Followers

Monday 11 April 2011

Helikopter Timbalan Perdana Menteri Terhempas?

Balik dari Bengkel Science Lesson Study tadi FA pun buka web Utusan Malaysia. Rutin biasa la baca berita terbaru di laman tu. Mata tertumpu pada tajuk ni Helikopter Terhempas Di Dataran Sibu. Dalam fikiran FA, ada lagi helikopter terhempas? Klik and baca sepintas lalu....Tiba-tiba.. Hahhh.. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin? Tu bos FA tu... dengan penuh curiosity FA pun baca lagi. Kali ni sangat berhati2. Setiap patah perkataan langsung x miss.... Sila baca di bawah ya kawan2....
SIBU 11 April - Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang hari ini selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.

Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100 meter dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas,” kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.

"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat,” kata Hafiz. - Bernama

Fuhhh..legaaa... Rupanya FA tersalah baca. Helikopter yang membawa pembantu khas TPM kita baru betul...Glad that they are safe.

p/s;
Pengajaran: Baca biar betul...jangan sekali lalu sebagai syarat ja.
Satu apa pun x dapat...[Satu peringatan kepada diri sendiri]
Insaf....

1 comments:

echaRierie said... [Reply]

haizz..
sa pn tekejut jua baca 1st tu..
sekali baca lain org dah..ehehe..