Followers

Tuesday 19 April 2011

Pengeluaran KWSP Kini Mudah

Berita baik bagi anda yang berumur 50 dan 55, mempunyai simpanan KWSP lebih 1 juta dan  ingin membuat pengeluaran!!!

Anda x perlu lagi mengisi borang dan menyertakan salinan kad pengenalan dan akaun bank yang disahkan seperti mana yang dibuat sekarang. Namun, anda perlu membawa bersama kad pengenalan dan buku bank ke kaunter semasa proses permohonanKelulusan permohonan pula akan diperolehi serta-merta setelah identiti ahli dan kelayakan pengeluaran disahkan.
Wah mudah bukan...
Baca seterusnya...
KUALA LUMPUR 18 April — Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memohon pengeluaran umur 50, 55 tahun dan simpanan melebihi RM1 juta dengan lebih mudah.


Penambahbaikan yang baru diperkenalkan itu membolehkan ahli memohon pengeluaran berkenaan dengan mudah tanpa perlu mengisi borang, menyertakan salinan kad pengenalan dan buku akaun bank.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol dalam kenyataan hari ini berkata inisiatif pengeluaran mudah itu dilaksanakan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran bagi tiga kumpulan itu.

Katanya dengan inisiatif baru itu, ahli yang ingin membuat pengeluaran tersebut hanya perlu membawa bersama kad pengenalan dan buku akaun ke mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP.

Katanya perkhidmatan itu khusus untuk pemegang MyKad sahaja dan kelulusan boleh dibuat serta merta setelah identiti ahli dan kelayakan pengeluaran disahkan. — Bernama

p/s:
[Entri ni lambat publish..sorry]
FA ada akaun KWSP walaupun memilih taraf berpencen..
X tau lagi bila mau keluarkan duit dalam tu...
Ok atau x kalau kita just biarkan dalam tu aaa..?

1 comments:

thomas said... [Reply]

lagi cepatlah duit habis.