Followers

Sunday, 8 May 2011

Ibu Disimbah Asid Sehari Sebelum Hari Ibu

Hi semua...
FA baru online ni.
Seharian tidur..X basuh muka pun lagi hehhehe...
Esok kerja la.. Macamana tu....
Hmmm... bnyk betul kejadian simbah menyimbah asid ni kan..
Paling terbaru ibu disimbah asid di Persiaran Titiwangsa semalam.
Sehari sebelum hari ibu...
Adeh..anak perempuannya yang berumur setahun juga mengalami nasib yang sama.

Baca lagi...
KUALA LUMPUR 8 Mei – Seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun menjadi mangsa terbaru kes perbuatan khianat apabila cedera di muka akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid di Persiaran Titiwangsa di sini semalam.

Mangsa yang berusia 30 tahun dan merupakan kakitangan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

Ini merupakan kejadian ketiga berlaku di ibu negara. Kelmarin, seorang wanita dan seorang gadis berusia lingkungan 20-an turut menerima nasib sama setelah disimbah cecair itu di muka ketika masing-masing sedang berjalan kaki di luar sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra dan di Jalan Pudu Ulu. – Utusan

p/s:
Kesian dengan ahli keluarga mangsa yang terpaksa menyambut Hari Ibu di hospital.

4 comments:

Bulan said... [Reply]

bahay tol.main simbah2 asid tnpa sebab nie.

Ellen said... [Reply]

sekarang mereka aim perempuan melayu plak kan sis..adoii

nc said... [Reply]

kacang lupa kn kulit punya org betul2 o kn.. very2 sad.

ieda said... [Reply]

aduh sedihnya ... kenapa jadi mcm nie ?? huhuh
dunia dah teruk skrg nie .. pemikiran org dah semakin teruk !!!