Pasal dunia blogging FA memang laju...
Ni salah seorang blogger yang bagi FA memang sinonim dengan kontroversi ic palsu, Abdul Mutalib Mohamed Daud telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Dr.Rais Yatim..
Sila baca selanjutnya...
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu.
Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.
Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk 'Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?' dan 'PKR cabar Rais sumpah laknat' dipaparkan pada 3 Januari lalu.
Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul 'Rais Yatim seperti belut' dan ‘Video pengakuan rakan Robe Ngah' di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini. - Utusan
Sila lawati blog Sabahkini.net
p/s:
Fuh memang berani la blogger ni...
12 comments:
what is the "saman"?
ya makanya jadi seorang blogger mesti hati2 nulisnya...
memang berani...
huuhuhuhuh....
takut gak jadi blogger kan...
hehehhehe
Bhaya juga ni kan klau kena saman.. mau hati2 jg ni.. spy x tersentuh isu sensitif.. hehe
astaga..brani mati bha blogger 2..
adehh..mcm2 ada..
@mr.W: hi ..saman means sue..tq
@wage: betul tu.. tapi blogger ni memang x takut.. berani sangat..:)
kalau betul die bersalah, mmg padan muka lah.. buat apa fitnah sini sana.. menambah dosa..
singgah n polo kembali...
takut wehhh huhuhu
@nasri: x pasti la nsri..da x tau da mana betul mana x skg..
@wen: x payah takut ba sis..kalu x salah ok ja ba..:)
Post a Comment