kan...
Dorang berdua ja yang tau perkara sebenarnya kan... 
Sya pun x mo memihak sapa2 la... 
Korang baca sendiri artikel di bawah dan tell me what you guys think of this matter.... 
Hai...dunia...dunia.. artis...



@@@****@@@*****@@@


'Saya tak hutang Abby'

Oleh Amir Abd Hamid

 “Tidak timbul langsung soal hutang wang hantaran kerana saya dan Abby sudah berbincang dan bersetuju bersama membelanjakan wang terbabit untuk majlis perkahwinan,” kata aktor Norman Hakim, 34, mengenai dakwaan bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi, 32, yang disiarkan Harian Metro semalam bertajuk ‘Norman hutang hantaran RM11,111.11’.

Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, wang berkenaan dipersetujui bersama untuk kos majlis persandingan pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak, di sini, selepas mereka selamat bernikah pada 8 Januari tahun yang sama.
“Kami (merujuk kepada dia dan Abby) sudah belanjakan wang itu atas persetujuan bersama untuk membuat majlis perkahwinan besar. Apabila terjadi perselisihan faham tiba-tiba dah jadi hutang. Kami saja yang tahu masa mula-mula nak kahwin dulu.
Zaman kebahagiaan... 
“Apapun saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan kami dengan mengeluarkan macam-macam kenyataan. Cuma saya sedih sebab isu ini timbul ketika saya masih belum masuk kerja kerana dalam mood raya dan bertunang,” katanya.

Ditanya adakah dia akan melayani tuntutan hutang hantaran didakwa bekas isterinya itu, Norman yang kesal, kecewa dan sedih dengan dakwaan berkenaan menyatakan dia tidak berhutang apa-apa pun dengan Abby.

“Keperluan ada dua iaitu material dan kasih sayang. Janganlah segala kasih sayang tak nampak langsung hingga saya seolah-olah kejam, tak pernah memberi sumbangan dan tak berfungsi kepada keluarga.

“Selama ini apa jua kenyataan (Abby), saya cuma tunggu dan lihat sebab nak jaga hubungan baik dengan bekas isteri. Bagaimanapun jika terus tunggu dan lihat, orang akan memperkatakan ia betul walaupun hakikatnya jelas bias (berat sebelah).
Sekarang berbalah lagi  ke??
“Anak-anak telefon saya tanya saya ok ke? Bagaimana dengan maruah dan hati keluarga dan saudara mara apabila keluar dakwaan sebegini,” katanya.

Norman berkata, selama ini dia mengandaikan Abby takkan terlalu berkira dengannya kerana dia juga bersikap sama terhadap bekas isterinya itu.

Tiba-tiba, katanya, dia langsung tidak menyangka dan sungguh terkejut apabila membaca laporan semalam apabila Abby meminta dia menjelaskan hutang hantaran kahwin RM11,111.11 yang realitinya sudah dibelanjakan bersama.

Seperkara lagi dikesalkan Norman ialah apabila Abby mengungkit jumlah sen perbelanjaan untuk tiga cahaya mata mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2. “Takkanlah saya nak beritahu secara tepat segala jumlah nafkah anak dalam media. Janganlah jadikan anak-anak umpama perisai dijaja aib merata tempat.

“Benar, perbelanjaan anak ada orang serah duit bulat-bulat kepada isteri. Tetapi saya beri ikut tahap kemampuan dan saya rekodkan supaya ia mencukupi untuk keperluan. Dalam hal ini perlulah lebih fleksibel serta bersama tunai tanggungjawab.

“Selepas itu dakwa pula saya tak meluangkan masa untuk anak umpama saya macam dah meninggal dunia dan tak wujud...padahal saya beraya dengan mereka,” katanya.

Apapun, Norman berkata dia memberikan kenyataan kali ini adalah untuk menjernihkan status bahagian dirinya yang digambarkan seolah-olah sangat kejam, bersifat tidak adil dan tidak bertanggungjawab.





Wednesday, 15 September 2010

Norman Hakim Hutang Duit Hantaran Abby



Mak aiii... Once again i got really shocked... Macamana x,  baru ja bertunang dengan kekasih gelap da timbul pula hal lain. Norman masih hutang wang hantaran si Abby?? Adui... punya la lama dorang kawin sampai da ada 3 orang anak tp wang hantaran RM 11,111.11 (cantik juga *numbur ni.mesti si Shuib Sepah suka) belum bayar2... Biar betul.. susah mo percaya kan? Apalagi bila si Norman ni tanpa belas kasihan p main kayu sugi tiga. Tapi itu la kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isteri si Norman, si Abby dlm media hiburan. Macam *sandih (teruk) juga la bila difikir2kan kan..kan..kan...
Ba baca la kamurang cerita lengkap dorang ni...



*******************************************************************
*******************************************************************
****************************
************
***
*


Kata Abby, dia tiada hak untuk menghalang Norman bertunang atau berkahwin lagi tetapi meminta agar diselesaikan dulu hutang wang hantarannya lapan tahun lalu (mereka menikah pada 8 Januari 2002) dan apa yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang ayah kepada tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2.
 "SEPATUTNYA Norman Hakim jelaskan dulu hutang wang hantaran kahwin saya sebanyak   RM11,111.11 dan kemudian barulah dia beri pula wang hantaran baru kepada orang lain," pinta Abby Abadi, 32, kepada bekas suaminya, Norman Hakim, 34, yang dijadualkan bertunang dengan Memey Suhaiza Suhaimi, 22, pada raya keempat kali ini. (Da tunang pun kan..)


Pengakuan menggemparkan Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan itu dibuat kepada Rap, baru-baru ini.
































































"Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami.

"Mereka semakin besar dan perlukan perbelanjaan yang banyak. Selama ini apa yang Norman buat tak seperti yang diucapkannya. Sejak dulu saya menanggung semuanya. Sekarang pun dia masih tak menanggung nafkah anak-anak dengan sepenuhnya. Dia cuma bagi ala kadar dan ikut suka hati.

"Sekarang saya sedang menjalani penggambaran telefilem raya, Sabar, arahan Erma Fatima. Norman berlakon sama dan kami sebagai pasangan suami isteri. Banyak jugalah babak saya dengannya. Ini kali pertama kami berlakon bersama selepas bercerai dan mungkin lakonan saya bersamanya buat kali terakhir juga.

"Saya tahu dia akan berlakon sama dan saya ambil tawaran itu pun demi mencari rezeki untuk anak-anak. Saya tak kisah langsung berjumpa dia di lokasi yang sama. Saya pun bukannya orang gila nak bergaduh tak tentu pasal.

"Ingatkan apabila sudah berdepan dengannya bolehlah dapat bajet untuk belanja raya tapi tak nampak bayang pun. Selama ini saya berdepan dengan manusia yang tidak ada hati dan perasaan.

"Di lokasi saya buat biasa saja dan kalau perlu bercakap pun berkaitan anak-anak. Kalau tak sebab anak, saya tak perlu ambil tahu apa pun yang terjadi padanya. Banyak perkara yang dia patut selesaikan dan dah berjuta kali saya cakap tapi bak kata pepatah, macam curah air ke daun keladi, tak berbekas langsung.

"Apa yang saya buat dan cakap, seolah-olah tak memberi impak kepadanya. Banyak lagi cerita yang saya simpan, kalau saya keluarkan nanti takut ramai terkejut. Tapi tak perlulah saya buka aib orang, cuma saya tengok dia jenis tak tahu menghormati perasaan saya sebagai wanita, bekas isteri dan ibu kepada anak-anaknya," kata Abby dengan kesal.

Sejak awal perkahwinan lagi tambah Abby, Norman tidak bersedia untuk meletakkan dirinya sebagai seorang suami.

"Saya tak tahu apa yang difikirkannya. Dia hendak buat apa, sesuka hatinya saja dan saya rasa ia tidak patut berlaku. Selama ini saya banyak mengalah dan apabila saya memutuskan hendak bercerai, perkara itu semakin memberi ruang kepadanya untuk bersikap lepas tangan.

"Bagusnya apabila perceraian itu berlaku, terlepaslah bebanan perasaan saya dan dapat memberi tumpuan kepada anak-anak. Barangkali ramai yang kata saya kuat dan untuk itu saya sangat berterima kasih kepada Allah swt kerana beri kekuatan ketika saya sangat memerlukannya.

"Tapi saya juga manusia biasa dan setiap kali terkenang perbuatannya, saya menangis sendiri. Mungkin ramai anggap saya terlalu berterus-terang tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang saya pendam," katanya.

Kepada Memey, pinta Abby jangan diulang lagi yang dia dapat menerima anak-anaknya sebagai anaknya sendiri.

"Mereka adalah anak-anak dan zuriat saya dan saya amat berat hati untuk menerima Memey menjadi ibu mereka. Dia langsung tak menghormati perasaan saya. Kalau teringin hendak anak juga, beranaklah sendiri, jangan ambil anak orang.

"Begitu indah susunan kata Norman apabila media bertanya mengenai tanggungjawabnya kepada anak-anak. Berapa sen sangat yang dia bagi. Kalau dia bercakap benar, cuba suruh dia bercakap mengenai perkara itu depan saya.

"Sepatutnya soal pemberian nafkah diputuskan sama ketika hendak bercerai dulu tapi atas nasihat peguam demi tak mahu panjangkan cerita, lebih baiklah ia dibincangkan di luar mahkamah.

"Tapi inilah jadinya dan sekarang kalau saya mahu buka balik kes ini, saya sendiri tak mampu nak bayar peguam. Apa yang saya buat sekarang, hanyalah untuk anak-anak," katanya.

Abby juga sempat beritahu anak bongsunya yang dipanggil Baby akan menyambut hari lahirnya ke dua pada 17 September ini. Katanya, Baby paling kurang mendapat kasih sayang ayahnya kerana sebaik saja dilahirkan, mereka bercerai.

Beralih kepada sambutan Syawal ini, Abby bercuti 10 hari dan menyambutnya di rumah ibu bapanya di Keramat, Kuala Lumpur. Sejak terjadinya perceraian itu, Abby berpindah ke kediaman baru berdekatan rumah orangnya.

"Kami baru bercerai dua tahun tapi sebenarnya sudah tiga kali anak-anak beraya tanpa ayahnya kerana sebelum bercerai lagi, Norman sudah tidak balik ke rumah. Walaupun saya dapat menyediakan segala keperluan hari raya untuk anak seperti baju dan kasut namun mereka terlalu kecil untuk memahami kenapa keluarga mereka tak sempurna seperti keluarga orang lain. Danish banyak bertanya dan kerana dia sudah besar saya kena jelaskan padanya.

"Walaupun banyak perkara belum selesai tetapi hati saya sedikit lapang tambahan sejak menetap berhampiran rumah emak. Bapa pun tak berapa sihat dan dalam keadaan saya sekarang, saya sentiasa perlukan emak dan ayah ada hampir dengan saya. Kalau saya ada penggambaran, senanglah mereka menjenguk cucu mereka," katanya lagi.

Kebetulan ketika sesi fotografi itu 'teman tapi mesra' Abby, iaitu Zulkifli Ariffin (Zul), 24, ada sama. Kelihatan Zul begitu mesra dengan anak-anak Abby namun seperti dijangka Abby atau Zul cuma bersahabat dan belum memikirkan untuk mengikat ikatan lebih kukuh.

Tumpuan Abby lebih kepada anak dan Zul juga ingin menstabilkan dulu kedudukannya dalam bidang seni.

"Saya tidak reti menipu, inilah hakikat hubungan kami dan terserah pada ketentuan Allah swt," katanya.

Zul pula berkata, dia menerima Abby sebagai seorang sahabat dan bersimpati dengan nasibnya.

"Apa orang hendak kata mengenai kami, saya tidak boleh halang," kata Zul yang balik beraya di kampungnya di Air Kuning, Taiping, selama 10 hari bersama orang tua tersayang.



p/s:
 Pada FA senang ja, what goes around comes around.... dunia ni adil...  
:)