Ingat x berita pada har iSabtu lalu di mana seorang ibu tiba2 rebah dan meninggal dunia disebabkan kancing gigi.
Ini berita terbaru... turned to be ada unsur2 jenayah disebalik kematian tersebut. Niat baik untuk menjalankan perniagaan jualan langsung berubah menjadi hari malang ibu tersebut. Kesia juga kan...
Baca seterusnya....
KOTA BHARU 18 April — Kematian seorang wanita yang dikatakan akibat kancing gigi di sebuah bilik hotel di sini Sabtu lalu bertukar menjadi kes pembunuhan tanpa niat setelah laporan bedah siasat mendapati wujudnya elemen jenayah.
Berikutan laporan bedah siasat itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim hari ini berkata polis telah menahan reman empat wanita yang berasal dari Kuala Lumpur, di sini, semalam.
"Mereka berusia antara 39 dan 49 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan kelalaian,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, seksyen itu memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian itu, mangsa Rozi Hana Md Zin, 34, ibu kepada lima anak, yang ingin menjadi pengedar jualan langsung produk kopi, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di hadapan wakil syarikat jualan langsung itu di dalam bilik berkenaan.
Rozi Hana dilaporkan muntah, kejang dan kancing gigi dan dikejarkan ke hospital sebelum meninggal dunia setengah jam kemudian. — Bernama
p/s:
Sorry entri ini dipublish agak lewat.
FA lewat balik dari Premiere Screening The Roomate...
0 comments:
Post a Comment