Followers

Friday 8 April 2011

Kematian Pegawai Kastam: Enam Beri Keterangan


Terkejut  dengan berita dalam radio on the way ke sekolah hari ni. Apa mau jadi dunia ni, makin menjadi2... Balik rumah terus surf tentang the news. 

KUALA LUMPUR –Polis telah mengambil keterangan enam orang setakat ini dalam siasatan kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka yang diambil keterangan termasuk dua pegawai SPRM yang digantung kerja berhubung kes tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini beliau berkata polis juga telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan itu untuk dianalisa.

Mengenai bedah siasat atas jenazah pegawai kastam berkenaan, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, beliau berkata bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada jenazah Allahyarham konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

"Kini ujian makmal sedang dilakukan dan keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu,” katanya.

Kelmarin, mayat Ahmad Sarbani ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala.

Sebelum itu beliau datang ke pejabat SPRM itu pada kira-kira 8.30 pagi kerana hendak berjumpa pegawai penyiasat. - Bernama


Sila lihat kronologi
aktiviti allayarham sebelum ditemui mati. Ada bau2 seperti kes homosid x? 


Hurmm... another case like Teoh Beng Hock? Kita nantikan jawapannya k....

Credit to Kosmo for the news.

3 comments:

Cik Su Life Cycle said... [Reply]

misteri betul kematian dia nie

Cik Su Life Cycle said... [Reply]

nak vote cik su kena ade akaun facebook dan log in kat facebook dulu ok.. hehe..

Fantastic Ajane said... [Reply]

@Cik Su Life Cycle: mmg misteri..:) da vote da k..:)