They said finally siasatan tentang video ni selesai.
Maklumat lain..they said video tu memang tulin.
Oh ok..kalau macam tu memang Anuar adalah lelaki yang berada dalam video tu kan?
FA masih mencari2 kesimpulan sebab sekarang kena tunggu pula tindakan susulan Peguam Negara.
Apa yang pasti.... siasatan polis da selesai, video memang tulin, tunggun tindakan Peguam Negara.
Erk.. you all baca bawah ni k...
KUALA LUMPUR: Polis sudah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).
"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.
"Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.
Jam tangan itu adalah antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bagi tujuan siasatan berhubung video itu.
Susulan itu, polis mengemukakan nombor pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi pengesahan pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.
"Identiti pemilik jam itu bukan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.
Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.
Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lalu apabila Shazryl Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, serta Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah individu terbabit.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. - BERNAMA
p/s:
Tunggu pula kisah selanjutnya.. panas juga ni...
16 comments:
katanya video seks nya udah tersebar ya?awak ada tak video nya?
ANWAR THE LEADER PKR RIGHT?
@ye la..macam2 kan...
@wage: ha ah but i think da kena ban..:) i don't have the video wage..sorry aaa
@tehr: betul... tu kena tunggu tindakn peguam negara pula tu..:)
@MR.W: Rumous saying that he's the one. But yet to be confirmed. Let's just hope it's not him...
sis..sa ada tgk VC org ni ari 2..
mirip ja la..
tp nah uda d ckp tulin plak...
apapn yg slh ttp slh..
hehe~ =D
dah konfem la nie yek
video seks memang tulin .. tapi pelaokn tidak tulin .. jelas dan nyata ! ..
kes panas untuk skrang...
banyak spekulasi...
kita tggu la mcm mane perkembgan kes ni...
wah..agaknya sapa yang kena ni..tak sabar mo tau kan..
@echarierie: oo ya ka.. ba kita tunggu la keputusan seterusnya aa... mcm terlalu berat da ni perkara x da hujung kan...
@ieda:betul tu kak ieda..:) kita tunggu je la apa kesudahannya kn..:)
@cik Su: x pasti lagi cik su... video mmg tulin tp x tau sapa dlm vid tu..:)
@Ellen: ha ah la sis.. ntah siapa la tu..:)
@Mohd Ridhuan: betul tu..kadang2 malas juga mau amik pusing.. tp x blh juga sbb ni melibatkn negara kn..:) so ya kita tunggu ..:)
Post a Comment