Followers

Saturday 25 September 2010

Udara Bersih Secara Semulajadi

Hi kawan2.. *mcm Patrick dlm spongebob lagi... hihihi*



In case you didn't know, i am supporting the Go Green Campaign and it's been 9 wonderful months now... 
Ni kira mendapat kesedaran tentang pentingnya kita menjaga resources yang ada sekarang for our future generation. Just simple2 things only bah but at least, i boleh contribute something for our generation in d future *Fuhh.. berpandangan jauh gitu...*So, oleh sbb i hv nothing to do today, d sekolah pun xda benda mau buat maka sya dengan ini mengisytiharkan untuk menambah koleksi tumbuh2an di depan rumah petang ni... and jenisnya adlh tumbuhan2 yg boleh clear and purify the air secara semulajadi sahaja. Free clean air kan..sapa x mau....Sbnrnya da lama start but busy so terbengkalai. 

Sya mau cerita ttg tumbuhan yang biasa ada d rumah tp jarang org tau yang mana satu boleh membersihkan udara secara semulajadi.
So, x mau ckp bnyk la..layan gambar kat bawah ye....

Areca Palm (ntah pa namany dlm BM)
im gonna get this... hihihi
Reed Palm (Pokok Bambu)

Ni versi kecil mcm yg ada d rumah saya

Spider Plant
Spider Plant
Cantik kan.. blh tanam atas tanah atau like mine pasu gantung..

Dwarf Date Palm

Boston Fern

Aloe Vera
Huhu..like mine...

Chinese Evergreen

Snake Plant

Heartleaf Philodendron


Peach Lily
I have this too...

Guys jom la sekali.. kita sama2 Go Green... hihi



 

Favourite Colour: What It Says About You

Wow.. how time flies. Just cant believe that i survived this chaotic world once again... Heheheh..just an intro for my entry today. But, yess... im amazed for where i am now regarding to what i've been through lately... Ok..Ok..enough with my story... Im going to share something that i think everyone can relate to personally.. 
Nice...Nice.....I like this so much.. Life's full of colour 


Whether we’re a vibrant Orange, or a peaceful Blue, our color preferences are a key to understanding our personalities. Find out what this color expert has to say about your favorite color. What does it reveal about who you really are?




White: 
Symbolic of purity, innocence and naivete, white has strong connotations of youth and purity. If you are an older person, your preference for white could indicate a desire for perfection and impossible ideals, maybe an attempt to recapture lost youth and freshness. It may also symbolize a desire for simplicity or the simple life.
Red 
The color of strength, health, and vitality, Red is often the color chosen by someone outgoing, aggressive, vigorous and impulsive—or someone who would like to be! It goes with an ambitious nature but those who choose it can be abrupt at times, determined to get all they can out of life, quick to judge people and take sides. Red people are usually optimistic and can’t stand monotony; they are rather restless and not at all introspective, so they may be unaware of their own shortcomings. They find it hard to be objective and may blame others for any mishaps. Quiet people with a preference for red may feel the need for the warmth, strength and life-giving qualities of the color, or they blanket their true feelings under a sober exterior. Red is usually chosen by people with open and uncomplicated natures, with a zest for life.

Maroon 
Harsh experience has probably matured the Maroon person into someone likable and generous. It is often a favorite color of someone who has been battered by life but has come through. It indicates a well-disciplined Red personality—one who has had difficult experiences and has not come through unmarked but who has grown and matured in the process.



Pink 
This color embodies the gentler qualities of Red, symbolizing love and affection without passion. Women who prefer Pink tend to be maternal. Pink desires protection, special treatment and a sheltered life. Pink people require affection and like to feel loved and secure, perhaps wanting to appear delicate and fragile. Pink people tend to be charming and gentle, if a trifle indefinite.
Orange 
This color of luxury and pleasure appeals to the flamboyant and fun-loving person who likes a lively social round. Orange people may be inclined to dramatize a bit, and people notice them, but they are generally good-natured and popular. They can be a little fickle and vacillating, but on the whole they try hard to be agreeable. Orange is the color of youth, strength, fearlessness, curiosity and restlessness.
Yellow 
The color of happiness, wisdom and imagination, Yellow is chosen by the mentally adventurous, searching for novelty and self-fulfillment. Yellow usually goes with a sunny and shrewd personality, with a good business head and a strong sense of humor. It is the color of intellectuality and all things to do with the mind. Yellow folks are usually clear and precise thinkers who have a good opinion of their own mental capacities and who have lofty ideals. They may at times tend to shun responsibility, preferring freedom of thought and action.
Green 
(My colour..wahahaah)
The color of harmony and balance, Green symbolizes hope, renewal and peace, and is usually liked by the gentle and sincere. Greens are generally frank, community-minded people, fairly sociable but preferring peace at any price. Green people can be too self-effacing, modest and patient, so they may get exploited by others. They are usually refined, civilized and reputable.
Blue 
Soft, soothing, compassionate and caring, Blue is the color of deliberation and introspection, conservatism and duty. Patient, persevering, conscientious, sensitive and self-controlled, Blues like to be admired for their steady character and wisdom. They are faithful, but are often worriers with somewhat inflexible beliefs and can be too cautious, and suspicious of flamboyant behavior.
Purple 
Purples are highly individual, fastidious, witty and sensitive, with a strong desire to be unique and different. Temperamental, expansive and artistic, a Purple person may become aloof and sarcastic when misunderstood. If you chose Purple, you tend to be unconventional, tolerant and dignified, likely to achieve positions of authority.



Brown 
A Brown person has stamina and patience, tending to be very solid and substantial, conscientious, dependable, steady and conservative. Browns are not impulsive, and may be inarticulate and tactless but they love responsibility and are reliable and kindly. If you chose Brown, watch out for a tendency to be obstinate and inflexible.
Gray 
The color of caution and compromise, diligent Grays search for composure and peace and often work hard without reward. Older Grays like life to run on an even keel with few ups and downs. Young Grays may be withdrawing from life and suppressing their personalities. Grays often have good business ability and tend to work too much.
Black 
Dignified and impressive without being showy, Black people want to give the appearance of mystery, but their preference may also indicate a suppression of desires and worldly aims, suggesting hidden depths and inner longings.

So guys which colour represent you as a person you are?



P/s: I am happy for who i am today... Thank God for that...:)

Tuesday 21 September 2010

Asal Usul Simbol PEACE

Holaa everyone...dalam kegeraman sbb line internetku x elok..sempat search apa2 yg ingin dibaca hari ni(tunggu searching rasa mcm tunggu bulan jatuh ke riba..) So, ni mau share fakta menarik hari ni... Sebelum ni sya mmg suka peace, always make peace to people. Siap bagi tunjuk peace tangan dgn kwn2 sejak sekolah hingga la skg. Bergambar?? Usah cerita panjang... hampir semuanya sya tunjuk tangan peace. Dlm gambar kahwin pun ada peace tangan..wahahahha...

Benda mudah dan remeh kan.. tp one thing yang x pernah terlintas pun dlm kepala ni..dari mana asalnya simbol peace. Simbol PEACE? Tidak tahu? Alaa.. simbol bawah ni la... yg tangan tu mesti korang da tau kan...

Where Did the Peace Sign Come From?
Simbol PEACE yang popular tu...

Hari ni, spt hari2 biasa sebelum ni sya pun buat la pembacaan... haaa..ni salah satu petua untuk menangani simptom kehilangan memori (check di bahagian Page - Health & Wellness Corner). I came across this topic. Banyak spekulasi di sebalik penghasilan simbol ini. Confuse juga la... but baca punya baca....baru sya amik conclusion rupanya simbol tu pada asalnya bermaksud anti-nuklear. Penjelasan paling popular dari Gerald Herbert Holtom (1914-1985). Anti-nuklear dgn peace pun x bnyk beza juga kan... x mo ada keganasan la.. So, tang situ sya can relate to la.



 Simbol ini dilakarkan oleh Gerald pada 21 Februari 1958. Masa tu Gerald bekerja sebagai profesional designer dan merupakan ahli jawatankuasa tindakan utama (Committee of Nuclear Disarmament-CND) yang menentang perang nuklear. Beliau melakar simbol ini berdasarkan kod sistem bendera tentera laut N dan D . Perhatikan gambar dibawah.



Nak tengok peace badge yang pertama? Haaa... lihat bawah ni...

Badge ni dibuat oleh Eric Austin dari Kensington CND dengan menggunakan tanah liat dan dicat hitam.
Pelbagai spekulasi ttg simbol ini. Kononnya, anti-kristian la, simbol syaitan la dsb..But di Britain simbol ini masih dikenali sebagai simbol anti nuklear manakala seluruh dunia menggunakan simbol ini sebagai tanda perdamaian. In d end, pada sya la... semua terpulang bagaimana kita melihat benda ni .... tepuk dada tanya selera... peace all!!!

Baca spekulasi lain di link ini.[klik]

p/s: Akan terus menggunakan peace tangan sbb niat untuk peace je.. xda niat lain.. wahahahha....


Friday 17 September 2010

Norman Hakim Tidak Hutang Duit Hantaran Abby??

Wow makin panas!!!! 
Macam pisang goreng panasss....
Wahahhahah.....

Abby kata Norman hutang duit hantaran, Norman pula kata dia tak hutang apa2 dari Abby.... 
Yang mana satu kenyataan yang betul?
Kita2 kat luar ni langsung x tauhu tahu kan...
Dorang berdua ja yang tau perkara sebenarnya kan... 
Sya pun x mo memihak sapa2 la... 
Korang baca sendiri artikel di bawah dan tell me what you guys think of this matter.... 
Hai...dunia...dunia.. artis...



@@@****@@@*****@@@


'Saya tak hutang Abby'

Oleh Amir Abd Hamid

 “Tidak timbul langsung soal hutang wang hantaran kerana saya dan Abby sudah berbincang dan bersetuju bersama membelanjakan wang terbabit untuk majlis perkahwinan,” kata aktor Norman Hakim, 34, mengenai dakwaan bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi, 32, yang disiarkan Harian Metro semalam bertajuk ‘Norman hutang hantaran RM11,111.11’.

Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, wang berkenaan dipersetujui bersama untuk kos majlis persandingan pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak, di sini, selepas mereka selamat bernikah pada 8 Januari tahun yang sama.
“Kami (merujuk kepada dia dan Abby) sudah belanjakan wang itu atas persetujuan bersama untuk membuat majlis perkahwinan besar. Apabila terjadi perselisihan faham tiba-tiba dah jadi hutang. Kami saja yang tahu masa mula-mula nak kahwin dulu.
Zaman kebahagiaan... 
“Apapun saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan kami dengan mengeluarkan macam-macam kenyataan. Cuma saya sedih sebab isu ini timbul ketika saya masih belum masuk kerja kerana dalam mood raya dan bertunang,” katanya.

Ditanya adakah dia akan melayani tuntutan hutang hantaran didakwa bekas isterinya itu, Norman yang kesal, kecewa dan sedih dengan dakwaan berkenaan menyatakan dia tidak berhutang apa-apa pun dengan Abby.

“Keperluan ada dua iaitu material dan kasih sayang. Janganlah segala kasih sayang tak nampak langsung hingga saya seolah-olah kejam, tak pernah memberi sumbangan dan tak berfungsi kepada keluarga.

“Selama ini apa jua kenyataan (Abby), saya cuma tunggu dan lihat sebab nak jaga hubungan baik dengan bekas isteri. Bagaimanapun jika terus tunggu dan lihat, orang akan memperkatakan ia betul walaupun hakikatnya jelas bias (berat sebelah).
Sekarang berbalah lagi  ke??
“Anak-anak telefon saya tanya saya ok ke? Bagaimana dengan maruah dan hati keluarga dan saudara mara apabila keluar dakwaan sebegini,” katanya.

Norman berkata, selama ini dia mengandaikan Abby takkan terlalu berkira dengannya kerana dia juga bersikap sama terhadap bekas isterinya itu.

Tiba-tiba, katanya, dia langsung tidak menyangka dan sungguh terkejut apabila membaca laporan semalam apabila Abby meminta dia menjelaskan hutang hantaran kahwin RM11,111.11 yang realitinya sudah dibelanjakan bersama.

Seperkara lagi dikesalkan Norman ialah apabila Abby mengungkit jumlah sen perbelanjaan untuk tiga cahaya mata mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2. “Takkanlah saya nak beritahu secara tepat segala jumlah nafkah anak dalam media. Janganlah jadikan anak-anak umpama perisai dijaja aib merata tempat.

“Benar, perbelanjaan anak ada orang serah duit bulat-bulat kepada isteri. Tetapi saya beri ikut tahap kemampuan dan saya rekodkan supaya ia mencukupi untuk keperluan. Dalam hal ini perlulah lebih fleksibel serta bersama tunai tanggungjawab.

“Selepas itu dakwa pula saya tak meluangkan masa untuk anak umpama saya macam dah meninggal dunia dan tak wujud...padahal saya beraya dengan mereka,” katanya.

Apapun, Norman berkata dia memberikan kenyataan kali ini adalah untuk menjernihkan status bahagian dirinya yang digambarkan seolah-olah sangat kejam, bersifat tidak adil dan tidak bertanggungjawab.





SEO Menarik Trafik Ke Blog

Tajuk entri tu pada asalnya berbunyi 'SEO blog sya ni ada perubahan?'. Berbentuk satu soalan la kan..ngheeee... actually tajuk asal ni terbit dari monolog minda sya masa check bahagian analytics referrals di nuffnang tercinta. Nanti sya cerita pasal ni afterwards k...

Fikir punya fikir, i decided to change the title. Well, ni semua bermula sejak sya baca beberapa entri kawan2 bloggers tentang pentingnya pemilihan tajuk entri untuk menarik trafik ke blog kita.  So, mengikut pengalaman sya yang baru sebulantahun jagung blogging ni, rasanya ada satu soalan yang wajib difikirkan sebelum meletakkan tajuk entri.

"Kalu sya mo search pasal inti dalam entri sya ni la, 
agak2 apa yang sya akan taip dalam browse google search?"



 Haaa.. mesti la perkataan2 yang mempunyai keberangkalian lebih tinggi untuk menge'backlink'kan trafik ke blog sendiri kan?  So sya pun sambil2 menaip sempat came out with the title above. A bit stiff but myb useful kan..kan.. who knows... wahahahha....

Ok la...ni mo share napa tiba2 bermonolog 'SEO blog sya ni ada perubahan?'. Macam la xda benda lain yang terlintas di medula oblongata sya ni... hihihi...Ok get back to the story lar...Tadi kan..balik ja dari kerja terus on internet. Da menjadi kebiasaan sya untuk terus click web nuffnang dulu sebelum click my own blog. Korang tau part mana sya suka? Haaa... Analytics and Earnings tabs. 


Earnings tu sya suka sbb boleh check sendiri brp da duit yg mashyukkk... But bagi sya la kan, Analytics tab ni juga la yang fantastic macam Fantastic Ajane (wahhh.. perasan pula ni..hehe..). Ciptaan dunia yang memang superb bagi bloggers...Why?Sbb kita boleh trace macam2. Siapa yang bawa trafik banyak ke blog kita, dari mana, berapa percent trafik dan macam2 lagi la. Bila click referral pertama tu, sya terus di'direct'kan ke google search website. Uikkk.. my post di rank ke-2??? Click lagi referral kedua..wahhh.. rank pertama pula??? Dua2 ni entri pasal Norman Hakim hutang duit Abby tu la...  (notice the title?)
*(Ishh....macam2 da sya buat utk copy the page ke dlm entri ni but gone failure la...uwekkkk... anybody tolong...how to copy print screen page ke blog?)


Adoiii.. hilang pula mood ni...


Anyway, tujuan entri kali ni adalah merupakan testimoni bahawa tajuk entri memang penting untuk menarik trafik ke blog kita. Yang susah2 tu sya pun masih belajar lagi... yang penting buat yang senang dulu kan.. hihi.... till then bye... @^_^@



Thursday 16 September 2010

Insomnia Ka?

Kawan-kawan,
Jangan ditanya mengapa sya tulis style macam ni aaarrr... 
saja buang tebiat...wahhahahah..
*********************************************************
Malam tadi punya susah mo tidur.... kena insomnia ka apa?
Bermacam cara sya buat tapi xda hasil.
Tgk TV sudah...
Baca buku yang paling memboringkan pun sudah...
Baring pastu pikir sya di taman2 bunga pun sudah...
Tapi hampeh dan menggeramkan..
Buang masa betul la...
Sudahnya sya tertidur lambat..
bila dan bagaimana sya pun x tau...
perkara last sya ingat is thinking bout my family di Sabah
Angin jg tgk my hubby tidur soundly mcm baby time tu..
Maybe penat p main badminton sama kawan2 dia tu petang semalam.
Pagi ni sya bangun looking like a panda..
You know,  yang badan putih mata hitam tu.. haaa... mcm tu la mata sya...
Adoiiii.... cepat2 sya tuam sama 2 uncang teh sejuk.. nasib baik da ada spare...
Pastu pula my hubby bawa p breakfast di gerai kesukaan dia dekat2 rumah ni... 
Lantak la.. panda pun panda la.. cute juga kan.. wahahahha...
yang penting kenyang makan bihun goreng + air suam...
So while blogwalking ni sya pun minta tolong Uncle Google cari pa remedies tuk kes mcm sya ni...
So here we go:

Pertama
********
Kurangkan menggunakan komputer sebelum tidur untuk memberikan masa releks kpd badan 
(erkkk... ni mcm perli ni... Sya blogging, mesti la sblm tidur pun guna komputer.. cara lain ada ka?)

Kedua
*******
Malapkan lampu lebih awal sebelum tidur
(Wahhh... ala ala romatik gitu... romatik dgn komputer la... hihihi..)

Ketiga
*******
Jangan buat kerja2 office di atas katil
(Ok.. yg ni sejak azali memang x suka buat... semak katil kan.. wahahha...)

Keempat
*********
Senaman ringan 2 jam sebelum tidur
(Ok... nti sya buat.. sblm ni x tepikir bersenam waktu malam... hehehe)

Kelima
*******
Elakkan makan dan minum sebelum tidur
(wahahahhaha... kalu da blogging ni x sah kalu x da makanan n minuman di tepi kan... adoiii..)

Keenam
********
Say no kepada kopi atau yg sama waktu dengannya (kafein) pada waktu senja
(ok.. ni boleh ikut... minum kopi kluang pagi2 ja la.. hihihi..)

So malam ni mo try juga la the cara2.. mana tau jadi kan...
Ok.. that's all..
Chau...

Hari Malaysia Pertama - Through My Point of View

SELAMAT HARI MALAYSIA SEMUA!!!!
Malaysia flag waving smile animated

Hari ni cuti lagi... Happy sangat2 sebab my hubby pun cuti juga la... which means this evening is a movie momento...wahahhaha... While writing this, he's outside with our turtles, fish, flowers..u name it.. semua ada d luar rumah tu...Sporting enough to let me blog huh... wahahahha...Tomorrow starts working but x mo fikir pasal tomorrow because it's another day pula..besides Oprah said live in the present moment to the fullest.. dont worry about the other coming day...(by now you guys most have realized that im a fannnn... of Oprah Winfrey Show *wink *wink...)

Ermmmm.. actually hari ni mo tulis pasal hari ni lar... Hari Malaysia yang pertama kan... I thought, our present PM was smart enough untuk mengisytiharkan 16 September setiap tahun sebagai Hari Malaysia. That means, double the nation celebration for us la...Why? sebab 31 Ogos Hari Merdeka dan 16 September Hari Malaysia... If anybody asked me about this.. i would say superb and brilliant for 2 reasons... reflecting 1Malaysia & of course cuti lar.. hihi....Jadi sebelum ni 16 September ni tidak dirayakan ka? Haaa... ni mo bawa you all semua mengimbas sejarah silam ni....



Tarikh 16 September ni sebenarnya tarikh penyatuan gagasan Malaysia - Sabah, Malaya dan Sarawak. Tapi x diisytiharkan hari cuti umum seluruh negara la. Sehingga tahun lalu, 16 September in adalah hari cuti bagi negeri Sabah dan Sarawak only... disebut juga sebagai Hari Merdeka Sabah dan Sarawak... Why? Sebab dulu Sabah dan Sarawak pun kena jajah juga bah...

Di Sabah secara amnya x menyatakan secara langsung bahawa mereka merayakan hari penubuhan Malaysia ni tapi simbolik sambutan hari jadi Yang Dipertua Negeri Sabah sebenrnya memperakui kemasukan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia... Meriah juga sambutan ni ooo... majlis pengurniaan pingat dan perbarisan dilaksanakan... Buat di mana? Sejak azali (47 tahun berlalu).. di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama ketika mengisytiharkan kemerdekaan Sabah di Padang Merdeka 47 tahun yang lalu

Pemandangan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 September 1963
(ramai orang kan... you wont believe how Sabah has changed and will continue to change for good...)
Sumber gambar: Kosmo Online

Bila tengok gambar2 di atas.. sayu ja sya rasa. Tengok gambar pun sya da boleh merasakan kegembiraan bila merdeka. Tamat sudah penderitaan yang dialami sejak sekian lama... Mesti menangis2 dorang ni kan... So, untuk Hari Malaysia yang pertama bagi seluruh negara ni.. fantastic Ajane ingin mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA!!!!! Sama2 la kita jaga negara kita ni k... Semoga bergembira...

p/s:
FA sehingga sekarang bila dengar lagu Negaraku berkumandang rasa sangan bangga dan sebak... we have been through a lot.. but together we stand as one... come on Malaysians... together we stand as one!!

Wednesday 15 September 2010

Jana Duit Dengan Nuffnang

Wow.... bila layan artikel dari Kosmo ni sya jadi bersemangat pula blogging ni tau... Lebih2 lagi bila tau orang kuat adalah orang muda2... yang x bestnya tu sbb lagi muda dari FA. Duiii.. mesti bnyak duit dorang tu kan... Wahahhhaha... ke situ pula sya ni. Anyway, my goal sebenar kenapa berkongsi artikel ni dalam blog sya adalah untuk berkongsi ttg Nuffnang dan benifits & opportinities yang boleh diperolehi jika blogging dgn iklan Nuffy ni... Best betul bah.. Sya siap visit 3 blogs yang featured dlm ni... memang umphhh la... So, check this out, sure a deal... though copy paste coz x tau mana mo edit.. all are valuable to read.. so go on guys.... and tell me what comes your mind....

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang




SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.
Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.
Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari. 
Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.
Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.
Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.
"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.
"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.
TIMOTHY merintis idea kewujudan Nuffnang bersama rakannya, Ming Shen sewaktu belajar di London.



Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.
"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.
"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.
Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.
"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.
"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.
KOMUNITI Nuffnang menjadi medium penting kepada blogger yang ingin menjana pendapatan sampingan.


Menjana pendapatan
Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaituwww.redmummy.com.
Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.
"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.
"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.
Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.
"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.
Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.
"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.
"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.
Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitusayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.

LAYARI laman web Nuffnang untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai platform menjana pendapatan itu.


"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.
"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.

p/s: 
Bila la baru FA dapat earning yang menggunung macam dorang ni... adui..aduii..