Followers

Sunday 10 April 2011

Lagi 16 Disiasat Polis

Hi semua..ingat x entri FA pasal kematian allahyarham Ahmad Sarbani tu? Hari ni akhbar menyatakan 16 orang lagi disiasat polis. Puas hati dengan perkembangan kes ni so far...



Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, namun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.
Beliau dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu semalam untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.
Beng Hock pula ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan di bangunan itu.
Walaupun hati FA masih penuh tanda tanya namaun kena la tunggu keputusan sisatan. Condolence to the family of late Ahmad Sarbani.
Sila baca news seterusnya k...

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sudah memanggil 16 individu termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan ahli keluarga Penolong Pengarah KDRM Selangor, Ahmad Sarbani yang ditemui mati di bangunan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane, Rabu lalu, bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, beliau juga sudah bertemu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi membincangkan kes berkenaan kelmarin, dan memberi jaminan siasatan kes itu akan dilakukan segera sebelum kertas siasatan disiapkan untuk diserahkan kepada Peguam Negara.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil CCTV dari bangunan SPRM itu untuk dianalisis dan menjalankan siasatan lanjut.

“Kini kita sedang menjalankan siasatan lanjut berdasarkan rakaman CCTV di lokasi kejadian serta laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa. Sehubungan itu kita meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada wujud CCTV di dalam bilik pantri, tempat mangsa kali terakhir didakwa berada, sebelum dia ditemui mati di gelanggang badminton di tingkatan satu, sekitar jam 10.15 minit pagi.

“Biarlah kami menjalankan siasatan lanjut terlebih dulu dan kami tidak mahu siasatan kes ini dijalankan oleh pihak media sehingga pelbagai spekulasi timbul,” katanya.
Zulkifli ditemui selepas menghadiri Majlis Dialog Pencegahan Jenayah antara Polis Kuala Lumpur dan Penduduk Daerah Sentul di Wangsa Maju, ibu negara, tengah hari semalam.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan dan penduduk sekitar Wangsa Maju.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis akan mengambil tindakan terhadap pengarang dan wartawan online akhbar berbahasa Cina, China Press Bhd, yang didakwa mengeluarkan artikel sehingga boleh menakutkan orang ramai.

Dalam laman berkenaan, China Press mendakwa hampir 2,000 orang dilaporkan terbunuh selepas mengalami tekanan ekoran disiasat SPRM sejak 10 tahun lalu.

“Kita akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memanggil mereka (China Press) Isnin ini dan siasat dari mana dan bagaimana mereka boleh mendapatkan fakta yang tidak benar ini,” katanya.

Chin Wah berkata, SPRM sudah membuat laporan polis terhadap dakwaan akhbar berkenaan kelmarin.

p/s:
Ish ish... lepas satu..satu isu pula.
Apa pun kita nantikan keputusan kes ni k...

0 comments: