FA memang mengikuti berita ni.
Rasa kasihan sangat dengan ahli keluarga yang ditinggalkan.
Tadi FA buka lagi berita pasal ni.
Rupa2nya da ada tanda2 arwah akan pergi.
Ini menurut abang arwah sendiri.
SIBU: "Arwah memang suka berbual tetapi dia tidak banyak bercakap ketika kali terakhir kami berhubung (melalui telefon) Ahad lalu," kata Bizannuddin Ghazali, abang kepada Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Dataran Sibu, di sini kelmarin.
Bizannuddin yang bergegas ke bandar raya ini sebaik dimaklumkan mengenai tragedi itu mlam kelmarin, berkata beliau tidak mengesyaki apa-apa dengan perubahan sikap adiknya itu kerana mengetahui arwah terlalu sibuk menjelang pilihan raya hujung minggu ini.
"Dia (Sahaimi) ada beritahu ditugaskan membawa rombongan kenamaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri di Sarawak. Bagaimanapun, dia tidak seperti biasa, arwah tidak bercerita lanjut mengenai tugasnnya dan kurang bercakap.
"Mungkin dia penat atau terlalu sibuk. Tidak sangka itu perbualan
terakhir kami dan petanda dia akan pergi buat selamanya," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sibu bagi mengendalikan proses membawa pulang jenazah adiknya semalam.
terakhir kami dan petanda dia akan pergi buat selamanya," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sibu bagi mengendalikan proses membawa pulang jenazah adiknya semalam.
Dalam kejadian jam 1.50 petang kelmarin, helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger dipandu Sahaimi terhempas ketika sedang berlepas dari Dataran Sibu ke pangkalannya di Lapangan Terbang Sibu, dipercayai akibat angin kencang.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas pesawat terbabit menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum itu menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sarikei dan Kanowit.
Sementara itu, jenazah juruterbang berkenaan dimandi dan dikapankan di Hospital Sibu dengan bantuan kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS).
Mewakili keluarganya, Bizannuddin amat menghargai kerjasama kerajaan, khususnya Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Hospital Sibu dalam menguruskan jenazah adiknya.
Turut berada di hospital semalam, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Nardin Awang yang diberi tanggungjawab memastikan proses membawa pulang jenazah ke Kota Bharu, Kelantan.
Jenazah Sahaimi okemudian diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa menggunakan pesawat GAF Nomad N22B milik Sabah Air kira-kira jam 1.30 tengah hari untuk dikebumikan di kampung halamannya di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Sabah Air Aviation, Ibrahim Okk Mohd Laiman Diki, berkata pihaknya akan bermesyuarat secepat mungkin bagi mengenalpasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga Sahaimi.
"Ia satu kehilangan besar bagi Sabah Air, malah kami cukup bersedih dengan tragedi ini. Allahyarham seorang juruterbang berpengalaman dan pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum menyertai kami," katanya.
p/s:
Arwah meninggal sebagai perwira negara...
Sekali lagi condolence to his family..
4 comments:
huhuhu malang tidak berbau....
y memang sedih..semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.
@Kay: sedih kan..:( harap2 ja durg semua ok...
@ulan: betul tu..
Post a Comment