Followers

Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Wednesday, 4 May 2011

Hukuman Pelajar Tumbuk Guru Ditangguh

Budak2 zaman sekarang memang berani.
Kalau zaman dulu guru merotan, itu tandanya dia prihatin.
Zaman ini, guru sengaja mendera.
Kalau zaman dulu guru menegur, itu tandanya dia sayang murid.
Zaman ini, guru sengaja malukan.
Kalau zaman dulu guru berdepan dengan ibubapa kurang pelajaran yang x mahu menyekolahkan anak2.
Zaman ini, guru berdepan dengan ibubapa berpendidikan tinggi yang selalunya terlalu memanjakan anak2.
Bukan semua tapi lagi ramai yang memanjakan.

Hasilnya,
Murid zaman dulu ramai yang da jadi manusia.
Murid zaman sekarang? Tepuk dada tanya selera.
Memang FA sengaja membandingkan.
Geram dengan murid yang besar kepala.
Perasan dia betul tapi pada dasarnya dia sendiri tahu perbuatannya memang da x betul.
Dia x tau....
Sedang mereka enak dibuai mimpi, yang cikgu ni bersengkang mata menyediakan pelajaran untuk mereka untuk hari berikutnya.
Dia x tau....
Cikgu yang dibenci tu la yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka setiap hari.
Sedih....
Wahai anak2..janganlah jatuhkan maruah negara kita.
KANGAR: Mahkamah Juvana hari ini menangguhkan hukuman terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang mengaku bersalah menumbuk seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, dekat sini April lalu.


Majistret Nurshahida Abdul Rahim menetapkan 1 Jun ini bagi menjatuhi hukuman itu berikutan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan laporan perubatan guru berkenaan.

Pada 11 April lalu, pelajar tingkatan dua itu mengaku bersalah atas tuduhan menumbuk guru mata pelajaran Sejarah, Mariati Mat Ail, 37, sehingga menyebabkan kecederaan di hidungnya kira-kira 12.45 tengah hari, 7 April lalu di sekolah terbabit.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk keputusan hukuman.

Pendakwaan kes itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sabry, mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pelajar itu yang diiringi aHLI keluarganya bergegas meninggalkan mahkamah sebaik hukuman ditangguhkan. - BERNAMA

p/s:
Marah macam mana pun ...cikgu2 tepat sayang.

Thursday, 28 April 2011

Isu Pendidikan Muhyiddin Temui Wakil Guru

Ok ... time to buat entri pasal my bidang pula.
korang mesti tau isu2 yang melibatkan guru kan..
Semenjak dua menjak ni makin menjadi2..
kalau positif x apa ni banyak la pula yang negatifnya.

Ha.. baca tajuk tu.
Muhyiddin temui wakil guru untuk bincang isu ni tau.
Yang pertama untuk tahun ni.
FA cedok dari Berita harian ni..
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Guru-Guru Malaysia di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra di sini.

Seramai 52 wakil daripada 26 kesatuan dari seluruh negara menghadiri perjumpaan itu, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.

Perjumpaan yang biasanya diadakan dua kali setahun itu diadakan bagi membincangkan isu-isu mengenai perguruan dan pendidikan. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.
Ini adalah perjumpaan yang pertama seumpamanya untuk tahun ini. - BERNAMA

p/s:
Harap2 they come up with something yang mengembirakan guru2...

Thursday, 7 April 2011

Bila Pula Giliranku

Hari ini sekolah akan kehilangan sorang lagi guru veteran. Bukan pencen.. bukan juga diberhentikan. Beliau ditawarkan untuk menjadi Pen. Kanan HEM di sebuah sekolah lain di Klang. FA tau sekolah tu sebab pernah bawa budak untuk pertandingan SPBT tahun 2007. 

Bila la agaknya giliran FA untuk naik pangkat? Muda lagi ni...Agaknya begini rupa FA kan..hehhehe
Ada yang kata baik jadi guru biasa sahaja, kerja sedikit gaji banyak. Setujukah anda? Bagi FA, kerja ikhlas dan jujur benda lain x perlu risau. Kalau da rezeki kita..anytime tuah datang bergolek. 

11 tahun bertugas di SKBN, akhirnya tuah menyebelahi beliau untuk naik pangkat. Tahniah cikgu Ahmad. Semoga gembira bertugas di tempat baru. Tinggal la saya membuat kerja2 SPBT sorang2 lepas ni...huhuhu... Lepas ni mesti ramai lagi yang akan mengikut jejak beliau. Berlumba2 untuk maju selangkah lagi.. 
Bijak sebenarnya kan. Ya la... kata orang, orang berwawasan tidak duduk diam memerhati orang lain yang berlumba2 memajukan diri. Sikap seperti ini la sebenarnya yang dicari untuk mencorakkan masa depan negara kita. 

p/s: 
Makanan sedappp.... credit to AJK tertinggi KSSS. A very good job done!! Bayangkan semalam GB baru bagitau majlis untuk meraikan Cikgu Ahmad, hari ni semua preperation berjalan lancarrr.... Syukurrr...