Followers

Friday 29 October 2010

Proton Inspira And Mitsubishi Lancer: What Say You?

FA mugkin agak lambat postkan mengenai Proton Inspira ni. Walau bagaimanapun, sebagai sokongan terhadap brand kereta Malaysia yang pertama ni, FA nak juga share... heheheh...

Soft launching memang lain dari yang lain. Hanya sebahagian parts sahaja yang direvealkan. Pun begitu, sehingga beberapa hari yang lalu, 1100 booking telah diterima dengan bayaran booking sebanyak RM1000.00. Betapa hebat kepercayaan masyarakat terhadap Proton kan.. Tahniah buat insan-insan terpilih yang berpeluang test drive kereta ni. Mesti berbangga sebab berada di antara orang pertama yang memandu Inspira kan... Proton Inspira will be in  three models: 1.8 liter manual(bermula dengan harga RM80 000), 1.8 liter CVT dan 2.0 liter CVT(harga RM95 000).


Proton Inspira

Proton Inspira
Proton Inspira

Proton Inspira ni dikatakan akan menggantikan Proton Waja yang kini berumur 10 tahun. Lagi fakta menarik, Inspira asalnya adalah model asas kereta Mitsubishi Lancer yang telah ditambahbaik... Inilah hasil kerjasama di antara OEM. So, siapa-siapa yang familiar dengan kereta Mitsubishi Lancer ni memang boleh tahu perbezaannya. Kepada mereka-mereka yang pernah bermimpi untuk memiliki Mitsubishi Lancer, inilah peluang anda untuk memilikinya dengan harga yang berpatutan...Plus bonus lagi..Heheheh... ye la dah dienhance tuuu... Banyak juga parts dan function yang ditambah... yang penting menjanjikan kelainan...:)
Bawah ni FA postkan gambar-gambar Mitsubishi Lancer dan beberapa partsnya...



Go Malaysia....Kita mengharapkan yang terbaik... More on the Proton Inspira here. Credit to paultan.org.

p/s:
DAh baca reviews mengenai Proton Inspira ni... pro kons ada. Bagi FA, different person has different perception... apapun sebelum membeli, ukur dulu baju di badan sendiri...
Cheers!!!!

Thursday 28 October 2010

My banner Code

Kengkawan.... ni FA tengah bengang dgn code banner ni. 
Cmana nak letak kod ni bawah banner aarrr... Helppp!!!!

Banner ni my fren azura yang buatkan...tq tq my fren.... luv uuuu... hehhehehe... FA sangat suka..y? Sbb suka background dia...azura mcm tau tau ja baca fikiran FA ni.. Sblm ni mmg nak buat banner tapi x berkesempatan sbb memang tak sempat... heheheh... In my mind memang nak gunakan sumandak (anak gadis) dalam blog FA ni sebagai background.... So this was like a dream come true for me la.... makasih ya tante..eh silap hehhehe...

So FA pun buatkan code bagi banner ni... masalahnya sekarang FA tak reti-reti nak pasang code di bawah banner supaya kengkawan blh copy paste...Haiyaaa.... apa macam ini woooo.... Tulung bulih ka?

My Banner:


My banner Code:

<center><a href="http://hanya-yang-cool-belaka.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i951.photobucket.com/albums/ad358/azuraanisalaim/Promote%20Site/siapfantasticajane.gif" width="180" height="180" /></a></center>


Award Reviewing Time

Hola kawan-kawan... 
Heheheh.. FA is back!! 
Sudah lama tak update blog FA ni sampaikan si as@ cutezmommy mengomel tidak henti-henti...Wahahahha... Well actually FA mau buat entri pasal award lagi... Ni kira mau langsaikan hutang la bah ni kan..Heheheh...
This time FA dapat dari my best school friend back in 1999. Sapa lagi kalu bukan si cutezmommy
Online Best Friend Award
*Satu yg FA confirm si cutezmommy pun setuju we are on and offline friends..Wahahahah!!
As usual, kena buat assignment juga la... sesi menjawab soalan ni.. 
Heheheh.. yang ikhlas-ikhlas belaka tau...
Jom layan....

Write 5 interesting facts about the person who gave u this award

1. Small person with big attitude... sangat positif orangnya
2. Bekas pelajar matriks ICT Penang... salah satu roommate & geng keras FA ni... heheheh
3. Suka buat lawak & ketawa.... rindu pula mau lepak-lepak mcm dulu as
4. Sangat prihatin & penyayang... xpasti dia perasan x pasal benda ni...:)
5. Rakan blogger pertama FA juga... tunjuk ajarmu x akan dilupakan...

Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby

Adoiii..susahnya mau tulis pasal diri sendiri ni kan... but hobby? a lottt...Wahahhaha... Zasss..

5 facts about myself:
1. Married but no luck with kids yet... sedang berusaha la ni... hihihi
2. Pencinta kedamaian & perpaduan... klik di sini untuk selanjutnya..
3. Sangat suka Oprah Winfrey Show... very useful info dlm show tu...:)
4. Start boleh makan pedas sejak setahun lalu (after 5 years di negeri orang ni)... sebelum ni 100% makanan pedas FA tolak...
5. Anak pertama dari 11 orang adik-beradik..Wahhaha..save the best for last.. Amacam terkejut tidak korang?? This is for real... big family gitu...hihihi..

FA's 5 hobbies:
1. Planting plants
2. Playing with our kura-kura and fish
3. Reading or watching investigation novels and movies
4. Kareoke...erkk betul ka ni..:) suka nyanyi-nyanyi dlm bilik sorang-sorang. Recently..my hubby pun da start ikut-ikutan dong.. hihihi.. nice voice he has...*wink*wink...
5. Buat cerpen & sajak..anytime anywhere.. no boundries... heheheh

Pick your 10 most deserving recipients and describe them
Ok..sesi pass award pula....Here we go...

1. Azura.. rakan sabahan blogger ni... baik hati buatkan FA banner... tq dear
2.tiefazatie... blogger mixed blood..:) Suka sembang dgn beliau... skg full time blogging..
3. Miss senget.. xda kaitan dgn senget benget aaa... she's so sweet tau
4. Wanzi.... slalu jenguk blog FA walaupun masa FA sgt2 busy x blh balas kunjungan..tq bro..
5.Alexa... kawan blogger yg tinggal jauh nun d rusia... bakal doktor ni... hehehe..peramah dan baik hati..
6.Zaerr...blogger yang peramah.. sentiasa balas kunjungan FA.. x berkunjung ke blognya pun masih tetap jenguk FA juga..
7. Jerry... blog page beliau stewardjohn.com.. kira otai juga dlm blogging ni... slalu bg tunjuk ajar blogging... tq bro...
8.Gee... baik hati dan mcm zaer sllu jenguk FA..makasih ya bu...hehhehe...:)
9. mashimaro.... suka sembang dgn dia ni... ada2 je... hehheh
10. Follower blog FA yang x disebut sila amik ye... pass bg korang juga...:)

Wah finally... entri ni bernilai dua hari tau... siap juga akhirnya...hehhehe... leganya...

p/s:
One more award review is coming... x sempat lg ni...:)
Actually FA x dpt bnyk award pun tp nak juga buat review sbb Fa sangat hargai ingatan tulus suci rakan-rakan FA... makasih guys... u make my days!!!



A Short Entry

Hi semua...Sihat?
 FA sihat tapi busy tahap gaban... ni amik sikit masa BWing dan buat entry ni... 
Hari ni FA tidak ke sekolah... tapi bukan sebab MC suka-suka ye kawan-kawan... 
FA g taklimat buku teks kat SMK Pendamaran Jaya..sempat sesat tau..maklum la FA jarang lalu tempat tu...
Berapa kali tawaf kawasan yang sama tak jumpa-jumpa... asyik balik ke tempat asal..balai polis pula tu.. nasib baik ada pakcik baik hati yang tunjukkan jalan... FA selamat sampai walaupun agak lambat...

Sedikit status FA pada masa sekarang:

1. Busy cop buku teks yang baru sampai... bakal murid tahun satu da sedia belum untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu?

Sebahagian buku teks yang bakal dilupuskan...
Diganti dengan buku teks baru yang memang comel..Isi kandungan pun bagi FA boleh tahan..:)

2. Busy settlekan surat berhenti sekolah dan semua yang berkaitan dengan murid tahun 6 Efisienku..
3. Busy marking exam paper.. sok exam science pula, berdebar-debar juga mau tengok result my students tu...

Semua start dengan word 'BUSY' kan... dapat rasa tak kesibukan FA ni...
*FA masih lagi mencuba untuk tidak mengeluh

p/s: 
Berita baik kawan-kawanku....tiket flight free balik sabah untuk FA da confirm...sukanya...!!!hehhehe...
Kenderaan balik kampung bulan 12 nanti... Wah kenderaan??? Wahahaha....

Saturday 16 October 2010

Tan Sri P Ramlee And My Mum's Story

Baru petang tadi FA menonton rancangan Disebalik Tabir : Di Mana Kan Kucari Ganti P Ramlee MTV kat astro, dan sekarang iklan dari nuffnang mengenai ini sedang berlegar-legar di blog FA. FA sangat suka... ada sebab mengapa FA suka ni...
Credit to murai.com for this picture

Sebab musababnya:
FA membesar dengan filem-filem dan lagu-lagu beliau dan juga isteri, Saloma. Insan yang bertanggungjawab adalah ibu FA sendiri. My mum memang peminat fanatik P Ramlee dan Saloma. FA masih ingat lagi zaman kanak-kanak FA bila balik dari sekolah lepas makan je mesti duduk kat beranda rumah menyanyi lagu P Ramlee tau... My mum siap tuliskan lirik bagi kitorang lagi.. See macamana fanatiknya my mum kan...Wahahhaah...

And one thing that i am proud of her till now....
she's a rural lady dengan latarbelakang pendidikan darjah dua* Tak sempat habiskan Darjah 6 pun sebab mind set orang-orang zaman dahulu... perempuan memang kena duk dapur.. Hiss..kalu mind set begini disogokkan ke muka FA...rasanya tak selamat orang tu.... Ada yang kena sepak terajang nanti..Amboi ganas juga FA ni kan..Wahahaha..jangan salah sangka pula ye..itu cuma imaginasi semata-mata..The point is..FA sangat tak setuju cara fikir macam tu tau.. Bila difikirkan kira beruntung juga hidup di zaman ini kan where everyone seems so open minded already...



Back to my mum and P Ramlees' story...

Zaman dulu keluarga my mum sangat2 la tak mampu. So, untuk memenuhi keinginan jiwa remaja terhadap movies and songs ni, my mum and sisters terpaksa la melawat2 jiran sebelah rumah semata2 nak tengok P Ramlee ngan Saloma. Semangat juang yang kental gitu..agaknya kalu nasib baik ibu aku ni da jadi seorang yang sangat berjaya kan..:) Yang bestnya my father memang sporting abis... Suka belikan my mum CD P Ramlee ni.. Tak kira la movie ke lagu-lagu... * Zaman sekarang CD la, zaman dulu-dulu masa FA kecil kaset...nostalgia..nostalgia...

Korang jangan tak tau..kerana lagu-lagu P Ramlee ni la yang membuatkan my lovely mum ni pandai menulis dan membaca. Hebat kan penangan Tan Sri... So thankful for that...

Di sebalik sifat dan cara berfikir FA sekarang semuanya di acuankan oleh my mum. Luckily so far yang positif-positif belaka...ngeee.... So terdapat beberapa perkara tentang FA yang korang tak tau tapi FA nak reveal kat sini....*uikkk..mcm off topic sikit kan... kan.. kan...

1. Gila ngan filem-filem P Ramlee..Tak kira la yang lawak ke atau yang sedih-sedih. Semua bantai. Tengok ulang-ulang pun perasaan tu tetap sama... besttttt

2. Boleh menangis bila dengar lagu-lagu patriotik... sumpah tak tipu..semangat kenegaraan yang tinggi...

3. Tak pernah merendah-rendahkan orang lain.. tak kira la kaum, agama atau apa-apa je la.. I believe that everyone or everything has it's own purpose on Earth. I'm not here to judge.. tak layak.

4. Sangat hormat dan mengambil berat adat dan kepercayaan kaum lain. Senang nak adapt... bak kata orang..masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak...

There are many more but those above are the top 4... and orang yang menanamkan sifat di atas adalah seorang insan yang hanya belajar setakat darjah dua dan peminat P Ramlee...

Saja nak kongsi kat sini program-program astro yang terlibat untuk esok:


17 Oct: Pendekar Bujang Lapok – 1230pm Saluran 611 Astro Ceria
     Nasib - 4pm Saluran 104 Astro Ria
    Takdir Ilahi - 530pm Saluran 106 Astro Oasis
    Nasib Si Labu Labi – 11pm Saluran 132 Astro Warna

Program lain sepanjang bulan Oktober ni check di bawah k...

p/s:
Sehingga sekarang, bila FA balik kampung...kami sekeluarga memang tak miss menonton filem-filem P Ramlee... Best bah..hehhehe

Award Lagi la...

Whoa.. bulan ni mcm rezeki FA bertambah2 la...bukan sahaja personal life FA malah dlm blogging ni pun sama..syukurrrr...Sapa nak Hi-5 dgn FA mana tau ONG tu sampai kat korang juga..wahahahah... merapu je FA ni kan...:)

Ni sebenarnya FA nak buat spesial entry pasal award yang FA da dapat beberapa hari yang lalu tapi oleh sebab agak busy maka FA tak sempat nak post kat sini. Sorry ye Jannah... jangan putus kawan pula tau... wahahah.. bahaya tahap gaban tu... 

Blog lama sangat cute dan warna-warni. Blog baru jannah ni FA sengaja namakan blackie bling bling blog sbb background yg black n putih-putih tau bukan entry yang *tut*... Blognya hitam menawan gitu. Suka..sangat suka...Blog my fren jannah ni tetap maintain dgn cara penulisan yg bagi FA bersahaja tapi best.. hehehe.. jannah cakap blog yang lama tu lambat load tu sbb dia pindah rumah @blog..hehhe ada2 je kwn aku ni kan...
FA nak ucap thanks kat jannah ni..hehhehe..kawan-kawan jom pakat serbu rumah jannah jom...

Post terbaru jannah tentang bagaimana nak timbang blog..aikk.. blog pun boleh timbang ke? ingatkan berat je boleh timbang...hehhehe..

So..Tadaaaaaaaaa.. ni la awardnya...
Anugerah Blog Harapan
Wow.. blog harapan tu... risau pula FA kalu tak memenuhi syarat...hehheh. Anyways, award ni sebenarnya dari memori seorang muda. Comel je award ni kan..Agaknya sama ngan tuannya kot..yang pasti muda lagi...So korang check it out la ye... Jom meramaikan kawan-kawan kat sini... FA sangat happy dapat ramai kawan bloggers ni... ngeee... sekarang FA tengah tersengih-sengih sambil menaip..korang dapat bayangkan kerang busuk tak? Wahahhaha....

Syarat kena patuhi la kan..da dapat award kena overtime sikit la....* woit..mcm kerja pula ada overtime ni kan...


Sesi menjawab soalan exam
*Ingat murid je boleh jawab exam ke.. cikgunye pun boleh tau...






suka headernya yang comel... sama mcm tuannya
* Haaa yang ni da confirm..FA da check...hihi..

reaksi slps mendapat award ni?
yeehaaa... happy seperti selalu bila dapat award..
*FA terima dengan muka suci dan hati ikhlas walaupun mingkin tak layak.. sama seperti bila FA buat review award..ngee...

sila passing award.

* kepada my frens yg lain jgn kecik ati pla ye... korang da otai bah.. so mmg da hebat kan...hehhehe. Kalu ada award lagi FA akan pass kat korang pula ye.. * Amboi.. perasannya akan dpt award lagi..malu..malu...

So that's it..selesai la sudah tugas-tugas khas.... fuhhhh.... kwn-kawan apa lagi..sesi mengambil award kat sini...Wahahhaha...

Wednesday 13 October 2010

UPSI Convocation Day

1..2...3... go....
Wahahhaah...
This gonna be the shortest entry i've ever written here. 
I'm rushing to attend my sister's convo at UPSI today.
Luckily it's in the afternoon session. 
Still, I need to go and buy her some flowers... hehheh.. kakak mithali kan..:)
So guys... FA is leaving now...
Ada sapa2 nak pesan ole-ole dari Tanjung Malim?
Tadak???? Ohhh syukurrrr..wahahahhaha... 

Bye guys...do still come by my blog tau..nti FA jejak korang dengan bau-bauan UPSI k...ngeee..

p/s: 
Rasa-rasanya berapa jam perjalanan dari Shah Alam ke Tanjung Malim ye?? FA driving ni..hehehehhe..
Wish me safe journey la ok..tata..

Tuesday 12 October 2010

Awards Untuk Aku Lagi

Yuhuu...bunyi da mcm tarzan pula..hihi. ada sebab sebenarnya mengapa start with this word yuhuu... satu sbb dpt award dari kengkawan bloggers yang disayangi..dua..of coz FA nak greet korang la..wahahha..simple kan..so da dpt award ni FA nk buat review sikit walaupun norgadis xda syaratkan begitu.FA tetap nak buat review juga utk kedua-dua award ni sebagai tanda terima kasih dan penghargaan..hehheh... buat azie budak comel... review ni da menepati syarat ke..:) hehhehehe....


Satu...
Create your own banner at mybannermaker.com!

Award ni dapat dari...
 Norgadis dan Shiemah. They are very friendly..so korang singgah la melawat-lawat blog frens FA ni k..TQ guys sbb ingat kat FA..:)



Dua...
Haa...ni pula dari budak yang comel... boleh bayangkan x muka fren FA yang ni..memang comel wa cakap lu..x percaya..singgah la blog cik adik ni k..:).Tq dak comel. Award ni pun ditag oleh my dear blogger fren Wanzi..tq sir tag FA award ni k..:)...wahahah...

Kena jawab dulu soalannya bru rasmi pemberian award ni ye..hehheh here we go..:


1. Pendapat kamu tentang belog budakyangcumel nie......
@sangat comel seperti tuan blognya..hehehhe...@

2. aktiviti waktu lapang......
@Selalunya BW tu pun kalu tenet ok.. kalu x layan astro..tido jarang2 hehhehe...@

3. n last but not least ..... kena tag sekurang-kurangnya 3 pilihan kamu.......

pertama ------> Zaer
kedua----> Garuda
ketiga---------> Ellen

Sunday 10 October 2010

Tarikh 10.10.10

Wow sekali seumur hidup je boleh hidup under tarikh hari ni kan..wahahha... myb beberapa dekad  akan datang ada la juga tapi da pencen dari dunia ni kot..wahahha. 101010 memang tarikh yang sangat cantik. Kalau la FA belum kahwin mungkin amik tarikh ni juga kot...ahakss... sian..

Oleh kerana FA cukup suka tarikh ni maka hari ni terasa mau buat entri Hari Ini Dalam Sejarah la... ala-ala rancangan RTM dulu-dulu gitu...hehheh...

Pada tarikh ini:

1740 
Hari kedua pembantaian orang Tionghoa di Batavia. 10 000 orang tewas.
* Batavia hari ini dikenali sebagai Jakarta. Klik di sini untuk lebih lanjut.


1780 
Taufan dahsyat menewaskan 27 500 mangsa di kawasan Carribean
* Klik di sini untuk selanjutnya.

A map showing most of the Lesser Antillies in red. Puerto Rico and Dominican Republic is also red.

1964 
Olimpik musim panas 1964 dibuka di Tokyo, Jepun

1970 
Fiji meraih kemerdekaannya
*Sila klik di sini untuk selanjutnya.
Prince Charles inspects the Guard

1979 
Permainan Pac-Man diperkenalkan di Jepun oleh Namco
*Sila klik di sini untuk selanjutnya.
Pac-man Logo

1986 
Gempa bumi berkekuatan 7.5 skala Richter menggegarkan San Salvador, El Salvador. Menewaskan sekitar 1 500 orang.
*Sila klik di sini untuk selanjutnya.
The soldiers wear masks and carry guns; collapsed and crumbling buildings  are seen behind them.

2010
Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Harlina Mohd Yunos 
(erkk...yang ni pun masuk sejarah jugak ker...wahahahah  xpe la da namanya wedding of the year, boleh juga kan..)
sheikh muszaffar

Ok la my frens.. that's it..semoga happy semuanya k..:)

UPSR dikekalkan, PMR dimansuhkan

Fuh macam2 perasaan menyelubungi FA bila baca berita ni. Lega sebab UPSR masih wujud means FA masih boleh membuktikan sejauh mana kemampuan diri dalam mendidik murid-murid Tahun 6. But sedih sebab terasa sebahagian nostalgia dalam perjalanan hidup FA seakan hilang dengan pemansuhan PMR. Terbayang di mata FA, beberapa puluh tahun akan datang di mana anak-anak FA has no idea at all betapa FA pernah berusaha sedaya upaya untuk gred-gred yang tertera dalam sijil PMR FA. Ntah-ntah mereka bahkan berasa hairan dengan kewujudan peperiksaan itu sebelumnya. But anyways, life must go on... FA kena sedar juga la yang zaman pun da berubah..:)
UPSR dikekalkan..
Malangnya, PMR akan dimansuhkan... 
Well, berbalik kepada cerita tentang exam-exam ni, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa UPSR walaupun akan dikekalkan namun masih terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan. Peratus penilaian berubah daripada 100% akademik kepada 60% akademik dan 40%  kokurikulum atau sivik.

PMR pula akan dimansuhkan bermula tahun 2016. Lagi 6 tahun la. Ia akan diganti dengan peperiksaan peringkat sekolah. Ala-ala peperiksaan pertengahan dan hujung tahun macam tu la.. bagaimanpun, Tan sri akan membentangkan keputusan meja bulat kementeriannya ini kepada kabinet kelak.

Lagi cerita penuh klik di [sini]

 p/s:
 Bagi FA..keputusan ini ada pro dan kontranya. Penilaian UPSR yang baru walaupun FA lihat lebih menyenangkan murid namun bila difikirkan, kerja guru2 akan bertambah dan makin berlambak. Pemansuhan PMR pula bagi FA budaya sambil lewa dan x berdaya saing murid akan makin menjadi2 sebab jika dilihat kepada peringkat umur 15 tahun, mereka cenderung ke arah melakukan perkara2 lain.Secara peribadi, FA berasa bahawa PMR sebenarnya membantu mereka lebih fokus. This is purely my opinion k.. xda kaitan dgn sapa2....:) peace...

Saturday 9 October 2010

Cerpen Bersiri FA

Yuhuu... apa habaq? wah..wah..wah.. speaking loghat utara pula ni..:) Tetiba rindu pula mau cakap this loghat...Maklum la...da lama x ckp loghat ni...dulu masa study di penang bukan main lagi borak ngan makcik2 jual kuih yg sedap2 depan universiti. Teringat kenangan silam..wahahahha..yang manis2 belaka gitu... 

Korang suka x bab2 sastera ni? Suka? Tidak? Ayoooyooo... ni FA ada plan mau buat satu projek utk tatapan frens FA d sini tau.. Xda objektif yang pasti tapi sesaja mencoret moga2 dapat mereleasekan tension kengkawan d sini..jgn melemaskan da la ..wahahahhaha. Anyway, FA mau cipta cerpen konon la... lama da x mencipta-ciptu ni * erk.. ada x perkataan ni dalam BM..hihihi.. So, sebelum bermula...FA nak buat voting dulu la.. Sapa setuju angkat tangan.. wahahha... 

Well, my plan:
 * Menulis satu cerpen secara bersiri

 * In the end, FA akan membuat satu Give Away di mana all are invited untuk memberikan tajuk kepada cerpen FA.
Tajuk yang paling sesuai akan menerima hadiah yang akan diberitahu kelak.
Syarat2nya juga sedang difikirkan...

So guys, who's in???  ^__^
*Bersambung...

Friday 8 October 2010

Lawatan Tahun 6

hi everyone... sihat semua? Lama juga FA x update blog ni. Busy betul bah.. hihihi.. hopefully makin kurus bila bnyk kerja ni.*crossed fingers

Ni mo cerita ttg lawatan tahun 6 my school yang dijalankan hari Khamis lalu (7.10.10)... Mereka da exhausted selepas berhempas pulas menjawab dlm exam UPSR baru2 ni, so i think this was coming right on time.. release tension.. Apa lagi, guru2 tahun 6 pun tumpang la sekali...wahahahah...

Lawat 3 tempat only but for me sangat berbaloi. First destination, Meteorologi Center di PJ. My first time here. Sapa2 yang minat belajar ttg kajicuaca, kejadian hujan & kejadian tsunami dtg la tempat ni... dengan syarat pakai formal and of course la confirmkan dulu timing mo dtg.. jangan pakai serbu je...Cikgu2 out there boleh la consider tpt ni sbb destinasi lawatan. Anyway, best pegawai tu terang.. agaknya kalau belum jadi cikgu, FA mungkin consider apply kerja sana..wahahahha...
Bahagian KajiCuaca
Bahagian tsunami
Concentratenya students ku semua... hihii.. formal gitu..

Destinasi kedua...tadaa... cuba teka..semua orang cakap tempat ni memang heaven utk org membeli belah. Sapa2 yg ada rancangan mo kahwin 2 haaa.. tmpt ni sesuai tuk korang... barangan kahwin murah2. Lagi stu bagi yg da ada rumah dan bercadang tuk menghias... tmpt ni memang sesuai.. FA sempat beli set comforter dgn harga RM35.00.... believe it or not? believe it.... apa lagi kwn FA beli penuh tempat simpan brg kat bus tu... tikar buluh RM 28.00?? Haaa... kalau pandai tawar memang dapat punya... hihihi... Ni mo reveal nama tempat ni.. N-I-L-A-I.... nama tempat tu Nilai.. my first time juga dtg sini.. sebelum ni kwn mmg slalu bwa g tpt ni but slalu ada halangan... so this was like my one of a lifetime chance..wahahhaha... (x sempat lg nak upload pics kat sini.. soon k guys..:))

Last destination kitorang adalah kilang chocolate...which to me offers varies knowledge of the origin of chocolate. Teringat buah koko di kebun my dad... buang mcm tu je... Dalam hati, balik sabah nanti mo buat chocolate out from this koko plant la... x membazir kan..hihihi... By the way, nama kilang tu adalah Beryl's.. pernah dengar ka? To be frank.. sebelum lawat tempat ni FA memang x pernah perasan jenama ni but bila tengok and rasa chocolatenya..wow.. beli banyak gitu. Plus harga kt kilang is much cheaper compared to harga di luar.. ada masa korang dtg lawat la.. normally x blh masuk but sbb rombongan sekolah so kira beruntung juga la.. wahahha..
Kilang Beryl's di Sri Kembangan
On da way to the conference room where we had the opportunity to learn bout da chocolate.. Unfortunately, x blh amik gambar masa tour seluluh kilang pastu..:(


Ya..ya..it's me in purple... getting bigger.. malu..malu.. wahahahah..
Bertolak balik ke sekolah dekat2 jam 5. Murid2 kepenatan... begitu juga cikgu2nya...wahahha.. but anyways, samgat berbaloi...:)
Kepenatan tahap gaban... siannn...
End of story guys... bye...