Followers

Tuesday 26 April 2011

10 Jari Manusia Ditemui Berhampiran Stesen Kuang

Hah..10 jari manusia?
Lengkap la dua2 tangan kan... ish biar betul ni..
Jari manusia tuuu... bukannya jari kucing ka, atau jari arnab ka.
FA terasa pula yang manusia ni makin x bernilai di mata beberapa individu special ni.
FA masih dub dab ni... berita yang mengejutkan..
Stesen Kuang
Sila baca selanjutnya k... Esok ada la tu di dada akhbar. [Posting at 2.47 am ni..hhehhe]
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah, berkata turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut.
"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," katanya.

Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang 24 jam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

p/s:
Hati2 selalu k folks..:)

18 comments:

mariatul_m0hamadiah said... [Reply]

waaa.. macam2 hal sekarang. takut!

beaty said... [Reply]

bikin takut ni kalau ada nampak jari jemari...

echaRierie said... [Reply]

waaa..kin takut owh..
mcm2 bha urg skg ni..
adehh ;)

fisa othman said... [Reply]

uiksss biar betul...macam2 kes la sekarang ni kan...

lieya_idlia2307 said... [Reply]

adehhh..ingat potong2 jari tu best ker..huh FA mang org2 macam nie tak der tamadun kot..tak pernah nak insaf

Hati Batu said... [Reply]

huhu kalau macam ni nak keluar rumah pun takut..huhuhu

Teratakindah said... [Reply]

uishhh jari??? wow seram

Ct Arina said... [Reply]

ish ishhhh mesti keje along ni! ngeee

Fantastic Ajane said... [Reply]

@beaty: nasib juga bukan kita yg jumpa kna..sa ras ada org lari lintang pukang tu..heheh

Fantastic Ajane said... [Reply]

@ maria_m0hamadiah: betul la maria...rasa da x selamat..hehhe

Fantastic Ajane said... [Reply]

@fisa: betul fisa.. betul2... harap x makin teruk kan..

Fantastic Ajane said... [Reply]

@echaRierie: ya ba.. macam ramai pula yang mantel disorder.. cmna blh ada perasaan buat tu kn..

Fantastic Ajane said... [Reply]

@Hati Batu: ha ah hati batu... mana2 pun ada kes..

Fantastic Ajane said... [Reply]

@lieya: hi lieya.. FA pun rasa macam tu.. makin maju makin x guna pandai otak...pray for them ja la..

Fantastic Ajane said... [Reply]

@ct Arina: ada kemungkinan juga arina.. durg kan berani..

Fantastic Ajane said... [Reply]

@TeratakIndah: ya la.. seram kan.. mesti yang jumpa ni masih terbayang2...

Arms said... [Reply]

Macam-macam o dunia sekarang... suda la bencana alam menjadi-jadi, urang pun semakin meenjaadey-jaaadey. Bikin panas! :P

Ellen said... [Reply]

geli + takut sa nampak tu jari..tapi cam kena tau sudah milik siapa tu kan...dui na...