Followers

Saturday, 6 November 2010

Bukannya Aku Sedih Tapi Terharu

Syukur.... Aku sangat gembira hari ini. Semuanya telah kembali seperti sedia kala. Tiada lagi pilu yang menusuk kalbu. Tiada lagi butir-butir jernih kesedihan yang mengalir menuruni pipi. Semuanya itu sudah berlalu. Semalam, seorang teman sempat menitip bicara:

  *Kemarahan itu adalah perkara yang sukar dielakkan.. datangnya tanpa salam dan bila pergi... penyesalan akan berkunjung pula. Belajar memaafkan diri sendiri... kemudian susur kesilapan dan cuba memperbaikinya dan yang paling penting.... belajar utk memaafkan..  

Membacanya saja hampir membuatku menangis lagi.
Bukan sedih tapi terharu... Benar. Sesungguhnya dalam kedukaan aku lupa untuk bangkit dan menelusi tindakanku selanjutnya. Keegoan membuatku percaya bahawa aku berstatus mangsa dan dia adalah pemangsa. Alangkah silapnya pemikiran itu... Jika difikirkan kembali, tiada istilah mangsa. Tiada pula pemangsa... Kami serupa. Cuma kali ini aku yang terbabas jauh. Maksudnya aku harus memulakan langkah. Benar. Aku harus memaafkan diriku... Demikian pula insan itu. Semalam juga aku memohon kemaafan. Terasa beban berat diangkat dari bahuku. Ringan itu sudah pasti.... Syukurrrr....

Hari ini aku mampu tersenyum lega. Tika jari jemariku menari di dada papan kekunci ini, sedikit air mata terbit dan bergenang di kelopak mata. Bukannya aku sedih...tapi terharu... Siapakah aku ini sehingga tuhan memberikan kasih sayang yang tidak terperi. Saat aku berduka Dia menghulurkan tangan-Nya lewat teman-temanku. Satu hal yang aku sedar, menulis di alam maya ini seakan memberikan satu kekuatan tambahan bagiku yang sedang mencuba untuk mengharungi onak duri satu kehidupan...

Wahai teman-teman maya yang prihatin... Aku bukannya seorang yang kaya..Bukan pula seorang peraih simpati. Hanya sekuntum doa yang mampu aku panjatkan agar kebahagiaan sentiasa menemani kalian setiap waktu dan ketika.... Agar kebaikan kalian dibalas berlipat kali ganda hendaknya...

Entri ini merupakan penghargaan khas untuk:
dan semua teman-teman yang sudi berkongsi rasa dengan FA.

Hatiku berkata:
Bila hati gembira semua perkara pun berjalan lancar....

Friday, 5 November 2010

Lupakan Kisah Semalam

Pagi tadi aku bangun agak lewat. Sengaja. Mungkin itu perkataan yang sesuai. Semalam aku tidur dengan perasaan tak menentu. Lewat, itu sudah pasti... Aku sangka pagi ini semuanya akan kembali seperti sedia kala. Tidak. Jauh meleset. Aku bangun hanya untuk merasakan kelukaan yang lebih mendalam.

Hari ini hari Pesta Cahaya. Hari bergemerlapan dan bergembira. Tapi sayang, ia tidak sedikitpun menggambarkan apa yang kurasakan sekarang. Jiwaku lebih terarah kepada bunyi letupan mercun yang saling bersahutan. Sakit dan perit... Amat membingitkan telinga...
Lumrah alam agaknya..setelah sekian lama
bergembira dan berbalas tawa, aku diduga pula dengan kepedihan sebegini...

Akukah yang bersalah? Mungkin juga...siapa yang tau. Aku sendiri tidak pasti. Segalanya terlalu pantas berlaku. Sebelum aku sempat menyedarinya, berjela-jela ayat sudahpun keluar dari mulutku. Detik ini, perasaan menyesal giat berlegar-legar di ruang fikiranku. Benar kata orang... jika marah lebih baik diam. Telah berkali-kali aku diberitahu, dan sudah lama juga aku mempersiapkan diri. Namun siapa sangka, kadang-kadang ada perkara yang berlaku tidak seperti apa yang kita inginkan. Hasilnya, aku gagal. Semalam, aku tidak diam bila aku marah. Alangkah bodohnya tindakanku.

Aku tidak ingin membuang masa memikirkan jika aku boleh mengundurkan masa kerana hakikatnya aku sendiri tahu...itu mustahil. Aku hanya mampu berharap.. kisah semalam biarlah menjadi satu titik hitam yang bakal hilang dimamah waktu. Tiada yang boleh aku banggakan dengan tindakan seperti itu. Pengalaman ini akan kujadikan sebagai satu pedoman untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.... Biarlah.. Biarlah segalanya berlalu...

Schedule hari ini:
Kemas rumah. Checked.
Mop lantai. Checked.
Basuh baju. Checked.
Sapu halaman rumah. Checked.
Bersihkan mini zoo. Checked.

Sememangnya aku sangat rajin bila hati sedang gundah...

Monday, 1 November 2010

Di Sebalik Nama-nama Syarikat Yang Famous

Masa tengah menggoogle something tadi, terdetik di hati FA dari mana datangnya nama Google ni.. then terfikir pula Yahoo..then Apple...then Coca-Cola.... then Pepsi then banyak lagi la. So, entri yang seterusnya ni FA ingin kongsi dari mana datangnya idea untuk nama-nama syarikat yang terkenal dan famous ni....

 

Enjin Carian paling popular ini pada asalnya dikenali sebagai 'BackRub' dan ditubuhkan pada tahun 1995. Walau bagaimanapun, pengasasnya Larry Page dan Sergey Brin inginkan satu nama yang mencerminkan tujuan penubuhan syarikat mereka. Nama Google diambil dari perkataan 'googol'. Satu terma Matematik
iaitu nombor satu (1) diikuti oleh seratus kosong (0), yang secara tersiratnya menyatakan bahawa pengguna boleh mendapatkan 'googol' hit dengan satu carian. Google digunakan sehingga sekarang.

FA kata:
googol = ???
FA tidak dapat membayangkan Enjin Carian BackRub... Im so glad taiko-taiko ni tukarkan nama kan...

Jerry Yang, menyatakan bahawa YAHOO sebenarnya adalah singkatan bagi 'yet another hierarchical officious oracle'
Yang memulakan syarikatnya bersama rakan seuniversiti, David Filo pada tahun 1994. Mereka merujuk diri mereka sebagai 'yahoos' bermaksud insan low profile yang berperawakan repulsive. Nama ni sangat sesuai dengan maksud yahoo itu sendiri iaitu menggambarkan kegembiraan seseorang individu. Lihat sahaja iklan komersilnya yang berakhir dengan nyanyian 'Yahoo-oo'.

FA kata:
Wasn't the colour supposed to be in purple instead of red??... Erkkk... FA yang bingung???

Apple Inc. mendapat nama dari seorang yang suka makan buah iaitu CEOnya Steve Jobs. Kata beliau, pada masa itu beliau sangat suka makan buah-buahan. Oleh kerana mereka telah lewat 3 bulan untuk menfailkan nama bagi business mereka, satu hari Jobs mengusik rakan-rakannya untuk menamakan syarikat sebagai Apple Computer kecuali jika mereka come up dengan nama lain yang lebih sesuai sehingga jam 5.00PM hari itu. Rasa-rasanya kita pun tau apa yang telah berlaku kan... none of them come up with some other suitable names. Tapi luckily Jobs betul-betul gunakan Apple Computer kan... sekarang dah famous...

FA kata:
Agak-agak kenapa gunakan apple arr??? Napa tak gunakan Honey Dew ke... atau Banana ke... 
I wonder apa nama yang akan digunakan jika Steve Jobs pada waktu itu adalah seorang vegetarian. Petola Inc.? Sawi Inc.? Eh... BM la pula...

Tahukah anda dari mana pula datangnya nama Coca-Cola ni?
Coca-Cola dicipta pada tahun 1885 oleh seorang ahli farmasi John Pemberton. Niat asalnya adalah untuk melegakan sakit kepala dan keletihan sahaja. Nama coca-cola diambil dari 3 jenis ramuan dalam minuman ini iaitu kokain (Coca), Kafein (Cola) dan air berkarbonat.
* Pada akhir 1800-an, kepercayaan bahawa air berkarbonat dan mineral mempunyai unsur penyembuh sangat terkenal.
Walau bagaimanapun, kokain dalam coca-cola telah diban pada tahun 1900-an. Nama Coca Cola dikekalkan dan pada masa kini  ia menjadi syarikat berprestij dengan lebih 3300 hasil minuman.

FA kata:
Waaaa... ada kokain rupanya Coca Cola dulu dulu kan... Nasib baik dah ban kalau tidak hancur la orang-orang kita...

   &   

Satu nama yang unik dan wujud dari satu kisah yang sangat menarik. Caleb Bradham, seorang ahli farmasi dan tauke kedai ubat telah mencipta Pepsi pada tahun 1898. Pada musim panas, Bradham cuba mencipta satu minuman yang boleh menyegarkan para pelanggannya. Maka, terciptalah Pepsi yang menggunakan air berkarbonat, minyak gula, vanila, pepsin dan ekstrak kacang koala sebagai ramuannya.
Pepsi sangat terkenal sehingga orang mengenalinya sebagai Minuman Brad. Dari situ Bradham melihat peluang business yang baik dan membeli satu nama syarikat pesaing di Newak New Jersey yang pada masa itu telah jatuh bankrap, Pep Cola. Harganya cuma $100 sahaja. Beliau kemudiannya mendaftarkan syarikatnya di bawah nama Pepsi-Cola pada tahun 1903.
Pada masa itu, Bradham membuat sendiri minuman pepsi sama seperti kita membuat teh ais pada hari ini. Satu hari, Bradham terfikir untuk membotolkan pepsi kerana ianya lebih mudah dan pelanggannya boleh meminum Pepsi di mana-mana. Jangkaannya menjadi dan businessnya semakin maju. Walau bagaimanapun, Pepsi-Cola jatuh bankrap pada 1923 setelah Bradham kalah dalam pertaruhan harga gula.
Pada tahun 1931, Loft Candy Company telah membeli Pepsi-Cola dan presidenLoft Candy telah menfomulasikan semula Pepsi-Cola dan menukar namanya kepada Pepsi. Maka bermulalah persaingan yang hebat dengan Coca-Cola.

FA kata:
Fuh... cerita panjang berjela. Memang menarik kan...
Guys mana satu ayat pilihan anda?
A: Saya sedang menikmati Minuman Brad sambil mengBackRub dengan menggunakan Sawi Computer saya.
B: Saya sedang menikmati Pepsi sambil mengGoogle dengan menggunakan Apple Computer saya.

Wahhahaha... Jawab.. jangan tidak jawab....
Cheers!!!!