JOHOR BAHRU: Tindakan seorang ibu muda meninggalkan bayinya yang berusia 21 hari di sebuah restoran dekat hentian bas di Taman Johor Jaya, di sini, semalam menimbulkan suasana cemas di kawasan berkenaan kerana menyangka bayi itu mungkin dicuri daripada hospital.
Wanita yang berusia 26 tahun sebelum itu dikatakan sanggup tidur semalaman di kaki lima lorong gelap berhampiran hentian bas berkenaan sambil berdepan bahaya diserang anjing liar yang berkeliaran di situ.
Difahamkan, wanita terbabit pernah membawa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ke hentian bas yang sama sebulan lalu bagi meraih simpati orang ramai sambil mendakwa tidak mempunyai wang untuk membeli tiket ke Ayer Hitam, Pulau Pinang.
Seorang penjual tiket yang ditemui di situ, Feng Ling Lee, 36, berkata, beliau bersama rakannya yang lain menghubungi Ahli Parlimen Johor Jaya, Tan Cher Puk kerana curiga dengan tindakan wanita itu yang menyerahkan bayi berkenaan kepada mereka kerana mendakwa mahu ke tandas pada jam 12 tengah hari.
“Wanita terbabit sebelum ini pernah tidur di belakang bangunan hentian bas dengan membawa beg mengandungi susu dan keperluan lain. Dia kemudian meminta kami menjaga bayi lelakinya itu kerana mahu membancuh susu dan mandi.
“Selepas satu jam, Tan datang dan wanita itu memarahi kami kerana mendakwa cuba merampas anaknya,” katanya.
Beliau berkata, mereka bertindak demikian kerana wanita itu pernah membawa seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun untuk meraih simpati orang ramai sehingga berjaya mendapatkan tiket ke destinasi tertentu.
Sementara itu, ketika ditemui wanita berkenaan yang masih dalam pantang memberitahu dia bertindak demikian kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan suaminya yang tinggal di Permas Jaya.
“Ini hanya salah faham, saya tidak berniat meninggalkan bayi di sini dan hanya mahu pulang ke rumah keluarga saya di Ayer Hitam selama satu bulan dengan menaiki bas selepas dibelikan tiket oleh seorang lelaki tua malam tadi,” katanya.
Sementara itu, empat pegawai polis diketuai Ketua Balai Polis Johor Jaya, Cif Inspektor Mohamaden Bujang, tiba ke lokasi berkenaan jam 1.30 tengah hari untuk mententeramkan wanita berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, mengesahkan menerima laporan berhubung wanita berkenaan dan segera menghubungi suami wanita terbabit yang bekerja di sebuah bengkel di Kota Masai bagi membawanya pulang.
“Kami menyerahkan kes ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
p/s:
Huh macam2... ni semua pasal kes buang bayi yang semakin berleluasa...Semua orangjadi phobia. Walau bagaimanapun, FA tabik juga pada masyarakat yang prihatin tu.
2 comments:
berani betul perempuan tu tinggalkan baby dia dengan org yang xdikenali..mestilah orang curiga... hmmm...
@suzan ok: tu la ba kan..:) sib baik x pa2.. mmg patut pun org curiga...
Post a Comment