Hehehe.... bila baca tajuk entri ari ni mcm suspens la konon kan.. wahhhaahha... but ya la.. sya ni suka btl buat benda secara spontan bah..so bila tiba2 terdetik di hati mo menyumbangkan sesuatu dari tanah kelahiran sya, maka bermula la titipan kalam yang spontan @ x seberapa ini.. (*wink*wink... ini akibat daripd buat puisi semalam la ni, masih dlm mood sastera lagi..wahahah...)
Bila baca entri ni ditambah dengan perkataan * bah maka sya rasa kwn2 mesti da tau tanah kelahiran sya d mana kan? X payah la teka2 lagi sya bagi tau direct ja... hehhehe... S-A-B-A-H (bulih ka nyanyi mcm lagu ABC ni?).
Ilham ini muncul dlm kpla bila teringat seorang sahabatku di sekolah yang skg ni kira terrrer juga ckp bhs Sabah. Asal Perlis nama Marlinda...
(My face after netball tournment nih...)
wahahahahha....
Korang tau, dia ckp bgs jg tau cakap Sabah ni sbb kalu p Sabah nti blh beli barang murah2.... haaa..yg ni x tahan ni... mesti dlm fikirannya mutiara.. tapi kan kwn2 sekalian, mmg mutiara Sabah murah wa cakap lu... tarak tipu punya... hihihi..tp ni bukan sebab utama la why sya post entri ni k..So entri ni khas untuk kwn2 semenanjung@sarawak yang berminat belajar bhs Sabah... :) Sebelum sya merapu x henti2 ni.. baik kita mulakan pelajaran bahasa kita ari ni k.. Sila la lihat di bawah:
Perkataan2 Sabah yg mungkin kwn2 sume x faham:
1. Limpas~lalu (as in tumpang lalu @ berjalan melalui), dah lepas(masa)
2. Nda/Tida/Tia~tidak (bukan 'nggak' mcm perkataan Indonesia 2 ye..)
3. Bulih~boleh
4. Putung~potong
5. Miring~senget
6. Siring~tepi
7. Ngam-ngam~kebetulan, cukup-cukup
8. Limpang~baring (bukan lempang ye kwn2 hihihi...)
9. Pigi~pergi
10.tapuk~sorok
11.Urang~orang
12.Kamarin~kelmarin, semalam
13.Bisuk~besok
14.Diorang/dorang~mereka
15.Bubut~kejar
16.Bangas~basi
17.Akun~menyerah, menyetujui
18.Ampus~lelah
19.Sigup~rokok
20.Lugai-lugai~x tentu arah
Ok la... cukup la 20 tuk ari ni..kalu ada apa2 tambahan silakan ye...
Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki ke Sabah 2, sila la dtg lawat2 k.. kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.. *Semuga (Semoga)pelajaran bahasa hari ini berjaya membantu anda berkomunikasi sekaligus memahami serba sedikit Bahasa Melayu yang digunakan d Sabah k... till then....
..... chau cincau.....