Followers

Thursday 19 May 2011

FA's Blog Is Under Construction



Hehehheh..tajuk bukan main lagi..
Macam la besar2an construction yang FA mau buat kan hhehehe..
Actually, FA saja mau make up sikit blog baru ni...
Maklum banyak widgets yang lost masa kena hacked ari tu.
But bukan pindah rumah baru k...

Im so thankful entries lama masih boleh diselamatkan.
Thanks to PuanBee for helping me import followers n entries dari blog lama.
You rocks sis...hehehhe

Untuk makluman

Wednesday 18 May 2011

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Hi guys.. FA baru balik dari sekolah ni...
Checked my new blog...
Not much of a difference berbanding semalam.
Ada projek dengan PuanBee actually but in vain juga ...

Korang mesti da tau kan blog FA da kena hack..
[Selalu sangat sebut perkataan hack ni sampai mau muntah bila dengar la]
Macam satu sense of relief apabila FA dapat tau boleh recover the followers semalam.

Tuesday 17 May 2011

My Previous Blog Had Been Hacked

I was so furious..and actually still am. 
Wonder what did they see on my blog that pissed them off so much to the point that they attacked me like this. Missed my blog so much... 
I had sacrificed lots of my time on this particular blog and this was the end?
My blog gone.
I just can't believe it. 
Frankly speaking, i refused to believe that my blog is gone...

Sedihnya....
Why I missed my blog?
Reminder: 
Images are taken from AnnieMing's Blog Review about my previous blog.

1.
My followers

Sunday 15 May 2011

Senang-senang Saja Penggal Kepala Orang

Bila duduk terperuk di tempat yang sama masa tu la kita jadi macam katak bawah tempurung kan...
Nasib baik ada internet boleh la juga tahu news di negara2 lain di dunia ni...
Actually FA mau share this particular news with you guys ni..
Semalam baca berita ni but x sempat postkan...
Today ada perkembangan terbaru so FA mau share juga la....

Kepala siapa yang kena penggal?
Seorang nenek Jennifer Mills-Westley menjadi mangsa bunuh oleh seorang lelaki x berumah pada hari Jumat lalu.
Tragedy: Mother-of-two Jennifer Mills-Westley who was decapitated in the Tenerife supermarket
Jennifer Mills-Westley
X cukup dengan menikam leher mangsa sebanyak 14 kali, kepala pula dipenggal.
Actually kan lelaki ni memang da ada rekod sakit mental and baru keluar.
So i think memang penyakit datang balik la tu...

Tapi kesian nenak tu kan...
Bila tengok gambar mendiang yang sentiasa tersenyum...rasa sedih la pula.
Jom layan gambar jap k..

Family album: Mrs Mills-Westley with her daughter Sarah on her wedding day
Jennifer pada hari perkahwinan anaknya, Sarah
Celebration: Mrs Mills-Westley smiles as she poses for family photographs at the wedding
Gambar keluarga. Jennifer memakai topi

Maklumat terbaru, sebelum dibunuh Jennifer perasan ada lelaki sedang mengekorinya lalu meminta perlindungan daripada seorang sekuriti di sebuah resort. Jeniffer kemudiannya keluar daripada pejabat di mana dia berlindung selepas sekuriti tu mengesahkan bahawa lelaki yang mengekori tu da xda.

Walaubagaimana pun, lelaki tu rupanya tengah bersembunyi dan terus mengekori Jennifer sehingga ke sebuah kedai Cina barang murah berdekatan di mana lelaki tu menikam Jennifer dengan menggunakan pisau pemotong sayur yang ada di kedai tersebut.

Gambar di bawah....
This is the shop where the British woman was decapitated on Friday. Yesterday it had opened its doors again
Kedai di mana Jennifer ditikam dan dipenggal kepalanya.
Business as usual: The shop where a British woman was stabbed to death and beheaded was trading again yesterday less than 24 hours after the killing
Kedai ni da mula beroperasi semula hari ni.. cepatnya...
Murder scene: The shop was described as a 'cheap' store. It had been claimed that the murder weapon the knifeman used could have come from the shop
Kedai barangan murah
Pembunuh tersebut akhirnya berjaya diberkas...
Horror: The man lies on the ground after being tackled by security guards as he ran down the street

The Bulgarian is apprehended by police after Ms Mills-Westley's killing

Badan Jennifer diusung keluar..
Kepalanya ditutup dengan kain dengan masyarakat sekita berkumpul untuk menyaksikan kejadian yang berlaku.

Gruesome: The victim's body is carried away on a stretcher from the shop where she was decapitated. Police arrived on the scene and sealed off the area

Haunting: The victim's head lies on the ground covered only by a sheet as stunned crowds held back by police tape look on

p/s;
RIP to the deceased....

Kereta Terjunam Dalam Sungai

Malang x berbau kan...
Macam-macam kemalangan yang berlaku sejak akhir-akhir ni...

Baca berita ni selanjutnya...
Details esok..
ALOR GAJAH 15 Mei – Dua sahabat maut manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh penghadang jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai di Lebuh AMJ, berhampiran Sungai Petai hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.35 pagi itu, P. Siva Kumar, 46, dari Taman Pengkalan Indah dan R. Raman, 23, dari Jalan Jasin, Selandar maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Seorang lagi rakan mereka, dipercayai pemandu kereta jenis Proton Iswara berkenaan, C. Velu, 21, dari Taman Pengkalan Indah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka. – Utusan

p/s:
Do take care of yourself guys..especially siapa2 yang driving...

Jenayah Sebuah Keluarga: Apa Mau Jadi Malaysia Ni..

Terkejut dengan berita ni...
Seorang bapa mempertaruhkan masa depan anak2 lelaki dengan menyamun bersama2.
Bila difikirkan balik macam x logik pun ada...
Terbayang nasib anak2 lelakinya bila da besar nanti...
Bakal2 penyangak negara?
Hish..minta dijauhkan...

Baca selanjutnya k...
Ni boleh jadi berita tergempar bagi negara Malaysia yang jarang2 berlaku perkara sebegini...
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu teksi dan semua enam anggota keluarganya ditahan polis berhubung kes tetak, membawa senjata berbahaya di tempat awam dan merompak stesen minyak di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob, berkata tujuh sekeluarga itu ditahan polis pada kira-kira 2.05 petang di Taman Pelangi selepas berjaya dipujuk oleh polis supaya menyerah diri.

Katanya, insiden bermula dengan kejadian seorang lelaki berusia 25 tahun ditetak di kepala dengan sebilah pedang oleh bapa saudaranya yang berusia 49 tahun di rumah bapa saudaranya di Bandar Baru Permas Jaya pada 9 malam kelmarin.

"Mangsa yang menerima empat jahitan membuat laporan polis pada 12.05 tengah hari semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bertindak atas laporan itu, polis telah pergi ke rumah suspek namun mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu teksi telah membawa isterinya yang berusia 37 tahun, bayi perempuan 16 bulan serta empat anak lelaki masing-masing berusia lapan, 12, 14 dan 15 tahun menaiki teksi menghala ke Bandar Baru Permas Jaya.

Katanya, kereta peronda polis yang mengekori teksi itu melihat suspek dan anggota keluarganya melibas-libaskan beberapa bilah pedang melalui tingkap yang terbuka.

Beliau berkata, teksi itu kemudiannya berhenti di sebuah stesen minyak di mana suspek dan dua anaknya yang bersenjatakan pedang telah masuk ke stesen itu dan menyamun empat bungkus rokok dan coklat manakala anak lelaki suspek yang berusia lapan tahun berjaga di luar kedai dengan bersenjatakan sebilah parang.
"Polis cuba memujuk keluarga tersebut untuk menyerah diri agar tiada siapa dicederakan namun tidak diendahkan malah cuba menyerang polis sebelum teksi itu beredar," katanya.

Namun kenderaan mereka berjaya dihentikan oleh polis di Jalan Pasir Pelangi, Taman Pelangi sebelum mereka ditenangkan dan berjaya dipujuk untuk menyerah diri.

Zainuddin berkata, polis merampas enam bilah pedang, sebilah pisau sayur dan sebatang cotar daripada keluarga tersebut.

Katanya, siasatan mendapati pemandu teksi dan dua anak lelakinya itu merompak barang makanan, minuman dan lima bungkus rokok dari stesen minyak sama pada 1.30 petang kelmarin.

Semua suspek yang tidak mempunyai kes jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan Seksyen 324 kanun yang sama kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebat.

Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 353 kanun yang sama kerana menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan kewajipan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda; Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda; serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam yang membawa hukuman penjara dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

p/s:
Bukankah institusi kekeluargaan yang utuh dan sihat bakal melahirkan generasi yang bernilai tinggi...
Masih terkejut dengan berita ni la...

Wanita Ditahan Kes Serangan Asid

Asid sana sini...
Seram juga la bila baca pasal benda ni di news..
Perkembangan terbaru..
Seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan serangan asid yang terbaru.
Wanita ini dipercayai adalah bekas teman wanita Mohd Hanif Sunai@ Shuib, 24 tahun yang disimbah dengan asid semasa membuka pintu rumahnya.
Hanif disimbah asid akibat cemburu?
Gambar kecil menunjukkan Hanif sebelum disimbah asid.
Actually wanita ni datang sendiri menyerah diri di Balai Polis Kangar pada jam 1 pagi tadi.

Cerita selanjutnya.
KANGAR 15 Mei - Polis menahan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes serangan asid ke atas seorang pemandu lori di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan awal hari ini selepas dia menyerah diri di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1 pagi.

Polis menahan reman wanita tersebut yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Dalam kejadian itu, Muhamd Hanif Sunai @ Shuaib, 24, cedera parah dan melecur 50 peratus pada muka dan badannya selepas dikatakan disimbah asid di rumahnya.

Mangsa dikatakan diserang dengan asid sebaik sahaja membuka pintu rumahnya kira-kira pukul 1 pagi setelah mendengar ketukan di pintu rumahnya.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - Bernama

p/s:
Sampai hati buat nasib orang merana seumur hidup....ish...

Saturday 14 May 2011

Kisah Asid Lagi: Kali Ini Dibenarkan

Haaa.. post pertama selepas kembali.
So macamana..terkejut dengan tajuk entri FA?
You should be.. sebab FA bila baca ni pun terkejut juga.
Si pelaku menyatakan bahawa bukan sebab balas dendam bila dia meminta untuk menggunakan asid sebagai hukuman kepada seorang lelaki.
But FA rasa memang pasal balas dendam la... sudah terang lagi bersuluh...
Atau sekadar mengikut law Iran yang pada dasarnya menyokong revolusi 
"...an eye for an eye, a tooth for a tooth.."?
Itu masing2 punya pendapat la kan...

Painful evidence: Ameneh Bahrami's clothing and shoes destroyed by acid are kept by her family in their Tehran apartment
Gambar pakaian dan ksut Ameneh yang disimbah asid
Kisah si gadis bernama Ameneh Bahramiy berlaku pada tahun 2004.

Lelaki bernama Majid Mohavedi merayu supaya gadis malang ni mengahwininya namun ditolak.
Twisted: Majid Movahedi had stalked her and threw the acid in her face when she refused to marry him
Majid Mohavedi
Kerana x puas hati Majid telah menyimbah Ameneh dengan asid semasa berada di sebuah perhentian bas.
Rupa-rupanya Majid telah memerhatikan gerak-geri dan rutin harian Ameneh beberapa bulan sebelum kejadian.

Revenge: Ameneh Bahrami was left with horrific scars after Majid Movahedi threw sulphuric acid in her eyes after he had begged her in vain to marry him
Ameneh memegang gambar beliau sebelum disimbah asid
Pada asalnya makamah setuju memberikan sejumlah  £19 000 wang kepada Amaneh dan Majid dipenjarakan. Namun Ameneh x mau menerima wang tersebut. Sebaliknya Ameneh menginginkan supaya penyerangnya menerima nasib yang sama seperti dirinya. Makamah kemudiannya setuju dengan usul hukuman menyuntik mata Majid dengan 20 titis asid setiap satu mata.

Walau bagaimanapun, hukuman itu telah ditunda hari ini.

p/s:
Apakah kesudahan perkara ini?
Ameneh tetap dengan pendiriannya walaupun telah menerima ugutan bunuh dari orang yang x dikenali.
Guys..what do you think?


Fantastic Ajane Akan Membalas Dendam

Halooooooo....
It's some kind of relief to be able to open my blog again after few days of dormant.
Apa khabar guys? Sihat?
Im okey now.. and Im ready to blast...
FA akan membalas dendam!!!!

Sengsara ooo beberapa hari x boleh buka internet langsung.
First 2 days memang x larat, even took  2 day MC.
Pas tu FA macam kena grounded pula by my husband... x boleh surf the internet kalau x sihat sepenuhnya....
Korang tau apa perasaan FA?
Tensionnnnn.....

Actually this morning FA curi2 juga buka blog[Pssstttt..Jangan bagi tau my hubby..]
No intention of x mau obey hubby punya cakap ba but hati ni terasa macam digaru2..really want to know the performance of my blog, plus rinduuu sama kawan2 here.

Tup..tup.. x boleh buka pula... I dont know the reason but FA rasa blogger tengah buat maintenance?
Was I right guys?
Nah..padan muka si FA..Ketulahan..tu la x mau dengar cakap hubby..
Sia2 ja buka blog....

Well, apa2 pun thank you to all yang kept on visiting me, dropping messages on my shoutbox, comments on my entries.... Kamu tau ka yang sa sangat beruntung kenal kamu?[Slang Sabah... my fellow semenanjung frens faham x?]

p/s:
You guys are awesome...you know that.. yes YOU!!! 
*HUGS*