Followers

Sunday 15 May 2011

Kereta Terjunam Dalam Sungai

Malang x berbau kan...
Macam-macam kemalangan yang berlaku sejak akhir-akhir ni...

Baca berita ni selanjutnya...
Details esok..
ALOR GAJAH 15 Mei – Dua sahabat maut manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh penghadang jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai di Lebuh AMJ, berhampiran Sungai Petai hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.35 pagi itu, P. Siva Kumar, 46, dari Taman Pengkalan Indah dan R. Raman, 23, dari Jalan Jasin, Selandar maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Seorang lagi rakan mereka, dipercayai pemandu kereta jenis Proton Iswara berkenaan, C. Velu, 21, dari Taman Pengkalan Indah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka. – Utusan

p/s:
Do take care of yourself guys..especially siapa2 yang driving...

1 comments:

uLan said... [Reply]

kesian.. pedihnya kelemasan tu... huhu..