Followers

Monday, 1 November 2010

Di Sebalik Nama-nama Syarikat Yang Famous

Masa tengah menggoogle something tadi, terdetik di hati FA dari mana datangnya nama Google ni.. then terfikir pula Yahoo..then Apple...then Coca-Cola.... then Pepsi then banyak lagi la. So, entri yang seterusnya ni FA ingin kongsi dari mana datangnya idea untuk nama-nama syarikat yang terkenal dan famous ni....

 

Enjin Carian paling popular ini pada asalnya dikenali sebagai 'BackRub' dan ditubuhkan pada tahun 1995. Walau bagaimanapun, pengasasnya Larry Page dan Sergey Brin inginkan satu nama yang mencerminkan tujuan penubuhan syarikat mereka. Nama Google diambil dari perkataan 'googol'. Satu terma Matematik
iaitu nombor satu (1) diikuti oleh seratus kosong (0), yang secara tersiratnya menyatakan bahawa pengguna boleh mendapatkan 'googol' hit dengan satu carian. Google digunakan sehingga sekarang.

FA kata:
googol = ???
FA tidak dapat membayangkan Enjin Carian BackRub... Im so glad taiko-taiko ni tukarkan nama kan...

Jerry Yang, menyatakan bahawa YAHOO sebenarnya adalah singkatan bagi 'yet another hierarchical officious oracle'
Yang memulakan syarikatnya bersama rakan seuniversiti, David Filo pada tahun 1994. Mereka merujuk diri mereka sebagai 'yahoos' bermaksud insan low profile yang berperawakan repulsive. Nama ni sangat sesuai dengan maksud yahoo itu sendiri iaitu menggambarkan kegembiraan seseorang individu. Lihat sahaja iklan komersilnya yang berakhir dengan nyanyian 'Yahoo-oo'.

FA kata:
Wasn't the colour supposed to be in purple instead of red??... Erkkk... FA yang bingung???

Apple Inc. mendapat nama dari seorang yang suka makan buah iaitu CEOnya Steve Jobs. Kata beliau, pada masa itu beliau sangat suka makan buah-buahan. Oleh kerana mereka telah lewat 3 bulan untuk menfailkan nama bagi business mereka, satu hari Jobs mengusik rakan-rakannya untuk menamakan syarikat sebagai Apple Computer kecuali jika mereka come up dengan nama lain yang lebih sesuai sehingga jam 5.00PM hari itu. Rasa-rasanya kita pun tau apa yang telah berlaku kan... none of them come up with some other suitable names. Tapi luckily Jobs betul-betul gunakan Apple Computer kan... sekarang dah famous...

FA kata:
Agak-agak kenapa gunakan apple arr??? Napa tak gunakan Honey Dew ke... atau Banana ke... 
I wonder apa nama yang akan digunakan jika Steve Jobs pada waktu itu adalah seorang vegetarian. Petola Inc.? Sawi Inc.? Eh... BM la pula...

Tahukah anda dari mana pula datangnya nama Coca-Cola ni?
Coca-Cola dicipta pada tahun 1885 oleh seorang ahli farmasi John Pemberton. Niat asalnya adalah untuk melegakan sakit kepala dan keletihan sahaja. Nama coca-cola diambil dari 3 jenis ramuan dalam minuman ini iaitu kokain (Coca), Kafein (Cola) dan air berkarbonat.
* Pada akhir 1800-an, kepercayaan bahawa air berkarbonat dan mineral mempunyai unsur penyembuh sangat terkenal.
Walau bagaimanapun, kokain dalam coca-cola telah diban pada tahun 1900-an. Nama Coca Cola dikekalkan dan pada masa kini  ia menjadi syarikat berprestij dengan lebih 3300 hasil minuman.

FA kata:
Waaaa... ada kokain rupanya Coca Cola dulu dulu kan... Nasib baik dah ban kalau tidak hancur la orang-orang kita...

   &   

Satu nama yang unik dan wujud dari satu kisah yang sangat menarik. Caleb Bradham, seorang ahli farmasi dan tauke kedai ubat telah mencipta Pepsi pada tahun 1898. Pada musim panas, Bradham cuba mencipta satu minuman yang boleh menyegarkan para pelanggannya. Maka, terciptalah Pepsi yang menggunakan air berkarbonat, minyak gula, vanila, pepsin dan ekstrak kacang koala sebagai ramuannya.
Pepsi sangat terkenal sehingga orang mengenalinya sebagai Minuman Brad. Dari situ Bradham melihat peluang business yang baik dan membeli satu nama syarikat pesaing di Newak New Jersey yang pada masa itu telah jatuh bankrap, Pep Cola. Harganya cuma $100 sahaja. Beliau kemudiannya mendaftarkan syarikatnya di bawah nama Pepsi-Cola pada tahun 1903.
Pada masa itu, Bradham membuat sendiri minuman pepsi sama seperti kita membuat teh ais pada hari ini. Satu hari, Bradham terfikir untuk membotolkan pepsi kerana ianya lebih mudah dan pelanggannya boleh meminum Pepsi di mana-mana. Jangkaannya menjadi dan businessnya semakin maju. Walau bagaimanapun, Pepsi-Cola jatuh bankrap pada 1923 setelah Bradham kalah dalam pertaruhan harga gula.
Pada tahun 1931, Loft Candy Company telah membeli Pepsi-Cola dan presidenLoft Candy telah menfomulasikan semula Pepsi-Cola dan menukar namanya kepada Pepsi. Maka bermulalah persaingan yang hebat dengan Coca-Cola.

FA kata:
Fuh... cerita panjang berjela. Memang menarik kan...
Guys mana satu ayat pilihan anda?
A: Saya sedang menikmati Minuman Brad sambil mengBackRub dengan menggunakan Sawi Computer saya.
B: Saya sedang menikmati Pepsi sambil mengGoogle dengan menggunakan Apple Computer saya.

Wahhahaha... Jawab.. jangan tidak jawab....
Cheers!!!!