Followers

Saturday 16 April 2011

Susulan Anwar Meningalkan Majlis: Tuai Rumah Panjang Bersuara

Hi all.. 
FA baru balik dari majlis bertemu ibubapa pelajar tahun 6. Semuanya berjalan lancar..Syukurrr...
Besok pula ada lawatan..nanti la FA cerita k..:)

Ermm... entri FA tentang Anuar meninggalkan majlis sebaik ditanya soalan tentang video seks dan jam Omega mendapat satu comment anonymous.


Selalunya FA baca comment sebegini dalam blog politik, x kira la pro pembangkang ka atau pro kerajaan. Dan FA lebih selesa menjadi silent reader sebab lebih baik berada di tengah2 supaya boleh observe both sides kan..:) Aik mcm bau2 politik pula ayat2 FA kan... jangan ban aku ...

Well, awal2 lagi FA da bagi tau x sokong mana2. FA cuma menyampaikan apa yang FA baca kepada kawan2 di blog ini. Readers here are brilliant..x maunya fikir mcam2.. jangan la phobia sangat ok Anon.

Ok apa komen tuai rumah panjang berkenaan isu Anuar meninggalkan majlis itu. Scroll di bawah k..

KAPIT: Tuai rumah (penghulu) Rumah Panjang di kawasan pedalaman di sini, Edison Bugap, yang mengaku bertanya soalan mengenai isu liwat dan video seks kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika datang ke situ, kecewa apabila ketua pembangkang itu gagal
memberi jawapan.

Edison yang ditemui Berita Harian di rumah panjang itu berkata beliau mengajukan soalan terbabit kerana merasakan penduduk di situ berhak untuk mendapat penjelasan daripada mulut Anwar sendiri bagi memastikan kebenaran mengenai segala dakwaan berkenaan.

"Tapi saya kecewa, Anwar hanya jawab dia tidak perlu jawab kepada tuai rumah (saya) dan penduduk. Anwar kata dia hanya akan jawab kepada kerajaan," kata bekas pesara tentera itu yang mengesahkan mengajukan soalan yang membuat ketua pembangkang itu beredar lebih awal dari rumah panjang itu.
"Selepas Anwar tak jawab, saya beredar dari situ sebelum nampak beberapa penduduk turut beredar dari mendengar ceramahnya," katanya kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang yang kononnya mahu membela rakyat Sarawak.

Insiden itu berlaku ketika Anwar berkempen di rumah panjang Edison Bugap Rasin, Melekun, kira-kira 30 minit perjalanan dari pekan Kapit malam Rabu lalu. Soalan itu dikemukakan Edison selepas Anwar berucap kira-kira 20 minit kepada lebih 100 penduduk rumah panjang itu.

Menurut laman blog pisau.net, Anwar dikatakan marah dengan soalan itu sebelum beredar dari rumah panjang berkenaan tanpa bersalam dengan penduduk di situ.

Edison berkata itu adalah kali kedua pembangkang datang berceramah di rumah panjang itu dengan menekankan kepada isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), pembalakan dan pelbagai dakwaan lain terhadap kerajaan negeri.
"Saya tidak mahu orang ingat semua penduduk rumah panjang sokong pembangkang kerana sudah dua kali mereka ke sini," katanya mengakui adalah penyokong Barisan Nasional (BN).

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata rata-rata penduduk suka mendengar Anwar berucap kerana beliau penceramah yang pandai bercakap dan kelihatan seperti ikhlas mahu membela nasih penduduk di rumah panjang itu, khususnya berkaitan isu tanah.

"Anwar memang pandai bercakap, kalau dia cakap semua orang tertarik dengan apa saja yang dia katakan," kata seorang pemuda Iban, lingkungan 30-an di rumah panjang itu.

Tinjauan mendapati kawasan rumah panjang moden dua tingkat itu masih tiada bekalan air sempurna dengan majoriti penduduknya bergantung kepada kolam air dan saliran anak sungai yang dibina sendiri oleh penduduk bagi keperluan harian seperti mandi dan membasuh.

p/s:
No comment...
They know better than us...

3 comments:

GematriA™ said... [Reply]

hurm..
entahlh..
politik ni, macam cerita bersiri..
sangat panjang hingga nda boleh mw jangka kesudahannya..

Ellen said... [Reply]

Yaa bah kan sis..kita cuma menyampaikan apa yang kita baca, sekadar berkongsi saja, bukannya mo menyokong mana mana pihak pun..janganlah terlalu sensitif..huhu

Fantastic Ajane said... [Reply]

@GematriA: ya betul tu bos.. kdg2 adala juga yang ditambah2..tapi kita sebagai rakyat yg bijak pandai2 la tapis kan... heheeh