Followers

Tuesday 12 April 2011

Kematian Sarbani: 40 Lagi Disiasat

Oh ok..ada perkembangan.. FA tunggu juga berita hari ni tapi xda..So, perkembangan siasatan terhadap pegawai kastam Ahmad Sarbani terlihat agak perlahan. Makin lama makin ramai pula yang disoal siasat. Apa2 pun kita mengharapkan yang terbaik.... X mau lagi jalan buntu... 
Kan bagus kalau mcm CSI dalam Astro tu...Hehheheh... 
Layan ok..
KUALA LUMPUR 12 April – Polis telah mengambil keterangan 40 individu bagi membantu siasatan berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya sehingga kini masih menjalankan siasatan di bawah kes mati mengejut.

“Sehubungan itu orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan.

“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini, mereka diharap menyalurkannya terus kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini malam ini. - Utusan

p/s:
Puji komitmen yang ditunjukkan oleh pihak yang berkenaan... 
Jia You..Jia You...

0 comments: