Balik dari sekolah hari ni terus g Seksyen 17. Siapa2 yang biasa dengan Seksyen 17 Shah Alam memang sedia maklum kenapa FA buat lawatan ke sana hari ni kan. Beli tiket bah... My sis in law punya. Sok dia sampai dr Sabah... Bukan main lagi menghabiskan cuti tahun ni di sana.. Ada juga la perasaan jeles dihatiku. wahahahha.....
Sedar tidak sedar 31.12 sudah pula hari ni kan.Tiba2 terdetik di hati apa yang dah aku capai sepanjang tahun ni. Not bad juga tapi of course ada juga la yang x ok.. Ei takut pula dibuatnya bila ingat esok akan bermulanya tahun 2011. FA pun dah on the way untuk menambah nombor satu pada umoq.. adoiiii.... Patut la mcm dah nmpk penambahan wrinkles di beberapa parts mukaku ini. Ahh... biarkan..biarkan si luncai terjun dengan labunya.... kihkihkih....
You all tau x, usually di Sabah atau kampung FA khususnya, malam ni (31.12) mereka akan
berkumpul di sepanjang sungai yang berkilometer-kilometer panjangnya. Tapi malam ni,kalau jalan kaki
confirm tidak sedar sudah sampai di kampung orang. Paling kurang 6-7 buah kampung sepanjang sungai yang masing2 mempunyai aktivitinya sendiri. Unggun api, panggang memanggang, permainan tradisional, menyanyi, berbagai pertandingan dsb semuanya ada. Kalau sebut satu persatu memang sampai besok pun x siap entri FA ni. Itu la sebabnya my sis in law sanggup tinggal sendiri semata2 untuk merasakan sendiri pengalaman
tukar taun* frasa yang selalu digunakan merujuk kepada detik jam 12 yang menandakan tahun baru akan bermula* di Sabah.
Masa ni ada la yang mengambil kesempatan buat business jual chicken wings
*bukan mau arrogant tapi chicken wings di kampung FA sangat sedap..marvelous* . Ada juga yang menawarkan game
jaling-jaling*dah guna word ni sejak azali, maksud game yang kita kena susun botol then lemparkan gelang masuk ke leher botol..alaa..yang selalu ada di fun fair tu bah*Kemuncak acara adalah pada jam 12 malam... Bunyi mercun dan bunga api saling berdentum*
sila bayangkan sungai yang jaraknya seperti dari KL ke Seremban pada waktu malam dan langit dipenuhi cahaya warna-warni bunga api... caantikkkk* Serentak dengan bunyi mercun tu semua
*siapa2 yang berani dan tahan sejuk air serupa di Cameron Highland* terjun ke sungai yang menjadi simbolik permulaan hidup baru di tahun baru. Apa yang kelakar tapi dramatik, esoknya ramai kanak-kanak yang akan wandering along the river untuk mencuba nasib. ngeee... menurut sejarah kampungku, ramai yang jumpa duit RM50 dan even RM100..ya of course if u have some luck... Adoiii... bila fikir ni terasa mau terbang balik sabah sekarang juga... nasib baik la jauh. Kalau setakat di KK
*Kota Kinabalu* minta maaf la tapi anytime boleh balik kampung bah.... Ini la nasibku....Huhu...
p/s:
Happy New Year 2011 to my family and relatives, also to all my blogger frens in here..May this coming new year brings happiness n fortune to each and everyone of you k...:)
Smile always..