Followers

Wednesday, 17 November 2010

SelamaT Ari Raya AidilAdha!!!!

Entri ringkas hari ni buat rakan-rakan bloggers yang beragama Islam.


Semoga bergembira hari ni k...Makan daging sedap2 jangan lupa FA ni... hikhikhik...

Sunday, 14 November 2010

Hari sukan SKBN 2010

Haloo semua..sihat? Entri ni sebenarnya da lama buat tapi asyik tertangguh so duk diam2 kat draft tu... Kebetulan ari ni ada masa sikit so ni mau siapkan apa yang patut la... Jangan boring pula k..:)

Sukan SKBN 2010 spt tahun2 sebelumnya, telah diadakan di Stadium Matsushita Shah Alam. Dekat ja dgn rumahku..Heheheh... Tahun ni saya jadi pengurus peserta pula. Memang penat alias letih.... Pa pun rumah hijau menang..Horreyyy!!!! Setiap tahun memang rumah sukanku akan menang.... Selalu berseloroh dgn budak2..Sebab ada Teacher Jane..kihkihkih..Tahun ni perbarisan rumah hijau bertemakan prajurit. Memang hebat siap dengan senapang bagai... Tidak sia-sia memegang senapang budak2 tu.. menang lagi... hihihi...

  

Hebat kan.. Rumah Hijau Juaraaa...

       
Rumah sukan yang lain pun apa kurangnya...Tapi tahun ni tda rezeki..Cuba lagi ok....

   
Ni pula perbarisan Unit-unit Beruniform...
   

Sekitar Stadium Matsushita, Shah Alam

 
Sebahagian sikgu SKBN yang sporting dan cute..hihihi
   
Lompat Si Katak lompat... Heheehhe..Xda la.. Ni sebahagian acara yang dibuat kat padang sekolah...

Sukan SKBN 2010 menutup tirai pada jam 2.30PM.
Tahniah kepada pemenang!!!

Menghilangku Tak Ke Mana...


Hi guys... apa khabar? Lama juga tidak update blog ni... Lama juga tidak BWing blog kawan2.. Minta maaf tau..bukan sengaja...sangat tidak mampu...Hujung tahun agaknya lumrah guru, memang sesangat busy..:) Ada la juga sikit-sikit perasaan mau nangis.... cobaannnn... Otak pula rasa mau hang je... 
Anyways, dalam minggu ni saja ada tiga functions yang memang sudah menjadi kewajiban di sekolah. Hari Kecemerlangan, Hari Kanak-kanak dan yang paling best sekali Hi-tea KSS. Tahu tidak KSS tu apa? Haaa.. cikgu cekgi mesti sudah tau kan... Dah jangan fikir benda2 lain..actually, stands for Kelab Staff dan Sokongan.
Tahun ni Hi-tea buat di Intekma Resort, UITM. Boleh tahan... hen bu cuo kata orang cina...
Buat ala kadar je sbb semua cikgu sesangat la busy. Faham..faham...

Dalam kesibukan minggu ni, saya and beberapa rakan sekolah sempat melawat Central Market bangunan biru tu.
central-market-kuala-lumpur

Tujuannya untuk menempah button badge buat murid2 kelas. Murah you, RM 1.30 per button. Pastu melaram sekitar CM tu... Saya and kawan2 suka seni n arts so, amik masa lama di bahagian lukisan n arts, sembang lama gila dengan pelukis terkenal Abdul Ghani Ahmad..Adore his work of arts...
Baru tau beliau minat orkid... Huhuhu.. saya pun.... Dalam hati nak sambung lukisan yang da lama terbengkalai.... but time constrain.. huh!


Ini cerita minggu last bersekolah pula, minggu depan la.... Isnin ada jamuan untuk Tahun 6. Did i ever mention that tahun ni sekolahku berjaya menaikkan peratus 5A UPSR? 18 murid semuanya... Dan peratus lulus Science 91.6% dengan 29 A... Sedikit? Yup memang sedikit... tapi kan korang tau tak, yang sedikit ni sudah kira sangat banyak di sekolahku yang selama ni mengidam sekurang2nya 14 murid 5A....so, tahniah buat semua muridku yang berjaya....  Langkawi buat cikgu2 Tahun 6?..Heheheh..we'll see... tak harap pun...:)

Status: 
Sedang menyiapkan sijil berhenti sekolah budak kelasku yang tercinta & dalam masa yang sama tengah pening menguruskan pinjaman buku teks bagi sekolahku.... Siapakah yang sudi membantu???