Followers

Sunday, 15 May 2011

Wanita Ditahan Kes Serangan Asid

Asid sana sini...
Seram juga la bila baca pasal benda ni di news..
Perkembangan terbaru..
Seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan serangan asid yang terbaru.
Wanita ini dipercayai adalah bekas teman wanita Mohd Hanif Sunai@ Shuib, 24 tahun yang disimbah dengan asid semasa membuka pintu rumahnya.
Hanif disimbah asid akibat cemburu?
Gambar kecil menunjukkan Hanif sebelum disimbah asid.
Actually wanita ni datang sendiri menyerah diri di Balai Polis Kangar pada jam 1 pagi tadi.

Cerita selanjutnya.
KANGAR 15 Mei - Polis menahan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes serangan asid ke atas seorang pemandu lori di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan awal hari ini selepas dia menyerah diri di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1 pagi.

Polis menahan reman wanita tersebut yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Dalam kejadian itu, Muhamd Hanif Sunai @ Shuaib, 24, cedera parah dan melecur 50 peratus pada muka dan badannya selepas dikatakan disimbah asid di rumahnya.

Mangsa dikatakan diserang dengan asid sebaik sahaja membuka pintu rumahnya kira-kira pukul 1 pagi setelah mendengar ketukan di pintu rumahnya.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - Bernama

p/s:
Sampai hati buat nasib orang merana seumur hidup....ish...

1 comments:

uLan said... [Reply]

tu laaa tindakan tidak fikirkan natijahnya.... menyesal pula akhirnya....