Followers

Showing posts with label tsunami. Show all posts
Showing posts with label tsunami. Show all posts

Tuesday, 15 March 2011

Tsunami vs Maria Ozawa

Ok amaran sebelum mula menilai... FA memang agak terlewat post benda ni k...:) Lama bersarang dalam draft sebab banyak perkara lain yang FA terpaksa dahulukan.... So, sapa2 mau baca dipersilakan, yang da baca baca lagi untuk refresh minda.. hahhahah.. boleh ka macam tu?

000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000


Tsunami oh tsunami.... mungkin boleh dikatakan peristiwa paling menggemparkan penduduk dunia pada tahun ni.   Susulan daripada kejadian yang FA ceritakan sebelum ni[Baca selanjutnya di sini...], lebih banyak kerosakan telah dikenalpasti di Jepun. Terbaru, lagi letupan loji nuklear Daiishi Fukushima yang dinyatakan berada di peringkat keempat daripada tujuh mata skala nuklear dunia. Sejauh mana dahsyatnya perkara ini. FA lebih suka untuk tidak membayangkan kesannya. Sebabnya FA mempunyai background aliran sains dan pengetahuan tentang bahaya nuklear ni lebih membuat FA risau serisau2nya berbanding orang lain[pendapat FA sahaja].


 NONE

Baca di sini untuk info selanjutnya.....

Satu point yang FA boleh kongsi... Letupan nuklear akan memenuhi ruang udara kita dan kita sebagai manusia bernafas@menyedut udara setiap saat dalam hidup kita. Angin boleh menjadi pemangkin utama kepada penyebaran radiasi ini. Selebihnya anda sendiri fikirkan....

Nasihat FA: Kurangkan masa di luar rumah.

Dalam pada dunia sedang bersedih dengan kejadian tsunami ini, di bahagian lain dunia rupanya heboh tentang satu perkara.... Nasib Maria Ozawa. Erkk..Siapa?? Betul la..jangan pura2 jadi pekak pula... Maria Ozawa atau lebih dikenali sebagai Miyabi terselamat dari malapetaka ini. Pelakon porno terkenal ini yang kebetulan bersama dengan krewnya mengesahkan berita ini melalui laman twitternya. Keratan akhbar di bawah juga membuktikan bahawa cerita ini benar belaka.... So, FA rasa peminatnya mesti lega gila kan...

ual.jpg (640×167)

p/s: 
FA baru tau tentang Maria Ozawa ini. x sangka pula dia femes gila.


Monday, 14 March 2011

Memalukan Malaysia

Entri ni biar FA tulis 100% dalam Bahasa Melayu. X mau orang luar baca.. memang memalukan. FA sangat terkejut bila tengok benda ni dalam surat khabar. Dalam hati  apa la teruk benar surat khabar ni, tragedi tsunami pun boleh buat lawak, nanti apa kata orang.  Hish.. rosak nama Malaysia yang selama ni dikenali sebab budi bahasa dan sangat sensitif terhadap kesusahan orang lain. Paling x puas hati bila perkara ni menjadi tajuk artikel di CNNiReport. Nah... kan betul. CNN tu.... seluruh dunia baca.... Layan la..FA merungut pasal benda ni la...

Karikatur yang disiarkan dalam Berita Harian
Tajuk artikel dalam laman web CNN:

  Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters


Sangatlah memalukan.... Walaupun BH dah meminta maaf tapi kesan perkara ini akan tetap berlarutan.. Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak...ha sambung.....

Kota Marudu, Sabah Banjir Lagi

 I don't know.. mungkin disebabkan oleh gempa bumi dan tsunami di Jepun. Banjir berlaku pada 12.3.2011. Banjir ini merupakan yang kedua dalam tahun ini. Sedih bila memikirkan bencana yang melanda penduduk2 sekitar Kota Marudu. Ramai relatives FA yang tinggal di sana. Harap semuanya selamat. Bersabar ya... Michelle Sung, harap you pun ok... Video tentang banjir di bawah FA pinjam dari kong2u09. Thanks k kong2u09...





Sunday, 13 March 2011

Tsunami in Japan: Photos

OMG...OMG... it happened again. It's Japan's turn this time around.

Nampaknya dunia memang sudah semakin tua. Check internet... this are everywhere. Rasa mau nangis bila FA tengok sedutan2 di dalam tv. Terbayang perasaan dan ketakutan mereka2 yang tidak bernasib baik saat menghadapi badai yang mengganas di hadapan. And they didn't make it... Betapa lucky kita yang berpeluang hidup untuk sehari lagi... Lord, have mercy on them..

Semuanya bermula dengan gempa bumi besar berukuran 8.9 di persisiran pantai Sendai, Jepun. Gempa bumi ini dikatakan adalah yang tertinggi sejak 140 tahun. Tsunami berketinggian 6 meter (20 kaki) yang melanda Sendai, Jepun menyebabkan beratus2 orang kehilangan nyawa, dan beratus pula masih belum ditemui. Lapangan terbang ditutup, perhubungan terputus... Betul2 satu kelumpuhan yang dahsyat. Amaran tsunami pun telah dikeluarkan di Rusia, Filipina, Indonesia, Taiwan dan Hawaii. Filipina dan Indonesia? Mereka kan jiran kita...

Semalam talked to my family in Sabah. Rata2 concern about this matter. Sempat ingatkan mereka supaya sentiasa berjaga2. Deepest condolence kepada keluarga mangsa. Kejadian ini betul2 mengingatkan FA untuk bersyukur dengan apa yang FA ada... Lord, have mercy on them..have mercy on us...

Friday, 8 October 2010

Lawatan Tahun 6

hi everyone... sihat semua? Lama juga FA x update blog ni. Busy betul bah.. hihihi.. hopefully makin kurus bila bnyk kerja ni.*crossed fingers

Ni mo cerita ttg lawatan tahun 6 my school yang dijalankan hari Khamis lalu (7.10.10)... Mereka da exhausted selepas berhempas pulas menjawab dlm exam UPSR baru2 ni, so i think this was coming right on time.. release tension.. Apa lagi, guru2 tahun 6 pun tumpang la sekali...wahahahah...

Lawat 3 tempat only but for me sangat berbaloi. First destination, Meteorologi Center di PJ. My first time here. Sapa2 yang minat belajar ttg kajicuaca, kejadian hujan & kejadian tsunami dtg la tempat ni... dengan syarat pakai formal and of course la confirmkan dulu timing mo dtg.. jangan pakai serbu je...Cikgu2 out there boleh la consider tpt ni sbb destinasi lawatan. Anyway, best pegawai tu terang.. agaknya kalau belum jadi cikgu, FA mungkin consider apply kerja sana..wahahahha...
Bahagian KajiCuaca
Bahagian tsunami
Concentratenya students ku semua... hihii.. formal gitu..

Destinasi kedua...tadaa... cuba teka..semua orang cakap tempat ni memang heaven utk org membeli belah. Sapa2 yg ada rancangan mo kahwin 2 haaa.. tmpt ni sesuai tuk korang... barangan kahwin murah2. Lagi stu bagi yg da ada rumah dan bercadang tuk menghias... tmpt ni memang sesuai.. FA sempat beli set comforter dgn harga RM35.00.... believe it or not? believe it.... apa lagi kwn FA beli penuh tempat simpan brg kat bus tu... tikar buluh RM 28.00?? Haaa... kalau pandai tawar memang dapat punya... hihihi... Ni mo reveal nama tempat ni.. N-I-L-A-I.... nama tempat tu Nilai.. my first time juga dtg sini.. sebelum ni kwn mmg slalu bwa g tpt ni but slalu ada halangan... so this was like my one of a lifetime chance..wahahhaha... (x sempat lg nak upload pics kat sini.. soon k guys..:))

Last destination kitorang adalah kilang chocolate...which to me offers varies knowledge of the origin of chocolate. Teringat buah koko di kebun my dad... buang mcm tu je... Dalam hati, balik sabah nanti mo buat chocolate out from this koko plant la... x membazir kan..hihihi... By the way, nama kilang tu adalah Beryl's.. pernah dengar ka? To be frank.. sebelum lawat tempat ni FA memang x pernah perasan jenama ni but bila tengok and rasa chocolatenya..wow.. beli banyak gitu. Plus harga kt kilang is much cheaper compared to harga di luar.. ada masa korang dtg lawat la.. normally x blh masuk but sbb rombongan sekolah so kira beruntung juga la.. wahahha..
Kilang Beryl's di Sri Kembangan
On da way to the conference room where we had the opportunity to learn bout da chocolate.. Unfortunately, x blh amik gambar masa tour seluluh kilang pastu..:(


Ya..ya..it's me in purple... getting bigger.. malu..malu.. wahahahah..
Bertolak balik ke sekolah dekat2 jam 5. Murid2 kepenatan... begitu juga cikgu2nya...wahahha.. but anyways, samgat berbaloi...:)
Kepenatan tahap gaban... siannn...
End of story guys... bye...