Followers

Monday, 1 November 2010

Permohonan Kemasukan Ke IPTA sesi 2011/2012

Hi semua... 
Tadi FA saja-saja menyibuk di laman web Kementerian Pengajian Tinggi. 
Rupanya permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2011/2012 Fasa 1 telah dibuka. 
Berikut adalah infonya:


1 November sehingga 30 November 2010 (Fasa 1): 

Pihak Sekolah Membeli No. Unik ID Di Kaunter BSN 

*secara pukal sahaja 

*menggunakan borang BPKP-32C

*Harga per ID: RM 15.60

*Proses pendaftaran maklumat permohonan Fasa 1 bermula pada 11.11.2010 sehingga 31.12.2010
     @ Sila layari http://upu.mohe.gov.my/ untuk maklumat lebih lanjut.

10 Januari 2011 sehingga 4 April 2011 (Fasa 2):

Pemohon Yang Berminat Boleh Membeli No. Unik ID Di Kaunter BSN, ATM & SMS Banking

*Kemukakan salinan IC 

*No. ID akan digunakan untuk permohonan Fasa 2 pada 10.01.2011

*Harga per ID: RM 15.60

Syarat-syarat dan kelayakan permohonan boleh didapati di [sini]

p/s:
Harap-harap adik FA ada rezeki masuk IPTA tahun ni...
Good Luck Guys!!!



Amaran: Untuk Kaum Perempuan

dan........untuk kaum lelaki yang bergelar suami, ayah, abang, adik lelaki atau yang sewaktu dengannya selagi mempunyai kaitan dengan kaum perempuan la.. Just nak share benda ni...mybe sebelum ni ada kengkawan yang da baca atau terima amaran ni. Walau bagaimanapun, FA nak juga share... sekadar mengingatkan k..:)



Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu dan mengisi minyak keta. 

Credit To Uncle Google Untuk Pic ni... Tangan Lelaki la... Wahahha..


Kisah ini betul2 terjadi kat Penang.
Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh?? Jangan perkara yang sama berulang kawan-kawan....



Baca ni ok:

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu ...lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

Sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis... perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia.. (FA dok fikir napa la tak lock terus keta dia kan... tak la lepas lari orang tu...)


Lagi cerita:
Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!

Kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..

Satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang. Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.


Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.


p/s:
 FA cuba mengingat semula perkara yang FA buat sebaik sahaja turun dari keta untuk mengisi minyak.... Setakat ni memang kunci keta sebelum buat apa-apa..... 
Guys..Be very careful ok... Anything can happen tau zaman sekarang ni...

Friday, 29 October 2010

Proton Inspira And Mitsubishi Lancer: What Say You?

FA mugkin agak lambat postkan mengenai Proton Inspira ni. Walau bagaimanapun, sebagai sokongan terhadap brand kereta Malaysia yang pertama ni, FA nak juga share... heheheh...

Soft launching memang lain dari yang lain. Hanya sebahagian parts sahaja yang direvealkan. Pun begitu, sehingga beberapa hari yang lalu, 1100 booking telah diterima dengan bayaran booking sebanyak RM1000.00. Betapa hebat kepercayaan masyarakat terhadap Proton kan.. Tahniah buat insan-insan terpilih yang berpeluang test drive kereta ni. Mesti berbangga sebab berada di antara orang pertama yang memandu Inspira kan... Proton Inspira will be in  three models: 1.8 liter manual(bermula dengan harga RM80 000), 1.8 liter CVT dan 2.0 liter CVT(harga RM95 000).


Proton Inspira

Proton Inspira
Proton Inspira

Proton Inspira ni dikatakan akan menggantikan Proton Waja yang kini berumur 10 tahun. Lagi fakta menarik, Inspira asalnya adalah model asas kereta Mitsubishi Lancer yang telah ditambahbaik... Inilah hasil kerjasama di antara OEM. So, siapa-siapa yang familiar dengan kereta Mitsubishi Lancer ni memang boleh tahu perbezaannya. Kepada mereka-mereka yang pernah bermimpi untuk memiliki Mitsubishi Lancer, inilah peluang anda untuk memilikinya dengan harga yang berpatutan...Plus bonus lagi..Heheheh... ye la dah dienhance tuuu... Banyak juga parts dan function yang ditambah... yang penting menjanjikan kelainan...:)
Bawah ni FA postkan gambar-gambar Mitsubishi Lancer dan beberapa partsnya...



Go Malaysia....Kita mengharapkan yang terbaik... More on the Proton Inspira here. Credit to paultan.org.

p/s:
DAh baca reviews mengenai Proton Inspira ni... pro kons ada. Bagi FA, different person has different perception... apapun sebelum membeli, ukur dulu baju di badan sendiri...
Cheers!!!!