Followers

Friday, 5 November 2010

Lupakan Kisah Semalam

Pagi tadi aku bangun agak lewat. Sengaja. Mungkin itu perkataan yang sesuai. Semalam aku tidur dengan perasaan tak menentu. Lewat, itu sudah pasti... Aku sangka pagi ini semuanya akan kembali seperti sedia kala. Tidak. Jauh meleset. Aku bangun hanya untuk merasakan kelukaan yang lebih mendalam.

Hari ini hari Pesta Cahaya. Hari bergemerlapan dan bergembira. Tapi sayang, ia tidak sedikitpun menggambarkan apa yang kurasakan sekarang. Jiwaku lebih terarah kepada bunyi letupan mercun yang saling bersahutan. Sakit dan perit... Amat membingitkan telinga...
Lumrah alam agaknya..setelah sekian lama
bergembira dan berbalas tawa, aku diduga pula dengan kepedihan sebegini...

Akukah yang bersalah? Mungkin juga...siapa yang tau. Aku sendiri tidak pasti. Segalanya terlalu pantas berlaku. Sebelum aku sempat menyedarinya, berjela-jela ayat sudahpun keluar dari mulutku. Detik ini, perasaan menyesal giat berlegar-legar di ruang fikiranku. Benar kata orang... jika marah lebih baik diam. Telah berkali-kali aku diberitahu, dan sudah lama juga aku mempersiapkan diri. Namun siapa sangka, kadang-kadang ada perkara yang berlaku tidak seperti apa yang kita inginkan. Hasilnya, aku gagal. Semalam, aku tidak diam bila aku marah. Alangkah bodohnya tindakanku.

Aku tidak ingin membuang masa memikirkan jika aku boleh mengundurkan masa kerana hakikatnya aku sendiri tahu...itu mustahil. Aku hanya mampu berharap.. kisah semalam biarlah menjadi satu titik hitam yang bakal hilang dimamah waktu. Tiada yang boleh aku banggakan dengan tindakan seperti itu. Pengalaman ini akan kujadikan sebagai satu pedoman untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.... Biarlah.. Biarlah segalanya berlalu...

Schedule hari ini:
Kemas rumah. Checked.
Mop lantai. Checked.
Basuh baju. Checked.
Sapu halaman rumah. Checked.
Bersihkan mini zoo. Checked.

Sememangnya aku sangat rajin bila hati sedang gundah...

22 comments:

L.O.V.E hUnTeR said... [Reply]

marah itu kewl! hahaha b strong bebeh..:)

Fantastic Ajane said... [Reply]

@lovehunter: tq my dear... still trying to cope ni skg...:)

na einazwa said... [Reply]

Slm..
Sm la jiwaku jua x tenteram dikala ini..huhuhu...

siti nur kaxzmilah said... [Reply]

alalala~ napa neh? sbr ya~ ^_^

Fantastic Ajane said... [Reply]

@na einazwa: x best kan bila jiwa x tenteram.. mo buat pa pun x mood... hiss... sabar ja kita aaa...

Fantastic Ajane said... [Reply]

@siti nur kaxzmilah: smlm hilang sabar.. marah gila... nw nyesal sbb bnyk ckp. neway tq for ur concern k...:)

CIK TOM said... [Reply]

FA..ciktom dah buat tutor tue kalau nak tgk kat sini ye;

http://tomatogurlslife.blogspot.com/2010/11/tutorial-masukkan-coding-dalam-entry.html

alexa yussida said... [Reply]

nape ni FA?
papepon jaga kesihatan n be strong ye..cari alternaltif terbaik utk selesaikan masalah:)

ghost writer said... [Reply]

Dont Give Up...

Fantastic Ajane said... [Reply]

@cik tom: tq so much... FA akan dtg godek kat blog cik tom ye..thanks a lot..:)

Fantastic Ajane said... [Reply]

@si biskut: hi kwn baru:) tq 4 ur support k.. appreciated..

Fantastic Ajane said... [Reply]

@alexa: tq dear... smlm FA hilang sabar la.. but nw is tryin to cope la..tq 4 ur support.. sgt terharu ni..

CETUSAN SEIKHLAS RASA said... [Reply]

Kemarahan itu adalah perkara yang sukar dielakkan.. datangnya tanpa salam dan bila pergi... penyesalan akan berkunjung pula. Belajar memaafkan diri sendiri... kemudian susur kesilapan dan cuba memperbaikinya dan yang paling penting.... belajar utk memaafkan..

Ellen said... [Reply]

hai sis, napa ni....sabar ya..semua yang terjadi pasti ada hikmah dia.,.kdg2 pengajaran bagi kita ni....take care ya.

Abu Luqman said... [Reply]

salam singgah malam...c box tak keluar.

Abu Luqman said... [Reply]

salam singgah malam...c box tak keluar.

Wanzi said... [Reply]

semoga apa ynag berlaku semalam menjadi pengajaran untuk hari akan datang.... tabah menghadapi segala cabaran.......

Fantastic Ajane said... [Reply]

@Fuziani: TQ dear... sangat membuka pintu hati sa ooo..makasih..:)

Fantastic Ajane said... [Reply]

@Abu Luqman: hi... heheheh dah ada kan? Singgah selalu k...:)

Fantastic Ajane said... [Reply]

@Elleh: ada hal sikit smlm sis... hehehe but now ok odi..:) tq 4 ur concern k..:)GBU

Fantastic Ajane said... [Reply]

@wanzi: tq wanzi..FA ingat sampai bila2 heheh ari ni da ok da..:)

ultra said... [Reply]

cepat marah maka cepat tua.. sekian.